Bab 25

2.3K 81 0
                                    

“Am, Sabtu ni you free kan, jom kita keluar.” Ajak Dahlia. Sekarang ini mereka baru selesai berbibcang mengenai projek di Nilai.

Hani Sofea yang masih ada didalam ruangan itu hanya mendiamkan diri. Dia sedang menambah baik kerja kerjanya.

Fatimah disebelah hanya menjeling ke arah pasangan dua sejoli itu.  Dia sedang menahan ketawa apabila melihat tiada apa-apa balasan daripada Faiz Idham.

“Am, I cakap dengan you ni. You buat tak dnegar pula.” Kuat suara Dahlia menyedarkan Faiz Idham yang sedang tekun membuat kerja.

“Apa you ni menjerit macam orang hutan.” Marah Faiz Idham. Dia mula berang dengan tingkah laku Dahlia.

I cakap elok-elok, you tak dengar.”

Fatima dan Hani Sofea cuba mengawal tawa mereka. Fatima sampai menekan-nekan tangan Hani Sofea. Sungguh mereka berdua tidak mampu untuk menahan ketawa apbila terdengar balasan Faiz Idham.

You tak nampak ke I tengah buat kerja ni. Kalau you duduk sink nak buat bising baik you keluar, sambung balik kerja you yang berlambak tu. Tak perlu menyibuk dalam ni menganggu yang lain” Marah Faiz Idham. Dia sudah mula rimas dengan perangai Dahlia.  Bila berdua dengannya mulalah keluar perangai mengedik dia. Tapi bila apa papa dan mama sungguh sopan sikao yang ditunjukkan. Rasanya sebab inilah Fir Irdhina tidak sukakan dia.

“Am, sampai hati you halau I.” Seakan tidak percaya Faiz Idham sanggup menghalau dirinya. Sudahkan sekarang ini Hani Sofea dan Fatima ada di sini. Malu dia dibuatnya.

“Betullah, dah la kami disini sebab nak buat kerja you dah tak siap tu. So please. Sebelum I bertambah marah, better you keluar.” Halaunya lagi.

Dengan muka yang masam mencuka, Dahlia meninggalkan ruangan itu. Pintu bilik mesyuarat itu di tutup dengan kuat.

Terkejut Faiz Idham mendengarnya. Aikk depan mama dan papa bukan main sopan santun lagi.

Matanya kini merengung Hani Sofea dan Fatima yang sedang menahan ketawa.

Terkaku mereka berdua. Kerja kembali disambung. Nanti tak pasal-pasal mereka pula yang disembu.

Hani Sofea sedang duduk di pantry

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hani Sofea sedang duduk di pantry. Perutnya sudah mula rasa lapar. Leher di renggangkan. Dia ingin berehat seketika. Air mula diteguk sedikit. Sejak akhir-akhir ini banyak kerja yang perlu dia lakukan. Itu belum termasuk kerja-kerja Dahlia yang tergendala yang perlu dia selesaikan. Penat. Sangat penat. Tapi apa lagi yang mampu dia lakukan selain daripada patuh kepada arahan yang diterima.

Fikirankan melayang mengingati perbualannya dengan Shahir semalam. Menurut Shahir ibunya kini sihat-sihat saja tetapi sudah mula cepat merasa penat. Rawatan dialisi yang diterima berjalan dengan baik. Alhamdulillah rezeki mereka berniaga mampu menanggung semua kos rawatan itu. Selebihnya mereka dapat menyimpan sedikit untuk kos pemindahan buah pinggang nanti.

Keputusan mengenai buah pinggang siapa yang sesuai telah pun keluar. Mereka bersyukur bila mengetahui buah pinggang Hani Sofea layak untuk digunakan. Namun mereka takut untuk memberitahu tentang perkara itu kepada Puan Safiyah. Jadi Hani Sofea bercadang untuk merahsiankan dulu perkara ini. Dia berharap agar sebelum pembedahan itu dijalankan hubungan mereka berdua telah pulih semula.
Hani Sofea sanggup lakukan apa saja untuk ibunya.

Dan kini dia juga sanggup lakukan apa saja untuk anaknya. Tidak sabar untuk menunggu anaknya lahir kedunia. Inilah anak yang akan menemani baki perjalanan hidupnya. Dan ini jugalah anak yang akan mendoakan dia kelak. Perut nipisnya diusap lembut.

Tiba-tiba kerusi yang diduduki di tolak. Terkejut Hani Sofea.

“Opss, sorry. I sengaja.” Ujur Dahlia.

Hani Sofea hanya diam tidak membalas apa-apa. Malas untuk dia melayan perangai budak-budak Dahlia. Air milo yang tersisa didalam mug di minum sehingga habis.

“You ingat dengan you tolong siapakan proposal tu, Aunty Jasmeen akan sukakan you balik ke?” Katanya sambil memangdang sinis.

Sekali lagi Hani Sofea hanya mendiamkan diri. Mug yang digunakan dibasuh, kemudian kaki melangkah keluar.

“Hey, I’m talking to you. You pekak ke?” Tiba-tiba saja suara yang selama ini ayu, lembut, terus menyinga.

Melihat kebisuan Hani Sofea membuatkan Dahlia menjadi bengang. Badan Hani Sofea ditahan dari terus melangkah.

“Lepaslah.” Kata Hani Sofea dengan nada yang malas.

“Kalau I tak nak lepaskan you, you nak buat apa.” Keningnya diangkat.

I tak ada apa-apa urusan dengan you, So please. Hands off.” Kata Hani Sofea dengan tegas.

“Sombongnya you ni.  Memang patutlah Aunty tak suka you. By the way for your information Faiz  setuju tau nak khawin dengan I, tak lama lagi.”

It’s not my business.” Tanpa perasaan Hani Sofea menjawab. Nak khawin silakan. Tapi jangan ganggu hidup aku lagi la lepas tu. Ingin saja Hani Sofea menambah begitu.

Tiba-tiba, muncul Faiz Idham dibelakang mereka.

“What’s  going on?” Tanya Faiz Idham. Sedari tadi dia mendegar apa yang berlaku di pantry ini.

Nothing.” Balas Dahlia. Tangan Hani Sofea dilepaskan.

“Jom Am kita keluar lunch sama. I craving nak makan makanan Melayu .” Ucapnya dengan nada yang sangat lembut.

“I busy, you pergi sendiri.” Dan terus meninggalkan Dahlia bersendirian disitu.

Hani Sofea sudah lama meninggalkan tempat itu. Malas untuk dia melihat dua manusia gila itu.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now