Bab 45

2.8K 104 2
                                    

Kini telah 3 minggu mereka kemalangan. Fir Irdhina juga telah selamat menjalani pembedahan memasang besi di tangan kikinya. Sepanjang tempoh itu Hani Sofea sentiasa menemani Irdhina. Hani Sofea tidak mahu adik iparnya itu merasa keseorangan. Keadaan Faiz Idham  dan Puan Jasmeen masih sama. Masih tiada apa-apa berubahan setelah masing-masing menjalani pembedahan yang perlu. Tetapi mereka tidak berputus ada. Mereka percaya doa-doa mereka akan didengar oleh Allah.

Irdhina, membuka matanya. Melihat keluar tingkap hari telah pun malam. Dia memerhati ke kiri katil. Kerusi yang tadinya diduduki oleh kakak iparnya kini telah kosong. Keluhan kecil dilepaskan. Badan cuba dibangunkan.

‘Mungkin Kak Fea dah balik.’ Ujurnya dalam hati. Entah kenapa air matanya mula mengalir semula. Hidupnya terasa kosong. Sangat kosong.

Klak

Pintu biliknya dibuka. Terkejut Irdhina saat melihat wajah Shahir. Shahir melangkah masuk sambil tangannya membawa bekal makanan.

“Awak dah bangun?” Tanya Shahir lembut.

“Ya, Kak Fea mana? Awak buat apa dekat sini?” Tanya Irdhina, dia sebenarnya malu apabila Shahir melihatnya dalam keadaan begini.

“Kak long balik rumah. Saya suruh dia rehat. Malam ni saya yang jaga awak.” Kerusi dibahagian kiri katil pesakit ditarik dan duduk dilabuhkan di situ. Shahir hanya bersahaja, tanpa menghiraukan wajah tidak puas hati Irdhina.

“Saya..” serba salah Irdhina ingin meminta tolong.

“Awak ada nak apa-apa ke?” Tanya Shahir perlahan. Dia merasa sangat kekok. Sebenarnya hubungan dia dan Fir Irdhina telah lama dingin. Setelah dia mengetahui bahawa Irdhina ini adalah adik Faiz Idham. Shahir terus menjauhkan diri dari Irdhina. Niatnya ingin kenal lebih rapat dengan rakan sekelasnya itu di buang jauh. Kerana dia tahu kedudukannya di mata keluarga Irdhina.

“Saya nak pergi toilet.” Jawab Irdhina pendek.

Shahir terus bangun dan menekan butang untuk memanggil jururawat wanita.

Setelah 30 minit menyelesaikan segala urusannya didalam tandas, Irdhina keluar didorong oleh jururawat yang bertanda nama Sakinah itu.

“Terima kasih nurse.” Ujur Shahir. Irdhina kini telah selamat duduk diatas katil semula.

“Awak nak makan tak?” Menurut Hani Sofea, Irdhina belum lagi makan malam.

Irdhina hanya menganguk. Perutnya memang terasa lapar. Tapi dia susah hendak makan sendiri. Selalunya kakak iparnya yang akan menyuapkan dia makan. Sekarang ni Kaka fea tak ada, tak kan lah Shahir sudi untuk menyuap dia pula. Hubungan mereka berakhir dengan cara yang tidak harmoni. Irdhina hanya menunggu balasan daripada Shahir.

Shahir pula hanya bangun membasuh tangan, kemudian membuka belas makanan yang disediakan oleh Mak Ita. Sudu diambil dan kerusi ditarik semakin dekat dengan katil.

“Bismillahirahmanirahim.” Sudu yang berisi bubur itu disuakan ke mulut Irdhina. Irdhina tergamam. Dia tidak sangka yang Shahir akan menyuapkan dia makan.

“Cepat la, buka mulut.”

Tanpa membantah Irdhina membuka mulutnya. Satu demi satu suapan bubur ditelan.

“Sedap. Pandai Mak Ita masak.” Puji Irdhina. Sebenarnya dia canggung dengan suasana ini. Dia ingin mengajak Shahir berbicara. Dia tahu lelaki itu hanya terpaksa menjaga dia disini kerana ingin Hani Sofea berehat di rumah.

Tiada apa-apa balasan daripada Shahir, dia hanya fokus menyuapkan bubur untuk Irdhina. Sebolehnya dia ingin cepat bubur ini habis.

