Bab 24

2.2K 82 8
                                    


Faiz Idham sedang sibuk membuat kerja. Banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan.  Tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar. Puan Jasmeen terus saja melangkah dmmasuk kemudian duduk dihadapan anak lelakinya itu.

Faiz Idham hanya memgangkat kepalanya sedikit merenung mamanya
Dia tahu apa yang membuatkan mamanya ke mari. Keluhan kecil dilepaskan.

“Am busy ke, mama ada benda nak cakap ni.” Tanya Puan Jasmeen.

“Mama nak cakap pasal apa.” Faiz Idham pura-pura bertanya.

“Am, kenapa Am marah Dahlia pagi tadi?” Tanya Puan Jasmeen lembut. Di sangat terkejut apabila melihat Dahlia menangis didalam biliknya pagi tadi. Apabila ditanya, Dahlia menyatakan bahawa dia dimarahi oleh Faiz Idham.

Yes. Memang Am marah dia pagi tadi. Kenapa mama tanya?” Uji Faiz Idham. Semakin lama dia semakin tidak berkenan dengan cara Puan Jasmeen memanjakan Dahlia.

“Kenapa Am, marah dia?” Puan Jamseen masih berlembut. Dia tahu benar dengan sikap anaknya itu. Jika tengah panas, dia tidak boleh berkeras juga.

“Aikk, tak kan dia tak beritahu mama kenapa Am marah dia?”

“Dia cakap sebab dia terbuat salah sikit dalam proposal projek di Nilai tu.”

“Sikit ? Dia cakap dia terbuat salah sikit?” Faiz Idham masih tidak berpuas hati.

“Mama tahu tak, salah yang dia buat tu besar.” Faiz Idham sudah mula berapi.

Eh no, dia tak buat salah pun dalam proposal tu.”

“Apa maksud Am ni, mama tak faham. Dahlia ada buat salah atau tidak?” Puan Jasmeen sudah tidak faham dengan apa yang berlaku.

“Dia memang tak buat salah dalam proposal tu, tapi salah dia sebab dia tak siapkan proposal dan plan untuk projek tu!” Kuat Faiz Idham berkata.

“Sebab tu Am marah dia. Sebab dia tak buat kerja dia. Mama tahukan next week  akan ada presentation, dia pula buat kerja main-main! Useless!” Geram pula bila mengenangkan perangai Dahlia.

“Am, Dahlia kan baru saja bekerja. Bagilah dia peluang. Janganlah marah-marah dia sampai menangis budak tu.” Nasihat Puan Jasmeen. Kesiahan dia melihat wajah merah Dahlia yang menangis teruk akibat dimarahi oleh anaknya.

“Siapa pun yang buat salah, Am tak akan diamkan saja. Semua Am marah so she do not have any excuses. Kalau nak kerja sini buat kerja betul-betul. Ni dengan masuk kerja lambat, kerja tak siap. Ingat company bayar gaji dia guna daun ke?” Marah benar dia denga Dahlia.”

“Ni mama nampak ni, ni semua kerja-kerja yang Am kena buat, now dah bertambah sebab nak kena cover kerja-kerja dia pula.” Marah Fai Idham lagi. Sudahlah dia tiada mood sekarang ini. Saja nak buat dia makin panas hati.

“Nanti mama minta Sofea tolong coverkan proposal di Nilai. Am pun janganlah garang sangat dengan staf. Ni pergilah lunch dulu.” Selepas itu terus saja dia melangkah keluar. Dia tahu yang anaknya itu masih lagi sedang marah. Dia juga marah apabila mengetahui hal yang sebenar.

Kaki terus dilangkahkan menuju ke bilik Hani Sofea. Dia bercadang untuk menyuruh Hani Sofea membantu Dahlia.

Kalaulah Faiz Idham dan Hani Sofea tidak mempunyai apa-apa sejarah silam pasti hubungan mereka tidak seperti sekarang. Dia juga terkilan dengan apa yang berlaku. Hani Sofea seorang yang sangat berdedikasi. Semua kerja yang diamanahkan dilaksanakan dengan baik. Bagaimanakah jika riada Hani Sofea selepas ini. Pasti lebih banyak kerja-kerja yang harus diselesaikan sendiri oleh Faiz Idham.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now