Bab 14

2.2K 80 0
                                    

Sabah

2 bulan kemudian.

"Kenapa tak turun makan?" Tanpa salam terus saja Faiz Idham menanyakan mengapa dia tidak turun makan malam. Setelah 10 kali dia menghubungi Hani Sofea, barulah Hani Sofea menjawabnya.

Bukannya Hani Sofea  tidak mahu menjawab. Tetapi semasa panggilan itu masuk dia berada di toilet.

"Saya tak ada selera. Tak sedap badan." Entah kenapa sejak pagi semalam badanya rasa tidak sedap. Seperti ingin demam tapi suhu badannya tidak panas. Yang pasti kepalanya sangat sakit. Bertamnah sakit selepas mereka mendarat di Sabah.

"Tak sihat kenapa?"

"Tak tahu, sakit kepala. Mungkin tak cukup rehat." Hani Sofea ingin cepat memutuskan panggilan itu. Dia ingin tidur. Kepalanya benar-benar terasa berat. Tambah pula sudah 3 kali dia muntah selepas Isyak tadi.

"Kenapa tak cakap dari tadi?"

"Okaylah, saya nak rehat ni. Tak larat dah…"

"Buka pintu ni."

Aikkk tiba-tiba saja Faiz Idham sudah muncul dihadapan pintu biliknya.

"Saya nak tidurlah, awak baliklah bilik awak." Jujur dia tidak larat untuk bangun.

"I said now honey!" Tegas saja suaranya.

Talian terus diputuskan. Dengan malas dia melangkah. Rambut yang serabai itu di rapikan sedikit dan di tutus dengan tuala.

'Klak'

Pintu dibuka sedikit dan kepala dikeluarkan.

"Awak nak apa?"

Melihat wajah yang pucat itu, membuatkan Faiz Idham terus menolak pintu bilik itu dan  melangkah masuk kedalam bilik Hani Sofea.

Dahi Hani Sofea dirasa. Tak panas sangat. Mungkin betul sebab demam.

"Kenapa pucat sangat ni. Makan ni sikit. Abang bawa nasi putih dengan tom yam."

Bau nasi goreng itu terlalu kuat menusuk ke hidung Hani Sofea.

1..2.. 3.. berlari dia masuk kedalam toilet. Sekali lagi dia terpaksa mengeluarkan semua isi perutnya.

"Uwekkk.. uwekk…" Faiz Idham membantu mengurut belakang badannya. Setelah merasa sedikit lega, Hani Sofea mencuci mulut dan mukanya.

"Dah lega?" Tangannya memimpin tangan Hani Sofea melangkah keluar dari toilet. Hani Sofea  didudukkan di atas katil. Air dihulurkan.

Hanya anggukan yang dibalas.

"Sebab tak makanlah ni. Perut tu dah masuk angina." Faiz Idham memberi pendapat.

Rambut Hani Sofea yang berantakan itu di kemaskan.

Tiba-tiba terdengar pintu bilik itu di ketut kuat. Terdengar ada yang memberi salam di luar.

Mata mereka bertatapan. Terkejut mendegar salam itu.

Badan Hani Sofea sudah terasa sejuk.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Imperfect LoveWhere stories live. Discover now