Bab 12

2.3K 82 3
                                    

Sabah

3 bulan kemudian.

Selesai saja solat Isyak, tanpa membuka telekung, Hani Sofea terus melangkah keatas katil. Iphonenya di ambil dan satu pesanan di kirimkan kepada adiknya. Kemudian dia teringat sesuatu.

Faiz Idham.

Hani Sofea mengetuk-ngetuk telefon pintarnya di dagu. Dia sedang runsing memikirkan sama ada perlu atau tidak dia menelefon Faiz Idham. Petang tadi Faiz Idham pulang lebih awal ke hotel kerana berasa kurang sihat. Hanya Hani Sofea yang menyertai mesyuarat sehingga selesai. Hani Sofea tidaklah begitu kejam sehingga sanggup melihat bosnya itu kesakitan seorang diri. Lagipun sejak akhir-akhir ini hubungan mereka sedikit membaik. Faiz Idham tidak lagi memarahinya sesuka hati. Menurut Kak Nadia mungkin Faiz Idham telah mendapat hidayah dari Allah.

'Perlu ke aku call?'

'Atau biarkan je. Yalah, dia pun bukanya suka aku masuk campur urusan dia. So better kau jangan masuk campur Fea. Kang tak pasal-pasal kau yang kena marah.' Hani Sofea mengingatkan diri sendiri.

Tiba-tiba satu panggil masuk.

Faiz Idham. Nama yang tertera di skrin membuatkan kening Hani Sofea bertaut. Pelik.

"Hello.." Lambat-lambat Hani Sofea menjawab. Dia takut juga sebenarnya.

"Kau ada dekat bilik ke?" Perlahan saja suara Faiz Idham. Terdengar yang dia kini sangat tidak bermaya.

"Ya, saya ada dekat bilik. Kenapa? Encik Faiz okay ke tu?" Tiba-tiba perasaan risau bersarang di hati Hani Sofea. Dia dapat rasakan yang Faiz Idham kini benar-benar tidak sihat.

"Boleh tolong orderkan aku makanan. Aku tak larat." Pintanya.

"Ehh, Encik Faiz boleh buka pintu, saya didepan ni." Sebaik saja mendengar nada suara Faiz Idham tadi, Hani Sofea terus keluar dari biliknya untuk pergi ke bilik sebelah.

Tidak lama selepas itu, pintu bilik itu terbuka dari dalam.

Tanpa suara Faiz Idham terus kembali melangkah ke arah Katie. Badan dibaringkan. Dia benar-benar tidak larat.

"Panasnya badan awak ni." Tangannya masih melekap pada dahi Faiz Idham.

"Awak dah makan ubat ke? Saya order bubur, sekejap lagi makan lepas tu makan ubat." Ucap Hani Sofea, tangannya mecapai plastik ubat yang terletak di atas meja kecil sebalah katil. Ubat didalam plastik itu masih tidak dibuka. Dia kenal benar dengan Faiz Idham, kalau sakit macam ni bukannya nak makan ubat. Macam-macam alasan yang akan diberikan.

"Ermmm.." Faiz Idham hanya mengiakan. Dia tidak larat untuk melawan. Kepalanya benar-benar berat, sakit.

"Dah, tak nak dah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Dah, tak nak dah." Tangannya menolak lembut sudu plastik yang dipegang oleh Hani Sofea.

"Okay last, lepas ni awak makan ubat then tidur."

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now