Bab 67

2.8K 199 19
                                    

Keesokkan harinya barulah Hani Sofea mempunyai sedikit tenaga. Dia sudah merasa cergas sedikit. Walaupun masih merasa sedikit sakit.

Dari pagi dia hanya merehatkan diri. Entah mengapa tubuhnya merasa sangat letih. Dia juga masih memerlukan bantuan oksigen.

“Angah, kalau angah nak balik, boleh la balik dulu. Rehatkan badan. Dari semalam angah jaga kaklong.” Ucapnya.

It’s okay kaklong, angah nak duduk sini jaga kaklong. Tak tenang nanti kalau balik hotel tu.”

Sarah Khalisa sedang duduk bermain diatas sofa. Pagi tadi dia membuat drama air mata apabila melihat Hani Sofea sudah bangun.

“Bu..bu.. apa bu..bu.. dur ame angat?” Tanyanya.

“Ibu tidur lama sebab ibu penat. Kenapa Lisa rindu ibu?”

“Yisha miss bu..bu..” Jawabnya sambil kepala tangan Hani Sofea. Air matanya masih bersisa.

“Dah.  Tak mahulah menangis lagi. Ibu dah bangun ni. Nanti kita main sama-sama ya.”

Ocey..” Air mata dilap.

“Lisa.. hari ni ibu tak sihat sikit, jadi boleh Lisa janji dengan Pakngah untuk tak ganggu ibu. Boleh Lisa jadi good girl hari ni?” Tanya Shahir.

Wajah ibunya yang bertiub itu dilihat. Kasihan puka dia melihat wajah itu.

“Ocey.. Yisha good girl.” Jawabnya.

Jadi hari ini, emosinya baik saja. Dia mendegar kata dan tidak banyak kerenah. Senang Shahir menguruskannya.

***

Apabila sudah petang, barulah Hani Sofea on semula iphonenya.

Banyak panggilan tak dijawab dan juga pesanan untuknya.

Panggilan tak dijawab itu daripada Hayyan Alif, Puan Raudah, Puan Jasmeen, Fir Irdhina, Suraya dan juga Kak Nadiah.

Hani Sofea mula membuka aplikasi WhatsApp.

Banyak pesanan untuknya.

Pesanan daripada Faiz Idham dibuka terlebih daluhu.

Faiz Idham bertanyakan keadaannya. Kemudia dia bertanyakan dimana keberadaan diri dan anaknya.

Hani Sofea scroll sehinggan ke bawah.

Faiz Idham menyuruh dia pulang ke rumah segera. Ada sesuatu yang ingin ditanya.

Hani Sofea merasakan pesanan itu seperti bernada marah.

Dia terus mengurut dadanya yang merasa sesak. Ada apa-apa yang berlaku ke semalam? Mengapa Faiz Idham mendesak dia untuk pulang segera.

Pesanan daripada Kak Nadiah dibuka. Dia risau sekiranya desakan Faiz Idham kerana hal berkaitan JFA.

* ‘Fea.. Fea pergi mana? Encik Faiz tanya akak. Fea ada apa-apa yang tak kena berlaku ke?’ – Kak Nadiah

* ‘Fea.. ada apa-apa berlaku? Kenapa Encik Faiz minta semua bukti transaksi akaun syarikat?’ – Kak Nadiah

* ‘Fea… kalau nak minta tolong apa-apa daripada akak, just call akak tau. Akak akan tolong’ – Kak Nadiah.

Hani Sofea pelik membaca pesanan itu. Dia tidak tahu apa yang berlaku.

Pesanan Kak Nadiah dibalas.

* ‘Fea tak tahu apa yang berlaku, Fea okay saja sekarang ni. Akak jangan risau.’ – Hani Sofea.

Pesanan Faiz Idham juga dibalas.

* ‘Saya tak boleh balik hari ini. Tapi esok saya cuba balik. Tapi boleh saya tahu kenapa? Ada apa-apa yang berlaku?’ – Hani Sofea.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now