Bab 4

2.8K 122 0
                                    


Sabah

Tangan yang sedang membuka pintu biliknya terhenti apabila lengannya ditarik masuk kedalam bilik dan badannya dihempas kuat pada dinding.

"Auch.. sakitlah." Hani Sofea terkejut diberlakukan seperti itu.

"Tahu pun sakit. Hati aku yang sakit ni. Kau tak fikir pula."  Faiz Idham menguatkan lagi cengkaman tangannya.

"Lepaslah! Sakit! Awak ni  dah kenapa Encik Faiz ?" Dia cuba melepaskan tangannya. Marah didalam hatinya cuba dia tahan sebisa mungkin.

"Wow, 3 tahun tak jumpa tak kan kau dah lupa siapa aku?" Amarahnya semakin meluap apabila melihat Hani Sofea berpura-pura tidak mengenali dirinya.

"Apa masalah awak ni? Lepaslah !" Dada lelaki di hadapannya itu ditolak sekuat hati. Ahh Hani Sofea benci berhadapan dengan lelaki ini. Cukuplah dia tersiksa selama ini.

"Kau tanya apa masalah aku? Masalah aku tu kau. Kau tu masalah aku!" Akhirnya cengkaman tangannya dilepaskan.

Tatapan tajam diberikan kepada Hani Sofea. Sungguh separuh hatinya menyimpan rasa rindu dan separuh lagi menyimpan rasa dendam dan amarah.

Lama mereka bertatapan.

Terkesima.

Hani Sofea mengalihkan kepalanya ke kiri. Faiz Idham kembali dari lamunannya.

Nafas ditarik dan dilepaskan kasar. Kepala digelengkan.

'Bodoh.' Faiz Idham mengutuk dirinya sendiri kerana terleka dengan menatap wajah Hani Sofea

"Kenapa kau kerja dengan mama aku?" Tangannya kembali mengepung Hani Sofea di dinding tempat mereka berdiri.

Diam. Tiada apa-apa  jawapan  daripada  Hani  Sofea.

"Aku tanya ni kenapa kau kerja dengan mama aku? Apa motif kau?" Suaranya ditegaskan.

"Saya tak tahu itu syarikat mama awak." Jawab Hani Sofea tenang.

'Kau tak perlu takut dengan dia Fea. Kau kena tunjukkan yang kau kuat.' Hani Sofea memujuk dirinya sendiri. Kekuatan. Hanya itu yang yang dia perlukan saat ini.

"Tipu. Aku tahu kau ada motif lainkan. Kau beritahu aku." Wajahnya kembali dirapatkan hampir dengan wajah Hani Sofea. Wanita muda itu mengalihkan mukanya ke kiri. Sungguh dia tak sudi memandang wajah lelaki dihadapannya ini. Lelaki yang telah meninggalkan banyak luka dihatinya.

"Betullah. Kalau saya tahu Puan Jasmeen tu mama awak. Sumpah, tak akan pernah saya mohon untuk kerja dekat situ. Saya rela tak kerja daripada kerja dekat situ. Saya tak rela ada kaitan dengan hidup awak!" Hani Sofea memberanikan diri memandang tepat wajah Faiz Idham.

Egonya tercabar. Tercabar mendengar kata-kata balasan daripada Hani Sofea.

"Wow. Dah berani melawan sekarang."  Senyuman sinis dilemparkan.

"Awak tak perlu risau. Kalau awak nak saya resigned, balik KL nanti saya berhenti. Puas hati!" Argh dia rela cari kerja lain daripada bekerja dengan lelaki ini. Banyak lagi tempat lain yang boleh dia cari kerja. Rezeki Allah luas. Tak perlu takut.

"Tak!"

"Aku tak akan puas hati selagi hidup kau tak hancur. Kau ingat aku akan biarkan kau hidup bebas, bahagia lepas apa yang kau dah buat dekat aku."

"Apa yang saya buat? Saya tak ada buat apa-apa. Semua tu fitnah! Awak yang dah hancurkan hidup saya." Hani Sofea masih lagi berusaha membela dirinya. Ya. Selagi dia terdaya selagi itu dia akan buktikan bahawa dia tidak bersalah. Dia di fitnah. Apa yang disampaikan kepada Faiz Idham  semuanya dusta. Dia tidak tahu siapa yang punya angkara tapi motifnya Hani Sofea tahu. Orang itu berniat ingin memisahkan dia dan Faiz Idham.

"Selagi kau tak dapat nak buktikan yang kau tak salah selagi itulah aku akan buat hidup kau macam neraka. Mark my words!" Pipi Hani Sofea ditepuk lembut.

Kemudian perlahan-lahan dia melangkah keluar meninggalkan Hani Sofea.

Hani Sofea menghembuskan nafasnya. Air mata yang ditahan sedari tadi mengalir jua. Hatinya sakit.

Perlahan-lahan dia melurut ke bawah. Kepala dirapatkan pada lututnya. Tangisan yang ditahan akhirnya pecah jua.

Sakit. Itulah yang dia rasakan saat ini. Mengapa setelah bersusah payah dia menyembuhkan lukanya kini lelaki yang paling dia benci muncul kembali. Mengapa sekarang. Mengapa setelah dia sembuh dari semua rasa kecewa yang telah ditinggalkan. Sungguh dia benci akan dirinya sendiri saat ini. Mengapa dia harus bekerja di syarikat  itu. Menyesal. Dan kata-kata kesal itu tak akan pernah berhenti menghantui hidupnya sejak dia mengenali lelaki yang bernama Faiz Idham.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now