Bab 33

2.6K 112 7
                                    

Hari siang sudah mula melabuhkan tirainya. Hari sudah semakin gelap. Hani Sofea berjalan lemah masuk kedalam kawasan rumah merah itu. Pintu belakang ingin di tuju. Tiba-tiba kedengaran kereta memlewati pintu pagar. Kereta Faiz Idham. Hani Sofea terus beralih ke tepi untuk memberi laluan kepada kereta suaminya itu.
Hani Sofea hanya memerhati kereta itu masuk ke dalam garage. Senyuman tawar di lepaskan.

Pasti tiada siapa yang menyangka mereka sebenarnya adalah pasangan suami isteri. Bekerja di tempat yang sama, tinggal juga ditempat yang sama tapi tidak naiki kenderaan yang sama. Ialah seorang naik kereta yang seorang lagi naik bas dan LRT ataupun Grab.
...

Selesai saja solat Isyak Hani Sofea mula melabuhkan duduknya di atas tilam nipis itu. Belakang badan disandarkan pada dinding.

Nafas dihela. Penat. Banyak kerja yang dia lakukan hari ini. Awal pagi lagi dia sudah keluar bersama Faiz Idham pergi ke Nilai. Tengah hari pula dia perlu membentangkan laporan kepada team yang terlibat. Selepas itu dia terus menyambung kerja-kerja yang ada.

Kandungannya sudah semakin besar, membuatkan dia cepat merasa penat. Pinggang dan kakinya kerap merasa sakit.

Perlahan-lahan kakinya dipicit. Kemudian beralih kepada pinggang. Kasihan dia melihat keadaan dirinya. Mengandung tanpa suami disisi. Suaminya masih ada. Dekat saja. Tapi hati mereka yang jauh. Sudahlah penat melayan pening dan muntah seorang diri. Kaki dan pinggang yang lenguh pun perlu picit sendiri. Senyuman tawar di lepaskan. Teringat kenangan dia bersama Faiz Idham semas di UK.

"Muka Hani pucat kenapa ? Tak ada apa-apa. Penat kelas tadi." Perut yang sedang sakit ditahan.

"Jom makan, abang dah siap masak." Tangannya terus ditarik.

Selesai makan Hani Sofea mahu terus tidur. Sengugutnya semakin kuat.

"Hani masuk tidur dulu ya. Good night abang."

Tangan suaminya itu dicium. Itulah rutinnya sekarang selepas dua minggu tinggal bersama Faiz Idham. Faiz Idham masih lagi leka dengan komputer ribanya.

Hani Sofea sedang berguling diatas katil. Senggugutnya kali ini sangat sakit. Dahinya mula berpeluh.

Faiz Idham yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik itu, terkejut melihat keadaan isterinya.

"Honey, kenapa ni. Peluh-peluh macam ni." Peluh di dahi Hani Sofea dilap.

"Sengugut. Perut sakit."

"Ya Allah, kenapa tak cakap dari tadi." Terus saja dia keluar. Tidak sampai 5 minit dia muncul bersama pack panas di tangan.

"Sini abang tuamkan dengan ni." Pack panas itu diletakan di atas perut Hani Sofea.

Kemudian kaki diatur menuju ke almari baju. Sepasang stocking diambil.

"Luruskan badan."

Stocking dipakaikan di kaki Hani Sofea. Minyak angin di tepi katil dicapai. Disapukan minyak itu pada betis dan juga pinggang Hani Sofea.

Perlahan-lahan tangan kanan Faiz Idham mengurut pinggang. Manakala tangan kiri menuam perut Hani Sofea.

"Better?"

Hanya anggukan sebagai balasan.

"Lain kali cakap dengan abang, kalau sakit apa-apa. Jangalah senyap je macam ni." Pipi Hani Sofea dicium lembut.

Bunyi ketukan dipintu menyedarkan dia dari lamuman kenangan lama.

