Bab 7

2.4K 104 0
                                    

Hani Sofea sedang tekun membuat kerja. Banyak kerja-kerja yang tertangguh setelah dia bercuti. Satu persatu kerja yang dia lakukan dengan teliti.

Tit..tit..

"Fea, Encik Idham nak jumpa. Dalam bilik dia sekarang." Tiba-tiba Hani sofea dikejutkan dengan pesanan daripada pembantu peribadi Faiz Idham.

"Baik, thanks Kak Huda."

Akalnya ligat memikirkan mengapakah lelaki ini ingin berjumpa dengan dirinya. Setahu Sofea tidak ada apa-apa masalah yang timbul berkaitan dengan projek dibawah kendalian mereka di Sabah.

'Dia nak pecat aku ke ?'

Adakah lelaki ini ingin menuntut janji yang dibuat untuk berhenti kerja. Janganlah. Dia masih memerlukan kerja ini. Ibu perlukan duit untuk jalani pembedahan pemindahan buah pinggang. Apa yang perlu dilakukan sekarang ini. Perlukah dia merayu agar ada sedikit simpati.

'Ya Allah bantulah aku.' Hanya pada Dia saja tempat untuk bergantung.

*********

'Bismillahirrahmanirrahim.' Bisik Hani Sofea. Dengan hati yang berdedar dia mengetuk pintu bilik Faiz Idham.

"Masuk!" Kasar saja balasan dari Faiz Idham

"Encik Idham nak jumpa?" Hani Sofea cuba untuk bersikap profesional. Mereka sedang berada di tempat kerja. Dia hanya kuli dan lelaki dihadapannya kini adalah bos. Jadi suka atau tidak dia harus bersikap matang. Walaupun pada hakikatnya mendengar saja nama lelaki itu hatinya sakit bagai di carit halus. Hanya dia yang tahu sakitnya bagaimana.

"Kau tahukan projek Sabah mama dah serahkan dekat aku." Ucap Faiz Idham tanpa sedikitpun memandang kearah Hani Sofea. Tangannya ligat menaip sesuatu di papan kekunci.

"Iya, Kak Nadia sudah bagitahu saya pagi tadi." Inilah berita pagi yang dia terima setelah berhari-hari dia bercuti menjaga ibunya di hospital. Mendengar saja berita itu Hani Sofea rasa ingin menjerit. Ini bermaksud dia terpaksa banyak berjumpa dengan Faiz Idham. Aghhhh bencinya.

"Bagus. Lagi satu sekejap lagi kau ikut aku, mama minta kita lunch dengan Datuk Rahman. Bintang pasal tender di Nilai. Mama cakap kita ada potensi untuk dapat projek tu. Aku tak suka sebenarnya nak bawa kau. Sebab aku tak rasa kau ada function apa-apa. Tapi dah mama suruh. Kenalah aku ikut." Dari gaya bahasanya Hani Sofea tahu yang Faiz Idham memang berniat untuk menyakitkan hati dia. Hani Sofea sedikit terasa dengan kata-kata itu.

'Tak apa Hani, sabar. Kita tengok nanti function atau tak aku ni.' Kata-kata itu hanya mampu diluahkan didalam hatinya. Senyuman tawar dihadiahkan.

"Aku bagi kau masa 10 minit untuk kau siap dan tunggu aku dekat bawah. Aku tak suka orang lembab. Lambat kau pergi sendiri dan kalau mama marah kau jawab sendiri."

"Baik Encik Faiz."

Ini je ke sebab dia nak panggil aku sampai masuk bilik dia. Benda boleh Whatapps je kan. Kenapalah dia susah-susah perlu panggil. Ish sabar je la Fea.


Hani Sofea hanya melangkah mengikuti langkah lelaki dihadapannya kini. Sampai saja di meja yang menempatkan Datuk Rahman, mata Hani terkesima menatap wajah lelaki separuh abad itu.

"Fea. Hani Sofea ke ni?" Tanya Datuk Rahman.

"Uncle Rahman?" Hani Sofea bertanya kembali. Betullah lelaki dihadapannya kini Uncle Rahman. Bekas majikan ibunya dulu.

"Ya Allah Fea. Besar dah sekarang ni. Lamanya tak jumpa Fea, adik-adik dan ibu. Mereka sihat." Tanya Datuk Rahman.

"Alhamdulillah, adik-adik sihat. Cuba ibu je kurang sihat sikit sekarang ni."

Kepala lelaki yang sudah dipenuhi uban itu teranguk mendengarnya.

"Now, Fea kerja dengan JFA as an architect? " Tanyanya lagi.

"Ha ah Uncle. Fea baru je kerja." Ucap Hani Sofea. Senyuman manis dihadiahkan.

"Erhhmm.." Faiz Idham berdeham. Dia seakan terpinggir sekarang ini.

"Ohh sorry Faiz, terleka pula Uncle berbual dengan Fea ni. Lama sangat tak jumpa. Jomlah kita makan dulu."

Selesai saja berbincang tentang projek yang ingin mereka lakukan, Datuk Rahman meminta diri. Dia hanya meminta JF Authur untuk menyediakan proposal. Selebihnya serahkan pada dia. Datuk Rahman sangat teruja untuk melihat hasil kerja yang akan dilakukan oleh Hani Sofea dan yang lain. Datuk Rahman tidak menyangka yang Hani Sofea telah pun bekerja sebagai arkitek. Hani Sofea sangat lega mendengarnya. Bagi dia sekurang-kurangnya adalah fungi dia disuruh menemani Faiz Idham hari ini. Hani Sofea pun tidak menyangka akan bertemu dengan Uncle Rahman hari ini. Banyak yang mereka bualkan. Lama mereka tidak bertemu, kali terakhir ketika Hani tingkatan 4. Selepas itu, Uncle Rahman telah berpindah ke Kuala Lumpur.

Badan dipusingkan untuk menghadap Faiz Idham. "Terima kasih. Saya turun dulu." Laju saja dia menuturkan kata-kata itu. Tanpa menunggu balasan daripada Faiz Idham, kaki terus diatur melangkah keluar daripada kereta mewah itu. Dia ingin cepat. Dia telah lewat untuk solat Zohor.

Lega. Itu yang Hani Sofea rasakan apabila telah jauh daripada pandangan mata Faiz Idham. Setiap kali dia dekat dengan lelaki itu hatinya kembali berdarah.


Imperfect LoveWhere stories live. Discover now