part 40

5.4K 181 2
                                    

"Wah, anak siapa ni? Comelnya!" Sebagai seorang penggemar kanak-kanak, Amiraa mula rasa teruja apabila Alia bawa balik seorang budak kecil. Aryan tak ikut sama kerana dia mahu jumpa Jake walaupun mereka akan jumpa lagi malam nanti.

"Eh, ni anak Elisya, kan?" Amirul ambil Eiyad dari dukungan Alia. Wajah Eiyad dicium-cium lembut. Habis muka Eiyad kena kumis nipis yang tumbuh dimuka Amirul. Amirul dengan Amiraa dua kali lima saja. Dua-dua sukakan budak.

"Seriuslah kak? Anak perempuan tu?"

"Anak kakak dia. Kakak dia tak ada dekat Malaysia, dia pula tak pandai nak jaga. So, dia bagi Aryan jagakan budak ni."

"Macam mana nak jadi bini orang kalau anak buah sendiri pun tak pandai nak jaga." Amiraa membebel sambil kutuk Elisya. Bebel-bebel pun, Eiyad tetap menjadi perhatiannya. Kecomelan Eiyad menjadikan hatinya tidak jadi untuk marah pada Elisya.

"Okeylah, nak naik atas. Daa..." Alia naik ke atas. Sementara 'penjaga baru' Eiyad jagakan Eiyad, bolehlah dia segarkan badan dulu.

~~

Pintu rumah dibuka perlahan. Sekarang sudah menginjak 12 tengah malam. Alah, itu perkara biasa untuk kaum lelaki pulang selepas lepak bersama kawan. Itupun boleh dikata awal dia balik, sebab Danny nak balik awal. Jadi, dia dan Jake yang hanya menumpang tempat lepak perlu akur dengan keputusan tuan punya kafe.

Ada juga Jake ajak lepak di kelab malam. Tapi, dia tolak dengan alasan nak balik jumpa Eiyad. Sejak bila rindu dengan Eiyad pun dia tak tahu.

Ruang tamu yang gelap tiba-tiba menjadi cerah apabila lampu chandelier yang digantung di rumahnya dipasang. Tak terkejut dengan kehadiran cahaya yang muncul secara tiba-tiba, tapi yang membuat dia terkejut adalah kehadiran Tuan Ilyas sedang merenungnya. Sejak bila Tuan Ilyas pulang ke rumah?

"Lambat balik? Club lagi?" tebak Tuan Ilyas garang. Aduh, tahulah dia tengah pakai t-shirt belang putih dan hitam sekarang. Alah, macam baju penjara dalam kartun tu. Tapi janganlah tuduh dia baru pulang dari sana. Wajah sawo matang Tuan Ilyas dipandang. 

"Jumpa kawan. Don't worry, jumpa dekat kafe kawan."

"Lelaki ke perempuan? Setahu papa, kalau owner kafe ni biasanya perempuan." 

"Zaman sekarang dah moden. Tak kisah lelaki atau perempuan, semua boleh ada kafe sendiri." Aryan jawab malas. Dia dah penat, penat dengan Tuan Ilyas yang tiba-tiba mahu ambil berat tentangnya. Kalau betul nak ambil berat tentang dia, kenapa bukan dari dulu? Kenapa bukan ketika dia lemah? Kenapa sekarang, waktu dia dah boleh berdikari, Tuan Ilyas mahu ambil berat terhadapnya?

Tuan Ilyas bangun dan berdiri di hadapan Aryan. Namun Aryan cepat-cepat berlalu pergi. Dia tak suka bila berdiri di hadapan seorang yang hipokrik, talam dua muka. Baginya, Tuan Ilyas sama saja seperti dulu. Kalau dia berubah sekalipun, dia sebagai anak takkan terima Tuan Ilyas sebagai seorang bapa. 

"I just want to take care of you, Aryan. Takkan tak nampak lagi?"

"Tak payahlah care dekat anak luar nikah macam Aryan. Sebelum ni, apa papa buat waktu Aryan perlukan kasih sayang seorang ayah? Mana papa waktu Aryan perlukan papa?" Aryan luahkan perasaannya pada malam itu. Nasibnya baik kerana hanya dia dan Tuan Ilyas saja yang masih terjaga. 

"Papa..."

"See? You also don't have even an answer for my questions. So stop being hypocrite Tuan Ilyas. Remember, I don't like hypocrite." Aryan cabut jaket dari tubuhnya. Tiba-tiba rasa panas pula. Dia langsung tidak peduli akan riak wajah Tuan Ilyas yang berubah disebabkan kata-katanya.

