BAB 81

3.4K 298 22
                                    

Hani Sofea melangkah perlahan keluar daripada mahkamah syariah. Hatinya terasa lapang. Tapi jauh disudut hatinya tersimpan rasa sedih. Faiz Idham lelaki pertama yang pernah dia cintai. Saat akad terlafaz dahulu dia sudah bertekad, hanya Faiz Idham imamnya sehingga akhir nafasnya. Namun takdir berkata lain. Rumah tangganya berjalan tak seindah impiannya. Kini lelaki itu bukan lagi suaminya. Cinta yang diimpikan tidak sempurna.

“Abang harap selepas ni Hani masih pegang pada janji Hani untuk izinkan abang melawat Lisa.”

“Iya.”

“Maaf atas semua salah abang selama ni. Maaf sebab abang tak mampu untuk jadi suami yang baik untuk Hani dan papa yang terbaik untuk Lisa.” Terara sebak di dada. Sungguh dia menyesal saat ini.

“Saya maafkan. Dan maaf atas segala kekurangan  saya.” Ya kerana kekurangan dirinya lah dia rasakan rumah tangganya gagal.

“Hani tak ada kurangnya.  Abang yang salah.”  Perlahan saja Faiz Idham menjawab.

“Saya minta diri dulu.” Terus saja Hani Sofea menuju ke keretanya. Dia mahu cepat meninggalkan tempat ini.

Setelah 3 bulan daripada peristiwa penculikan Fir Irdhina dan Sarah Khalisa, akhirnya mereka menemukan hari yang sesuai. Hari ini tercatat lagi satu peristiwa di dalam hidupnya. Hari ini merupakan hari jatuhnya talak ke atasnya. Terlerai sudah ikatan suci yang terjalin selama bertahun-tahun.

Hari ini mereka tidak ditemani oleh sesiapa. Masing-masing mahu pergi ke mahkamah sendiri. Situasi ini sama seperti situasi ketika mereka bernikah. Jika dulu pernikahan mereka tidak dihadiri oleh keluarga, mereka mahu perpisahan ini juga tidak ditemani oleh sesiapa.

Bagi Hani Sofea perjalanan perkhawinannya bagaikan mimpi ngeri yang panjang. Dan kini dia telah pun bangun dari mimpi itu.

“Bismillahirahmanirahim…” Pemanduan dimulakan.

“It’s okay Fea…” Dia memujuk hatinya. Air mata yang mengalir dibiarkan saja. Entah mengapa ia mahu mengalir.

Hidupnya kini hanyalah sebagai seorang ibu. Dia ada amanah yang besar ke atas anaknya. Anaknya harus dibesarkan dengan baik. Dia telah gagal menjadi seorang isteri, jadi dia tidak mahu gagal menjadi seorang ibu.  Dia gagal mendapatkan cinta daripada suaminya, jadi sekarang dia tidak mahu gagal dalam menberikan cinta, kasih dan sayang untuk anaknya.

***

Puan Jasmeen hanya memandang sayu anak lelakinya yang sedang melangkah masuk kedalam rumah. Sebak dihatinya ditahan. Dia mahu kelihatan kuat dihadapan anaknya.

“Am okay sayang?” Tanyanya lembut. Dia tahu yang anaknya sedang hancur.

“Ma…” Terus tuduh mamanya yang sedang duduk dikerusi roda dipeluk erat.

“Ma.. Hani dah tinggalkan Am..  Am dah hilang isteri dan anak Am ma…..” Tangisannya pecah.

“Sabar sayang.. “

“Macam mana Am nak hidup lepas ni Ma.. Am dah hilang orang yang sayang.. Macam mana Am nak hidup ma..”

“Ikhlaskan nak.. Am kena redha… Ini takdir untuk Am, untuk Fea.”

“Sakit ma.. sakit sangat dada ni…” Rintihnya lagi. Sakit yang dia rasakan kini lebih pedih daripada rasa ketika kehilangan Nawwarah.

“Kenapa Am abaikan Hani dulu ma.. kenapalah Am ni bodoh sangat siksa dia dulu.. kenapa Am ni bodoh sangat!!” Kata Faiz Idham sambil mengetuk-ngetuk kepalanya dengan kuat.

“Jangan macam ni Am.. jangan Am…” Tegah Ouan Jasmeen. Dia juga menyesal dengan tindakan anak dan keluarganya terhadap menantu sebaik Hani Sofea.

“Am menyesal ma.. Menyesal sangat. Am sia-siakan Hani.. Am sia-siakan isteri dan anak Am.”

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now