Bab 11

2.3K 91 3
                                    

Pada hari Sabtu ini, Tuan Faizal mengarahkan kedua anaknya untuk sama-sama bersarapan. Hal ini kerana mereka sudah lama tidak meluangkan masa bersama, masing-masing sibuk dengan kerja dan aktiviti sendiri.

"Morning pa, ma." Ujur Fir Irdhina sambil mencium pipi papa dan mamanya.

"Morning sayang. Abang dah bangun ke belum ni?" Tanya Puan Jasmeen, sambil tangannya menyendukkan mee goreng kesukaan anak perempuannya.

"Dah ma, sekejap lagi dia turun." Balas Irdhina. Mee goreng yang masih hangat itu disudukan ke mulutnya. Masakan Mak Ita tak pernah mengecewaka.

"Morning semua." Tiba-tiba saja Faiz Idham muncul bersama beg badmintonnya.

"Morning sayang." Balas Puan Jasmeen. Kemudian dia juga menyendukkan mee goreng kedalam pinggan anak sulungnya itu.

"Am nak main badminton dengan siapa ni?" Tanya Puan Jasmeen.

"Thanks ma. Am nak main dengan Haziq." Balasnya.

"Am, papa nak bagitahu Am yang 6 bulan lagi Dahlia akan habis study then dia akan balik sini. Papa nak Am get ready, to marry her."

Terkejut Faiz Idham mendengar kata-kata papanya. Khawin. Tidak terlintas difikirannya untuk berkhawin lagi. Dia malas dengan kotmitmen begini.

"Pa, Am tak ready lagi pa." Balasnya perlahan. Dia harap papanya faham perasaannya kini.

"Papa tahu sebab tu papa beri tahu Am awal-awal." Balas Tuan Faizal.

"Tapi pa.."

"Am, mama tahu Am masih tak dapat lupakan tentang Nawwarah, mama faham perasaan Am, tapi Am kena fikirkan masa depam Am juga sayang." Pujuk Puan Jasmeen.

"Ma, it's not easy ma." Balas Faiz Idham. Nawwarah. Sudah lama dia tidak mendegar nama itu. Nama yang selamanya bertahta dalam hatinya.

"I know. Tapi Am perlu move on sayang. Mungkin lepas khawin dengan Dahlia, Am akan bahagia dan dapat terima kehilangan Nawwarah.

Hanya senyuman tawar dihadiahkan. Tak mungkin. Sampai bila-bila pun tak mungkin dia dapat lupakan kekasih hatinya itu.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now