Bab 23

2.2K 79 0
                                    

Bilik mesyuarat itu, tiba-tiba sunyi setelah mendengar pintu bilik dibuka oleh Nadia. Kemudian Puan Jasmeen melangkah masuk diikuti dengan Faiz Idham dan seorang wanita. Semua yang berada disitu tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang cantik itu.

“Assalamualaikum and good morning everyone. To be short, I would like to introduce you, new member of JFA, Dahlia Ann. She will be our junior architect for our company.”

“So I hope you guys can give a good cooperation with her. And one more thing she will be my daughter in law.” Senyuman manis diberikan kepada semua yang ada disitu. Mata Puan Jasmeen juga merenung tajam kepada Hani Sofea.

Semua yang berada disitu hanya mendiamkan diri. Terkejut mendengarnya. Semua tertanya-tanya bagaimana dengan Hani Sofea. Bukankah selama ini Hani Sofea dan Faiz Idham. Mereka di pejabat menyangka yang Faiz Idham dan Hani Sofea mempunyai hubungan yang istimewa. Walaupun pernah Faiz Idham berkelakuan sedikit kasar terhadap wanita itu tetapi sekarang hubungan mereka sangat baik.

Melihat renungan itu Hani Sofea hanya menundukan pandanganya. Dia tahu yang Puan Jasmeen mahu dia sedar akan kedudukannya. Hujung bibirnya di gigit lembut. Mata yang berkaca di tahan.

Okay back to our agenda today…” Puan Jasmeen mula menyambung mesyuarat itu. Namun tiada satupun yang masuk ke dalam telinga Hani Sofea. Emosinya telah terganggu.

Setelah hampir 2 jam mesyuarat itu berlangsung akhirnya tamat juga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Setelah hampir 2 jam mesyuarat itu berlangsung akhirnya tamat juga. Para pekerja dibenarkan kembali ke ruangan masing-masing.

Hani Sofea mula mengangkat punggungnya. Tiba-tiba namanya diseru.

“Hani I ada perkara nak bincang dengan you.” Kata Puan Jasmeen tanpa memandang ke arah Hani Sofea. Tangannya sedang sibuk menyusun kertas kedalam fail. Mlihat situasi itu, Nadia dan 2 orang pekerja lain hanya terus melangkah keluar. Tidak mahu menganggu bos mereka. .

Manakala Faiz Idham dan Dahlia hanya memerhatikan Hani Sofea yang berdiri itu.

You tahukan Dahlia akan bekerja disini. Jadi I nak you tahu yang khidmat you dah tak diperlukan lagi. To be honest I nak pecat saja. Tapi Am kata perlu tunggu sampai company dapat beberapa tender dari Datuk Rahman. And memandangkan you pun sedang terlibat dalam beberapa projek lagi jadi I sabarkan diri I.” Mendengar itu Hani Sofea hanya mendiamkan diri.

Sudah dijangka. Nafas dilepaskan perlahan. Dia cuba mengawal diri daripada mengeluarkan air mata.

Jeda.

“So selepas saja Am rasa you dah tak diperlukan lagi I nak you sendiri yang rela undur diri, itu pun kalau you masih ada maruahlah. Kalau you tak nak I sendiri yang akan campak you keluar dari sini.”

And one more thing. Please, jangan you berani-berani buat drama swasta dekat sini. Jangan you sebarkan cerita apa-apa mengenai Am dan anak tak guna you tu. Kalau ada mana-mana staf JFA yang tahu tentang itu, siap you. Tahulah apa yang I nak buat.” Selepas itu, Puan Jasmeen terus melangkah keluar meninggalkan bilik itu, diikuti oleh Faiz Idham dan Dahlia Ann.

Hani Sofea cuba mengatur nafasnya. Dadanya sesak ingin mengeluarkan tangisan tapi sekuat hati dia menahan.

No..no.. Jangan nampak yang kau lemah Fea. Jangan tunjukkan air mata kau.’

Hani Sofea hanya melangkah lemah masuk ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hani Sofea hanya melangkah lemah masuk ke dalam rumah. Dia menggunakan pintu dapur. Takut untuk menggunakan pintu utama. Semasa melewati kawasan dapur Hani Sofea terdengar suara  sedang berbual.

"Ehh, Kak Sofea, marilah makan. Kak Ita buat cucur pisang." Pelaya Fir Irdhina. Fir Irdhina ialah adik perempuan Faiz Idham.

Terkejut dia mendegar pelawaan adik iparnya itu. Dia tidak bencikan aku ke? Persoalan itu hanya bermain difikirannya.

"Eh, tak apa. Makanlah, Kak Fea nak mandi dulu." Hani Sofea menolaknya dengan lembut.

Masuk saja didalam bilik. Hani Sofea terus melabuhkan duduknya. Penat. Jarak antara tempat kerja dan rumah ini dekat tetapi dia masih harus menaiki LRT, bas dan juga menggunakan khidmat Grab dari tempat perhentian bas ke dalam kawasan perumahan elit ini.

Kaki yang sakit dia urut perlahan-lahan. Letih berdiri didalam bas tadi. Keluhan kecil dilepaskan.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now