BAB 60

3.7K 262 12
                                    

Sudah 5 bulan Faiz Idham keluar daripada hospital. Kesihatan dia sudah mula membaik. Kakinya sudah dapat digerakkan perlahan-lahan. Selama itu juga Hani Sofea setia membantu dan menemani dia ke fisioterapi. Namun begitu hubungan mereka masih la seperti sebelumnya. Hani Sofea meletakkan tembok tinggi diantara mereka. Puas sudah Faiz Idham mencuba memecahkan tembok itu namun masih belum berhasil.

Hani Sofea masih bersikap seperti dahulu. Batas yang dibuat antara dia dan Faiz Idham masih dijaga. Dia tidak mahu dipermainkan lagi. Cukuplah sekali.

Sekarang dia sedang menunggu Faiz Idham selesai fisioterapi. Sambil menunggu di ruangan menunggu Hani Sofea membuat kerja-kerjanya. Semenjak Faiz Idham bermula sesi fisioterapi 4 bulan yang lepas, setiap hari Rabu dan Jumaat dia tidak akan ke pejabat pada waktu pagi. Dia hanya akan ke pejabat setelah selesai menemani Faiz Idham di hospital. Itulah pengorbanan yang dia lakukan. Itu juga janji dia pada Faiz Idham ketika memujuk Faiz Idham untuk menjalani sesi fisioterapi. Sehingga kini janji itu di tunaikan.

Alhamdulillah Faiz Idham menunjukkan hasil yang sangat positif.

Tiba-tiba pintu bilik ruangan itu di buka. Hani Sofea terus mengangkat kepalanya.

Terkejut.

Dia sangat terkejut melihat Faiz Idham sudah boleh berjalan menggunakan tongkat.

“Encik Faiz…” Terus dia bangun mendapatkan Faiz Idham.

Surprise..” Katanya perlahan.

“Ya Allah… Alhamdulillah.” Dia berjalan mengelilingi Faiz Idham. Masih tidak percaya.
Dia bersyukur yang Faiz Idham sudah boleh berjalan semula. Ini bermaksud tidak lama lagi dia boleh bekerja seperti dahulu. Ringanlah sedikit beban kerjanya. Lega dia rasakan.

“Terima kasih sebab jaga saya.” Ucap Faiz Idham.

“Ni kalau mama tahu mesti dia happy kan.” Hanya senyuman dihadiahkan kepada Faiz Idham. Dia tidak suka budinya diungkit.

“Jom balik. Tak sabar nak jumpa mama.” Ajak Faiz Idham.

Dia sungguh gembira usahanya melakukan fisioterapi akhirnya membuahkan hasil. Berkat kesabaran isterinya menjaga dan menguruskan dirinya akhirnya dia kembali sihat sepenuhnya.

Sampai saja di dalam rumah, Hani Sofea terus masuk ke dalam melalui pintu belakang. Dia mengambil keputusan untuk solat Zohor dahulu. Dan dia harus segera mengambil anaknya untuk dihantar ke TASKA. Pagi tadi tidak sempat untuk hantar. Selepas inindia harus ke pejabat. Ada urusan yang perlu diselesaikan.

Manakala Faiz Idham terus saja mendapatkan mamanya. Perlahan-lahan dia menapak menuju ke dalam bilik ibunya.

“Assalamualaikum, mama..” Ucap Faiz Idham. Dia melangkah perlahan-lahan menuju ke dalam bilik mamanya.

Puan Jasmeen yang sedang membuka telekung itu terkesima.

“Am..Am! Ya Allah anak mama dah boleh berjalan semula. Sayang.. betul ke ni.. mama tak mimpikan?” Tanyanya berulang kali. Dia benar-benar terkejut. Pagi tadi anaknya masih lagi menggunakan kerusi roda, sekarang dia sudah mampu untuk berjalan walaupun harus menggunakan tongkat.

“Mama.. tak mimpi..” Ucap Faiz Idham. Tubuh mamanya di dakap kuat.

“Ya Allah abang Am…” Ucap Fir Irdhina terkejut. Dia baru saja keluar daripada tandas untuk membasuh tangan Sarah Khalisa.

Terus saja tubuh abang dan mamanya didakap.

“Ya Allah… Alhamdulillah.. Alhamdulillah..” Rasa syukurnya tidak terkata. Dia sangat bersyukur. Akhirnya Allah menjawab doa mereka.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now