Bab 69

3.3K 273 32
                                    

“Aku tanya ni jawablah!” Tubuh Hani Sofea  ditolak kasar ke dinding. Badanya mengepung tuduh kecil itu. Tangan Hani Sofea digenggam kuat. Seluruh tubuh Hani Sofea kini mula terasa sakit.

Masuk saja didalam rumah ini tadi dia terus dipanggil ke ruang tamu. Ketika itu ruang tamu ini sudah dipenuhi dengan mereka yang menginginkan penjelasan daripada dirinya.

Bermacam-macam soalan ditanya kepadanya. Kecewa, itu yang dia rasakan kini. Selepas semua yang telah dia lakukan, masih lagi ada yang meragui kejujuran dirinya.

“Orang bodoh je lah yang sanggup berkorban tanpa ada kepentingan dari pengorbanan tu!” Suaranya semakin kuat.

Semua yang ada di situ tersentak, terkejut. Khalisa yang berdiri tidak jauh dari ibu dan ayahnya mula menangis akibat terkejut. Dia takut melihat situasi ini. Hani Sofea yang melihat anaknya menangis mula menolak tubuh Faiz Idham. Dia meloloskan dirinya untuk menenangkan anaknya. Tuduh anaknya dipeluk. Dia tidak mampu untuk mendukung Khalisa. Jahitannya masih baru. Risau jika kesan pembedahan terbuka.

“Am sudahlah, janganlah mengamuk macam ni. Kita boleh bincang elok-elok. Berapalah sangat duit tu jika nak dibandingkan dengan apa yang Hani dah lakukan untuk kita.” Puan Jasmeen cuba menenangkan anaknya. Risau dia melihat wajah pucat cucu dan menantunya.

“Awak tanya saya kenapa saya sanggup jaga awak, jaga mama awak, jaga adik awak lepas apa yang awak dan keluarga awak dah buat pada saya. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin betul cakap awak saya bodoh. Saya pun tak tahu kenapa saya ni bodoh sangat, sanggup korbankan masa saya, korbankan tenaga saya bersusah payah ulang alik setiap hari rumah, hospital, office. Rumah, hospital, office. Berbulan-bulan saya hidup macam robot. Saya tak kisah saya penat, saya tak kisah saya sakit. Saya ke hulu ke hilir kejar projek ke sana sini. Bermalam – malam bersengkang mata siapkan proposal. Siapkan drawing. Tu tak termasuk lagi berminggu-minggu saya tidur atas sofa di hospital. Dalam saya sibuk jaga awak dan keluarga awak, saya pun kena bersusah payah jaga anak saya. Entahlah saya pun tak tahu kenapa saya bodoh sangat sanggup buat semua ni.” Air matanya deras mengalir. Dia tidak berniat untuk mengungkit tapi biarlah semua ni tamat hari ini. Dia penat asyik dituduh yang bukan-bukan. Semua yang ada disitu hanya mendiamkan diri.

“Masa saya buat semua tu saya tak pernah terlintas pun untuk minta balasan apa-apa. Saya tak mengharapkan apa-apa. Cukuplah ada yang menghargai apa yang pernah saya buat itu saja. Masa lalui semua tu saya satu harapan saya. Saya berharap Dhina cepat sembuh, boleh sihat macam dulu balik. Sebab saya tak sanggup nak dengar tangisan dia setiap hari. Masa tu saya cuma berharap agar awak dan mama awak cepat sedar dan boleh sembuh, walaupun doktor kata harapan tu sangatlah tipis. Saya tak putus asa. Setiap hari saya doakan awak dan mama awak. Walaupun orang lain dah putus harapan pada awak dan mama awak, walaupun mereka kata yang awak tak akan sedar, dan kalau sedar pun awak akan cacat, hidup menyusahkan orang.  Tapi saya tak. Saya tahu Allah dengar doa-doa saya. Saya yakin awak akan sembuh. Saya sabar jaga awak berbulan-bulan”  Wajahnya diangkat, tangan dan matanya menunjuk dan memandang ke arah keluarga Mak Su disofa. Semua yang ada disitu terkejut apabila mengetahui perkara ini.  Kemudian dia hanya memandang wajah Faiz Idham yang berdiri tidak jauh darinya.

“Masa saya berkejar ke sana sini cari projek untuk selamatkan JFA saya pekakkan saja telinga bila mereka cakap saya bodoh. Saya pekakkan telinga bila mereka cakap JFA dah tak ada harapan lagi, elok jual je. Saya tetap kuatkan semangat team yang ada. Saya yakinkan mereka yang JFA masih mampu lagi untuk berdiri.” Air mata yang masih mengalir disapu lembut.

Sekali lagi semua yang ada di situ terkejut mendengar cerita Hani Sofea.

Nafas ditarik untuk menenangkan dirinya. Bila mengingati kembali apa yang telah dia lalui, mudah saja dia menangis. Bukan mudah untuk dia bangkit. Tak mudah. Dia harus kuat. Hani Sofea ingin menyelesaikan semua kekusutan dan salah faham yang berlaku selama ini hari ini juga.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now