Bab 6

2.4K 95 0
                                    

Setelah 5 hari ibunya ditahan di wad, hari ini Puan Safiyah dibenarkan pulang. Keadaannya semakin membaik. apa yang perlu dia lakukan adalah mendapatkan rawatan dialisis mengikut jadual dan menjaga pemakanannya sementara menunggu untuk melakukan pemindahan buah pinggang.

Hani Sofea, Shahir dan Shahkir telah bersetuju untuk mendermakan buah pinggang mereka sekiranya buah pinggang mereka sesuai. Mereka sanggup lakukan apa sahaja asalkan ibu mereka sihat. Apa yang mereka tengah risaukan sekarang ini adalah tentang kos yang perlu dibayar. Hani Sofea mempunyai sedikit wang simpanan, namun wang itu tidak mencukupi untuk menampung semua kos pemedahan dan rawatan yang diperlukan. Gaji yang dia ada sekarang cukup untuk menampung kehidupan seharian mereka berempat memandangkan ibunya tidak lagi berniaga. Dengan gaji yang ada untuk kumpul duit yang banyak adalah sangat sulit. Justeru itu, Hani dan Shahir merangcang untuk meniaga secara dalam talian agar dapat mengumpul duit buat ibu mereka.

Setelah selesai melakukan pembayaran di kuanter, Hani berjalan mendapatkan adik-adik dan ibu mereka.

Senyuman manis terukir di bibirnya. "Yeay ibu dah boleh balik."

"Kak long tak kerja ke, sibuk jaga ibu dekat sini kerja kak long macam mana ?" Risau dia memikirkan tentang kerja anaknya itu. Dia tidak mahu disebabkan dia, anaknya mendapat masalah di tempat kerja.

"Kak long dah bagitahu bos kak long, dia bagi cuti, ibu jangan risau."

"Baguslah macam tu."

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now