“Dah, habis.” Kata Shahir apabila bubur terahir itu selamat ditelah Irdhina. Cawan air yang mempunyai straw itu pula dihulurkan kepada Irdhina dan ubat-ubatan yang perlu dimakan juga dihulurkan. Irdhina hanya makan tanpa membantah apa-apa. Kalau dengan Hani Sofea pasti dia akan merengek tidak mahu makan ubat. Dengan  Shahir dia tidak berani. Takut di marah oleh lelaki ini.

“Terima kasih.” Setelah selesai semunya. Kini perutnya telah kenyang dan ubat pun dah selamat di telan.

“ Sama-sama.” Balasnya pendek.

“Saya.. saya nak minta maaf atas apa yang berlaku antara kita.” Kata Irdhina. Ya, entah kenapa dengan lelaki ini egonya mudah saja diturunkan. Mungkin juga kerana perasaan cinta masih tersimpan didalam hatinya.

Shahir pula memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk di tafsir.

Semasa terakhir kali mereka bertemu, telah terjadi pergaduhan kecil antara mereka.

"Shahir, tunghu." Jerit Fir Irdhina.

"Awak nak apa? Saya nak cepat ni." Matanya tidak memandang langsung wajah Fir Irdhina.

"Shahir, kenapa saya  rasa awak cuba jauhkan diri awak dari saya?"

"Mana ada. Perasaan awak je." Dengan makas dia menjawab.

"Ya, saya tahu. Awak dah berubah bila awak tahu yang saya adik Abang Am. Betul kan. Awak marahkan saya sebab saya adik Abang Am kan?" Tanya Fir Irdhina.

"Apa yang awak mengarut ni? Saya tak faham."

"No awak faham apa yang saya katakan ni."

"Dhina saya dah lambat dah ni. Jadi boleh saya pergi dulu." Dia sebenarnya malas untuk buat drama di tengah panas ini.

"Shahir, saya tahu apa yang family saya buat pada kakak awak adalah sesuatu yang melampau. Tapi please. Jangan salahkan saya. Itu family saya. Bukan saya. Saya tahu mereka jahat dengan Kak Fea tapi please jangan hukum saya. Tak adil untuk saya." Panjang luahan hati Fir Irdhina.

Kata-kata itu telah membuatkan Shahir terkesima. Dia tidak menyangkanya Fir Irdhina perasan akan berubahan dirinya kerana status dirinya sebagai adik Faiz Idham.

Melihat balasan bisu daripada Faiz Idham, Fir Irdhina menyambung lagi.

"Jangan buat saya macam ni. Tak adil untuk saya." Suaranya kembali perlahan.

"Saya tak faham maksud awak. Tapi apa yang pasti ya betul saya dah tak nak berkawan dengan awak lagi. Bukan sebab awak adik Faiz Idham tapi sebab saya sedar taraf kita. Kita berbeza Dhina. Keluarga kita berbeza. Jika Kak Fea pun mama dan papa awak tak terima, apatah lagi saya yang hina ni. Saya tiada apa-apa untuk  bagi pada awak. Saya tak layak." Balas Shahir.  Biarlah Irdhina tahu apa yang dia rasakan.

"Saya tak pernah memilih untuk berkawan atau berkhawin dengan sesiapa."

"Ya, memang awak tak memilih tapi family awak?"

Terdiam Irdhina dengan soalan itu. Kepalanya ditundukkan.

"Tak boleh ke awak saja yang terima saya. Saya ikhlas sayang awak Shahir."

Terkejut Shahir mendengarnya.

"Jangan mengarutlah Dhina. Saya tak layak untuk awak. Saya sedar diri saya. Ya jujur sebelum ini memang saya ada hati dekat awak. Tapi lepas saya tahu siapa awak dan siapa keluarga awak. Saya terus buang perasaan tu. Saya tak layak."

"No.. tak adil untuk saya."

"Cukuplah.. anggap saja awak tak pernah dengar semua ini. Dananggap saja kita tak pernah kenal. Lagipun kita dah tak akan berjumpa lagi selepas ini. Jadi baiklah kita buat haluan masing-masing."

"Semudah itu awak buang saya dari hidup awak? Awak pengecut Shahir!" Terus saja Fir Irdhina meninggalkan Shahir. Dia terlukan dengan sikap Shahir. Tapi dia lebih terlika dengan kenyataan dia ditolak lelaki itu kerana keluarganya.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now