Tuk..tuk

Sekali lagi pintu diketuk.

"Siapa tu? Masuklah. Pintu tak kunci." Balas Hani Sofea. Dia malas untuk bangun.

Perlahan-lahan,  Fir Irdhina muncul bersama bungkusan ditangan.

"Kak Fea, ni Dhina bawakan akak, apam balik. Makanlah ya." Bungkusan itu di letakkan diatas meja kecil yang ada di tepi dinding.

"Apam balik?" Hani Sofea bertanya pelik. Dia juga pelik  dengan kedatangan Fir Irdhina didalam biliknya sekarang ini.

"Ha ah. Dhina keluar tadi makan dengan kawan. Lepas tu ada jual ni sekali, teringat dekat Kak Fea. Itulah belikan sekali tu. Baby nak makan kot. Dia bagi sign dekat Mak Su dia." Balas Irdhina bersahaja.

"Ohh, terima kasih, Mak Su sebab ingat dekat baby." Balas Hani Sofea sambil tersenyum manis.

Orang datang cara baik membawa rezeki, sudah pastilah dia juga melayannya dengan baik. Hubunga antara mareka sedikit kekok. Rapat pun tidak. Jauh pun tidak. Hanya sesekali bertemu dan berbicara. Tetapi boleh dikatakan layanan Fir Irdhina terhadapnya sentiasa baik dan sopan.

"Sama-sama. Tak sabar nak tunggu baby keluar." Balasnya. Kemudian matanya beralih pula pada kaki Hani Sofea. Kelihatan kaki iti sedikit bengkak.

"Kaki Kak Fea bengkak? Kenapa tu." Tanyanya tiba-tiba.

"Oh, kaki ni. Biasalah orang mengandung dah nak sampai hujung ni kaki mula naik bengkak. Lagipun akak kan banyak berjalan. Itulah  cepat dia naik bengkak." Beritahu Hani Sofea. Hani Sofea harus menggunakan perkhidmatan LRT, bas dan Grab untuk pergi atau balik dari tempat lerja. Jadi dia perlu banyak berjalan dan berdiri. Sangat letih dan memenatkan.

"Kesiannya akak. Mesti sakitkan."

"Sakit tu tak sangat. Tapi lenguh. Biasalah orang mengandung ni kan banyak sakitnya."

Tiba-tiba, tangan Fir Irdhina mencapai mintak panas di tepi tilam. Terus saja dia menyapukan minyak itu pada kaki Hani Sofea.

Terkejut Hani Sofea dengan tindakan itu.

"Eh, Dhina, tak perlulah Dhina urut akak. Akak boleh urut sendiri. Janganlah macam ni. Nanti apa pula kata mama Dhina."

"Tak apalah. Dhina kesian tengok kaki kak Fea. Dhina tolong ya." Balasnya.

Berdasarkan cerita dari Mak Ita Irdhina dikenali sebagai yang sesikit keras kepala. Dia akan buat apa yang dia rasa betul. Dan tidak suka apabila mama atau papanya melarang. Senang cakap dia jenis yang suka ikut kepala sendiri. Selagi benda tu tak salah dia akan buat, walaupun telah dilarang.

"Terima kasih." Ucap Hani Sofea perlahan.

Hani Sofea tahu, yang Fir Irdhina adalah seorang yang baik hati. Dia melayan Hani Sofea  dengan baik. Cuma tidak dihadapan Tuan Faizal dan Puan Jasmeen.

Hani Sofea ingin mengetahui tentang hubungannya bersama Shahir tapi dia takut untuk bertanya kepada Shahir. Sejak pertemuan di hospital itu tiada lagi Shahir bercerita apa-apa mengenai Irdhina. Hani Sofea tidak mahu adiknya itu mempunyai apa-apa perasaan terhadap Irdhina. Mereka tidak layak. Keluarga mereka tidak setaraf. Hani Sofea tidak mahu Shahir dihina oleh keluarga ini pula.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now