BAB 79

3K 226 13
                                    

Selepas subuh Hani Sofea sudah bersiap. Dia telah dimaklumkan yang pihak polis akan menjalankan operasi menyelamatkan Sarah Khalisa dan Fir Irdhina pada pagi ini.

“Kaklong dah subuh?” Tanya Shahir apabila melihat kakaknya.

“Dah.. angah dah siap?” Tanya Hani Sofea.

“Siap?? Siap untuk apa kaklong?” Tanya Shahir pelik.

“Pergi ambil Lisa la…” Balas Hani Sofea.

“Kaklong… pihak polis minta kita tunggu dirumah je. Nanti mereka akan hubungi kita bila mereka dah dapat Lisa…” Terang Shahir. Dia menggunakan nada yang selembut mungkin. Dia tidak mahu melukai hati kakaknya.

“Tunggu sampai bila. Dari semalam lagi kita dah tunggu. Kaklong nak ikut mereka selamatkan Lisa. Mesti Lisa rindu Kaklong. Mesti dia akan cari Kaklong nanti.” Desaknya.

“Kaklong.. kita kena sabar. Biar pihak polis lakukan kerja mereka. Pihak polis tidak mahu ada sesiapa yang cerdera….”

“Kaklong dah tak boleh sabar dah. Anak Kaklong tu angah. Kaklong rindu dia… Dia kecil lagi ngah. Kesian dia…” Dari nada tinggi kini Hani Sofea sudah mula menangis. Tangisannya sudah mendayu.

Shahir kembali diundang sebak.

Ibu mana yang sanggup melihat dan hanya menunggu anak yang sedang diculik. Sarah Khalisa adalah satu-satunya anak yang dia ada. Banyak perjuangan yang telah dia lalui untuk menjaga anaknya dari dalam kandungan sehingga lahir dan besar begini.

“Hani…” Hayyan mencelah.

“Hayyan..  awak tolong saya ya.  Tolong bawa saya jemput Lisa… Kesian dia. Mesti dia nak saya… mesti dia rindu saya.. “ Pujuk Hani. Dia tahu, Hayya akan membantunya.

“Saya tahu awak sedang bersedih sekarang ni. Saya tahu awak rindukan Lisa. Rindu dia sangat. Tapi tempat yang nak pergi tu bahaya. Awak tak dibenarkan masuk kawasan tu. Jadi… awak duduk saja dirumah ya, dengan ummi dan ibu. Tunggu sini. Biar saya yang pergi… boleh?” Hayyan memujuk lembut. Dia tidak mahu terlalu tegas dalam keadaan sekarang ini. Emosi Hani Sofea harus dijaga.

“Tapi…. Saya nak…”

“Awak tak percayakan saya ke?” Potong Hayyan. Permainan psikologi sangat penting sekarang ini.

“Saya…” Hilang kata-kata Hani Sofea. Dia kembali menundukkan kepalanya.

“Tolong percayakan saya ya. Saya janji saya akan bawa Lisa balik pada awak. Saya minta maaf sebab gagal lindungi awak.. gagal lindungi Lisa…” Kata Hayyan. Ya, sedari semalam dia merasa sekali lagi dia gagal melindungi orang yang dia sayang, dia gagal melindungi Sarah Khalisa.

Mendengar itu Hani Sofea kembali menatap wajah Hayyan. Ini bukannya salah Hayyan, tapi dia yang meminta maaf.

“To..long bawa Lisa balik ya.” Balas Hani Sofea perlahan. Akhirnya dia mengalah.

“InsyaAllah. Doakan saya.” Kata Hayyan.

Hanya anggukan sebagai balasan.

“Jom kita breakfast dulu. Dari semalam kita semua tak makan. Nanti jatuh sakit pula.” Pujuk Hayyan.

Sekali lagi Hani Sofea menganggukan kepalanya.

Sampai saja di meja makan, Puan Safiyah, Puan Raudah, Encik Ammar, Puan Qistina, Suraya dan suaminya sudah menunggu.

“Fea….” Suraya terus bangun memeluk sahabatnya itu. Mendengar berita itu semalam membuatkan dia merasa sangat sedih.

“Su… anak aku…” Tidak dapat dia meneruskan kata-kata. Air matanya kembali mengalir.

“InsyaAllah Lisa kuat… Hayyan nak pergi selamatkan dia sekejap lagi.” Pujuk Suraya.

“Kita makan dulu ya. Dari semalam mummy dengar semua tak makan lagi. Ni mummy dah buatkan sarapan, kita makan sama-sama ya.” Dia juga sudah bangun untuk memeluk sahabat anaknya itu.

Malam tadi Encik Ammar telah meminta Hayyan membawa mereka ke rumahnya. Jadi mereka telah berkumpul di rumah Hayyan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Imperfect LoveWhere stories live. Discover now