Dari situlah dia sedar yang dia telah melebihi had dalam berkata-kata. Walaupun Tuan Ilyas bukanlah bapa kandungnya, tapi Tuan Ilyas jugalah yang membenarkan Puan Melissa jaganya sehingga sekarang. Tapi sekarang, dia tak boleh pendam lagi. 

"Papa cuma nak keluarga kita jadi macam dulu."

"Jadi macam dulu? Dulu kalau Aryan tak ada, barulah keluarga ni bahagia. Apa definisi bahagia yang papa dapat kalau Aryan ada dekat dalam keluarga ni?" Sekali lagi Tuan Ilyas diam tidak berkata-kata. Aryan tersenyum pahit. Kalaulah apa yang dia katakan tadi salah, tak adalah dia beriak sebegini.

"Jangan act macam papa tak buat apa-apa salah. Ingat balik kenapa mama masih bertahan dengan papa walaupun hubungan mama dengan papa hampir runtuh dulu." Aryan naik ke atas setelah dia rasa tiada apa lagi yang boleh dia luahkan. Lagipun, Tuan Ilyas langsung tidak menghalangnya. Tipulah kalau dia tak berharap agar Tuan Ilyas halang dia daripada naik.

Pintu biliknya dihempas sedikit kuat, cukup sekadar dia lepaskan sedikit perasaan yang masih bertakhta di hati. Tubuh Aryan perlahan-lahan melorot ke bawah. Belakang badannya masih bersandar dengan pintu. Siku ditongkat pada lutut sambil genggaman penumbuknya asyik memukul kepalanya.

Dia mahu hilangkan semua kenangan hitam yang pernah dia lalui selama dia hidup. Namun, dia tak boleh. Dia terlalu lemah untuk semua ini.

"Ya Allah..." Baru sekarang dia mengingati Tuhan yang satu. Bila hatinya sedang rawan, barulah dia rasa yang dia perlukan penciptanya.  Bila dia senang, langsung tak ada rasa untuk bersujud pada-Nya.

Kadang-kadang, dia mempersoalkan tentang takdirnya. Kenapa takdirnya tidak semanis takdir orang lain? Kenapa dia harus dilahirkan dalam keadaan dia yang wujud tanpa seorang bapa yang sah? Kenapa tergamak Puan Melissa lahirkan dia sedangkan Puan Melissa sendiri tahu apa yang dia akan hadap jika sudah besar seperti sekarang?

Meow...

Aryan mula rasa kakinya bergesel dengan bulu. Dia angkat kepala dan dia nampak yang Blackie sedang galak menggesel pada kakinya yang terdedah tanpa perlindungan stokin. Aryan angkat Blackie lalu diletakkan kucing kesayangannya itu di atas ribanya.

"Kenapa? Kenapa aku tak boleh bahagia macam orang lain? Kenapa aku kena lahir dekat dunia ni? Semua orang kejam." Aryan berhenti kerana mula rasa sebak. Blackie mengiau seolah-olah tidak setuju dengan kata-kata Aryan. 

"Ya, tak semua, tapi kebanyakannya kejam pada aku. Pada orang yang lahir dalam kalangan anak luar nikah macam aku." Aryan berbicara sambil mengelap cecair jernih yang baru saja bertakung di dalam kelopak matanya. Blackie terus dengan kerjanya iaitu buat tuannya tenang. Walaupun dia hanyalah seokor kucing, tapi dia pun rasa sedih kalau Aryan sedih. 

Kucing pun ada perasaan ya.

"Kan best kalau jadi kau. Tak kisahlah siapa ayah kau, tapi kau akan disayangi tak kisahlah apa pun rupa kau. Asalkan kau ni kucing, dan orang akan tetap pandang kau. Jom, tukar badan dengan aku."

"Meow..." Huh, tak naklah tu. Siapa saja yang nak tukar badan dengan makhluk yang berbeza dari diri kita yang sebenar.

"Blackie, bagi aku nangis kejap. Aku baca kan, nangis ni boleh buat kita tenang." Blackie diletakkan di bawah. Blackie mendarat tanpa bantahan. Mungkin dia faham yang tuannya perlu bertenang dulu.

Aryan duduk seperti tadi. Siku di atas lutut dan muka disembamkan pada lengan. Tak lama kemudian, kedengaran tangisan yang semakin lama semakin mendayu.

Dan akhirnya, dia tertidur di situ.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now