Bab 1

5.6K 138 0
                                    

Hani Sofea berlari anak menuju ke ruangan mesyuarat. Hari ini dia terlambat kerana MRT sesak dengan ratusan orang. Entah mengapa hari ini dia terbangun lewat.

"Morning." Tegur Nadia.

"Morning, kak." Balas. Nafas yang sesak diatur kembali.

"Lambat Fea sampai hari ini. Selalunya awal pagi dah sampai ?" Tanya Kak Nadia

"Hani terbangun lewat hari ni kak. Kenapa akak kat masuk meeting lagi ni?"

"Ermm, tak baca WhatsApp la tu. Puan Yasmin tangguhkan meeting, lepas lunch nanti baru mula." Jawabnya sambil menghulurkan mug berisi air coklat panas. Sudah jadi kebiasaan Nadia untuk membuatkan air coklat panas untuk Hani Sofea setiap pagi.

"Oh, Alhamdulillah. Tak sempat nak baca kak, Fea berlari pecut pagi ni. Hahahaha. Okaylah Kak, Fea bilik dulu, thanks for the hot chocolate." Matanya dikedipkan sebelah dan senyuman manis dihadiahkan untuk pembantu peribadi bosnya itu.

***

Setelah hampir 2 jam berada di bilik mesyuarat itu, seorang demi seorang mula meninggalkan ruangan itu, bersiap-siap untuk pulang. Jam sudah menunjukkan hampir ke angka 5. Hanya tinggal merek bertiga didalam bilik itu.

"Fea next week, saya nak awak ikut saya pergi tengok site di Sabah. Nadia nanti awak booked 2 lagi flight tickets untuk Fea dan Am. Nanti saya bagi details."

"Baik Puan." Jawab Nadia dan Hani serentak.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, kami minta diri dulu."

"Hujung minggu ini jangan lupa datang rumah saya ya. Ada makan-makan sikit. Hani awak pun datang ya."
Puan Yasmin memang seorang yang sangat peramah dan lemah lembut namun dia seorang yang sangat tegas tentang hal yang berkaitan pekerjaan. Menjadi seorang pemimpin bukanlah satu hal yang mudah. Selama 20 tahun mendirikan JF Arthur memerlukan usaha, ketekunan, keberanian dan ketegasan. Bukan mudah untuk seorang wanita mendirikan empayar perniagaan seperti dirinya.

"Baik, Puan."

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now