Bab 42

2.9K 149 6
                                    

Sejak peristiwa berdarah itu, Hani Sofea masih lagi tidak dapat memaafkan perbuatan Faiz Idham. Menurutnya perbuatan itu sangatlah kejam.

Masih dia ingt lagi, kata-kata Puan Jasmmen dan Tuan Faizal semasa dia pulang ke rumah selepas 2 hari Sarah Khalisa di rawat di hospital.

"I already warned you. Jangan biarkan anak kau berkeliaran dalam rumah ni. Tengok apa dah jadi."

Hani Sofea yang baru saja melangkah masuk melalui pintu belakang. Hanya terdiam.

"Kalau kau tak biarkan budak kecil tu main-main dekat luar ni benda ni tak akan jadi. Jadi jangan salahkan kami pula." Puan Jasmeen sebenarnya risau sekiranya Hani Sofea mengambil tindakan atas apa yang dilakukan oleh Fai Idham.

Melihat kebisuan Hani Sofea Puan Jasmeen menambah lagi.
"So kalau tak nak dia cedera lagi pastikan jangan biarkan anak kau main dekat luar ni! Kami semua ni meluat tengok muka dia!" Kuat suaranya. Terus saja dia meninggalkan mereka berdua.

Sarah Khalisa sedang tidur didalam gendongannya terkejut mendengar suara itu terus saja si kecil itu menangis.

Cepat- cepat Hani Sofea melangkah ke dalam biliknya.

"Kesian anak ibu. Tidur balik ya sayang." Selawat mula dibacakan di telinga kecil itu. Perlahan-lahan dia mendodoikan anaknya.

Hani Sofea kecewa dengan sikap mereka. Sudahlah tiada rasa bersalah atas apa yang telah dilakukan. Tiada langsung kata-kata maaf dari mereka. Malah anak kecil yang tak berdosa ini pula disalahkan.

Dari anaknya dicium. Kesian anaknya, nasib mereka sama. Sama-sama tidak mendapat kaish sayang dari seorang ayah. Dahi yang bertampal iti dipandang lama. Dulu dia juga pernah di kasari Encik Hadi sehingga luka di kepala. Dan sekarang anaknya pula.

"It's okay, ibu akan sayang anak ibu ni. Kita tak perlukan orang lain sayang. Ibu akan ada untuk anak ibu, sampai bila-bila." Janjinya pada si kecil yang masih tidak mengerti apa-apa.

Malam ini JFA mengadakan majlis makan malam. Majlis itu diadakan semperna pengumuman mengenai penyerahan JFA kedapa Faiz Idham. Puan Jasmeen mahu mengundurkan diri. Mahu berehat katanya.

Semua staff JFA menghadirkan diri, kecuali Hani Sofea. Dia tidak pergi. Lagipun pasti mereka tidak suka melihat kehadiran dirinya di majlis yang bermakna itu. Hani Sofea sedar akan kedudukan dirinya. Lagi pula dia tidak mahu meninggalkan Sarah Khalisa di TASKA, tidak tenang dia nanti. Mahu di bawa ke san pun memang tidaklah. Rosak mood mereka nanti.

Sekarang ini dia sedang makan nasi goreng ayam. Sarah Khalisa pula sedang bermain di atas tilam. Tersenyum Hani Sofea mendengar suara si kecil itu membebel dengan bahasanya. Terasa cepat benar anaknya membesar, sekejap saja sudah 8 bulan. Badanya semangat, sihat, cergas dan bijak. Sekarang sudah pandai merangkak dan sudah mula pandai untuk berdiri. Jadi Hani Sofea harus lebih berhati-hati, risau sekiranya anaknya itu terjatuh.

Tiba-tiba iPhonenya berbunyi. Panggilan video daripada Shahir dan Shahkir.

Tersenyum Hani Sofea melihat itu. Dia sangat rindukan adik-adiknya. Dan dia terlalu rindukan ibu.

"Assalammualaikum, budak comel." Ucap Shahir.

"Waalaikummusalam, pak ngah and acu." Sofea menjawabkan bagi pihak anaknya.

"Rindulah nak jumpa baby." Shahkir mula merengek. Baru 2 minggu tak jumpa dah rindu.

"Esok kita keluar nak?" Cadang Shahir. Esok tiada kerja sangat Cuma perlu pos barang saja. Dia memang bercadang mahu berehat esok. Memandangkan hari ini hari terakhir dia ptaktikal, jadi mahu makan-makan bersama keluarganya esok bagi meraikannya.

"Boleh juga. Akak pun nak beli barang baby sikit. Stok pempes dengan makanan baby dah nak habis." Beritahu Hani Sofea.

"Okay esok kita jumpa di Mid Valley boleh." Cadang Shahir.

"Esok adik minta Mak Imah tengokkan ibu. Esok memang adik plan nak beli buku sikit." Cadangnya.

"Angah macam mana sekarang, praktikal okay?" Hani Sofea mahu mengetahui cerita tentang adiknya.

"Alhamdulillah, okay kak."

"Shahir bersyukur sangat, business kita pun bertambah majukan. Tak sabar nk cukupkan duit untuk ibu." Sebak pula dia mememikirkan keadaan mereka pada awalnya runsing memikirkan cara untuk mengumpul dana.

"Alhamdulillah, adik pun bersyukur sangat sebab Allah bagi jalan untuk kita. Thanks kak long sebab sanggup bagi modal untuk kita buat business ni." Shahkir tahu Hani Sofea sanggup merisikokan duit simpanannya untuk dijadikan modal perniagaan mereka.

"Alhamdulillah. Kaklong pun bersyukur sangat ada adik-adik yang sanggup bersusah payah dengan Kaklong demi cari duit untuk ibu. Maaflah kalau sekarang Kaklong dah tak boleh nak bantu macam dulu lagi." Dia sekarang banyak menguruskan hal-hal perngurusan dan pemasaran saja. Shahir dan Shahkir yang banyak menguruskan pengeluaran dan penghantaran barang.

Selepas itu banyak yang mereka bincangkan dan bualkan. Tanpa Hani Sofea sedar yang Sarah Khalisa sudah pun tertidur di pangkuannya.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now