Bab 41

2.7K 131 12
                                    

Dari pagi Hani Sofea sibuk membantu Mak Ita untuk persediaan majlis malam ini. Hani Sofea diarahkan untuk membantu Mak Ita kemudia selepas selesai semua dia harus duduk didalam bilik sehingga majlis selesai. Puan Jasmeen tidak mahu Hani Sofea dan Sarah Khalisa mengganggu majlis malam ini.

Majlis malam ini adalah majlis untuk mengumumkan pertunangan Faiz Idham dan Dahlia. Mengapa diadakan dirumah ini dan tidak dirumah Dahlia, alasannya adalah Dahlia anak yatim piatu tiada saudara mara yang boleh tolong uruskan.

Sedikit pun Hani Sofea tidak merasa sedih. Dia telah buang jauh-jauh perasaan sayangnya terhadap Faiz Idham. Semakin hari dia telah semakin tawar hati denga. Faiz Idham. Untuk perkhawinan suaminya nanti, dia berharap agar Faiz Idham bahagia kerana dia juga inginkan bahagia.

Dia sudah tidak sabar untuk keluar daripada rumah ini. Dia telah meminta Hayyan untuk menyiasat tentang kesnya di Sabah dulu. Menurut Hayyan sepertinya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan Faiz Idham. Kerana target daripada pesanan misteri itu adalah Faiz Idham dan keuarganya. Hani Sofea sempat menceritakan tentang kejadian di UK dahulu. Jadi buat masa sekarang Hayyan meminta untuk Hani Sofea bersabar sementara dia mencari bukti.

Hari ini Sarah Khalisa tidak sihat. Gusinya sedikit bengkak. Upah mahu keluar gigi kata Mak Ita. Dari pagi di asyik merengek. Jadi susah untuk ditinggalkan didalam bilik sendirian sementara dia membantu Mak Ita. Jadi di mengambil tilam kecil Kalhisa dan dibentangkan di lantai dapur. Khalisa dibawa keluar, dia berharap agar Puan Jasmeen tidak kedapur hari ini. Di luar itu juga, terdengar bunyi riuh pekerja Katerina sedang bekerja.

"Hani, pergilah solat dulu. Mak Ita jagakan Lisa ni."

"Okay Mak Ita. Sayang ibu solat dulu, sayang duduk dengan Wan okay." Kata Hani Sofea. Dia tidak mahu meninggalkan Sarah Khalisa secara tiba-tiba, mahu menangis kuat budak kecil ni nanti. Anak kecil itu hanya tersenyum. Tangan sedang bermain dengan mainannya.

Selesai solat Hani Sofea memasak bubur untuk anaknya.

Didapur, Dahlia sedang merjalan sambil membawa cupcakes yang banyak. Tiba-tiba dia terpijak sesuatu.

"What the.... Siapa punya mainan ni!" Jeritnya.

Khalisa yang melihat orang menjerit dihadapannya itu, sudah mula mahu menangis.

"Kau..." Belum sempat dia mahu memuluk Sarah Khalisa, Mak ita sudah menahannya.

"Maaf, Cik Dahlia. Jangan pukul, baby ni kecil lagi. Saya yang salah. Saya keluar tadi." Mohonnya. Dia keluar sekejap tadi, mahu mengambil daun sup di dapur basah. Tidak disangka yang Sarah Khalisa sudah merangkak ke depan sini. Mainannya ada yang bertaburan.

"Kenapa ni?" Faiz Idham bertanya.

"You tengoklah apa yang budak kecil ni buat! Dia sepahkan mainan dia. I terpijak dan tengok ni, semua cupcakes ni jatuh!" Kesal suaranya. Dia sedang menahan marah.

"Siapa izikan budak kecil ni keluar?!" Suara Faiz Idham mula meninggi.

"Maaf Am, Mak Ita yang jaga tadi...Maaf Cik Dahlia..."

"Maaf.. maaf! Habis siapa yang nak ganti cupcakes ni!"

Melihat wajah kecil yang hampir menangis itu, membuatkan Faiz Idham merasa sangat marah. Terus saja anak kecil itu ditolak. Entah dimana silapnya Sarah Khalisa tidak dapat menyimbangkan badanya, terus saja dia terjatuh ke tepi. Kepalanya terkena bucu peti ais.

"Ya Allah, anak aku." Terus Hani Sofea mengambil anaknya. Berdarah. Darah megalir.

Apabila mendengar suara Faiz Idham tadi cepat-cepat dia keluar.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now