Bab 44

2.8K 106 7
                                    

Hani Sofea baru sahaja menyelesaikan proses pengebumian ayah mertuanya. Walaupun Tuan Faizal tidak pernah menyukai dirinya tetapi Hani Sofea tidaklah bersifat kejam untuk membiarkan saja jenazah Tuan Faizal tidak dituntut. Tuan Ahmad tidak mempunyai ahli keluarga manakala ahli keluarga Puan Jasmeen yang tinggal di Malaysia hanyalah keluarga Mak Su. Bakinya tinggal di Australia.

Setelah melihat dan mendengar tentang rungutan daripada keluarga Mak Su tentang perkara itu, Hani Sofea mengambil keputusan untuk uruskannya sendiri. Ya, mahu tidak mahu dia tetap keluarga terdekat yang seharusnya bertanggungjawab. Dia masih lagi menantu di dalam keluarga ini. Selepas Zohor tadi jenazah Encik Faizal dan Dahlia Ann selamat dikebumikan dengan bantuan Pak Ali dan Mak Ita serta adiknya Shahir. Hani Sofea sangat bersyukur adiknya banyak membantu.

Pintu bilik rawatan itu ditolak perlahan. Hani Sofea melangkah masuk, dia baru saja selesai solat Zohor di surau hospital. Matanya memerhati keadaan Irdhina yang terbaring lemah. Kepalanys berbalut, mukanya penuh dengan luka-luka. Sebentar tadi doktor memberi pengkhabaran bahawa tangan kirinya yang cedera teruk memerlukan pembedahan. Keadaannya kini semakin stabil. Dijangkakan esok pembedahan itu akan dijalankan.

Puan Jasmeen dan Faiz Idham  masih lagi belum sedarkan diri. Keadaan mereka agak parah. Doktor memberitahu berkemungkinan Puan Jasmeen, mungkin akan mengalami lumpuh separuh badan kerana keadaan kecederaan yang dialami pada bahagian badan sebelah kiri terlalu teruk. Faiz Idham  pula mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan kaki. Doktor telah pun berjaya mengeluarkan pendarahan yang berlaku di kepala beliau. Dan kini kedua-duanya masih belum sedarkan diri.

Sedari pukul 2 pagi sehingga kini Hani Sofea masih lagi belum makan atau tidur. Badannya terasa sangat penat. Dia hanya sempat minum air susu saja pagi tadi setelah dipaksa oleh Mak Ita. Hani Sofea  bersyukur Sarah Khalisa tidak meragam ditinggalkan bersama Mak Ita dirumah. Mujur juga stok susu badannya masih banyak.

Kerusi di sebelah katil pesakit ditarik perlahan-lahan. Dia tidak mahu mengejutkan Irdhina yang sedang lena. Namun, Irdhina terjaga juga apabila merasa ada pergerakan di sebelahnya. Matanya hanya memandang wajah sayu Hani Sofea.

“Dhina terjaga sebab Kak Hani ke? Sorry Dhina tidurlah balik.” Hani Sofea  meminta maaf. Dia tidak mahu menggangu adik iparnya.

“Tak, Dhina memang nak bangun.” Jawab Irdhina pendek. Hubungan mereka berdua tidaklah begitu rapat. Hanya beberapa kali saja mereka berjumpa dan berbicara.

“Dhina okay, ada rasa sakit kat mana-mana.” Tanya Hani Sofea lembut. Dia cuba untuk memecahkan tembok yang ada diantara mereka. Pada waktu ini mereka saling memerlukan untuk kuat bersama-sama.

Irdhina hanya menggelengkan kepalanya yang berbalut itu.

“Dhina dah makan?”

Sekali lagi Irhina hanya menggelengkan kepalanya.

“Ni ada bubur, Kak Hani suapkan.” Bekas bubur yang bertutup itu dibuka dan sudu diambil.

“Bismillahirahmanirahim.” Bubur yang masih sedikit hangat itu, ditiup lembut.

“Dhina tak ada selera.” Ucapnya.

“Ehh, tak boleh macam tu, Dhina kena makan sikit, lepastu boleh makan ubat. Kalau tak makan nanti Dhina lambat sembuh.” Ucap Hani Sofea.

“Biarlah Dhina tak sembuh. Dhina nak mati ikut papa. Dhina hidup pun susahkan semua orang saja. Kak Fea pun tak perlu susah-susah jaga Dhina lagi! Kak Fea tak patut datang sini, jaga Dhina!” Ucap Irdhina sambil menyapu air mata yang mula gugur.

“Eh kenapa Dhina cakap macam tu. Dhina tak susahkan akak.” Bekas bubur diletakkan semula diatas meja. Hani Sofea mendekatkan dirinya dengan adik iparnya itu. Dia tahu yang Irdhina terdengar sesuatu malam tadi.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now