BAB 84

2.3K 95 3
                                    

5 bulan berlalu.

Kehidupan barunya sebagai seorang ibu dan isteri berjalan dengan lancar. Hari-harinya sibuk menguruskan anak dan suaminya. Disamping itu dia juga semakin sibuk dengan perniagaannya. Ruangan bawah rumah sewanya dulu kini telah dijadikan sebagai pejabat dan juga gudang stok barangnya.

Perniagaannya semakin berkembang dan dia juga semakin sibuk. Namun Hani Sofea sentiasa berusaha untuk membahagikan masanya dengan baik. Dia tidak mahu mengabaikan anak mahupun suaminya. Baginya keluarga adalah yang utama.

Hani Sofea bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk merasai bahagia dan mampu memberikan Sarah Khalisa sebuah keluarga yang bahagia. Walaupun Hayyan bukanlah ayah kandung Khalisa tetapi kasih dan sayang yang dicurahkan melebihi segalanya.

Setiap dugaan yang pernah dilalui menjadikan dirinya sekuat sekarang. Dia berharap agar kebahagiaan sentiasa bersama mereka sekeluarga.

“Lisa, jangan lari macam tu sayang. Bahaya.” Tegur Hani Sofea. Risau dia melihat anaknya
Yang berlari sambil mengejar ombak.

Seperti biasa mereka sekeluarga akan menghabiskan masa di tepi pantai sambil menikmati angin petang.

“Babah dah penat kejar Lisa. Kita rest dulu okay.” Ajak Hayyan. Peluh di dahi dilap.

“Kesian babah kena buli dengan Lisa.” Kata Hani Sofea.

“Hihihi..Coweyyy baba.” Ketawa si kecil.

Dia terus melabuhkan duduk di atas riba ibunya.

“Yisha nak air.. “

Terus saja ibunya menghulurkan air.

“Babah pun nak air.” Hayyan juga meniru cara manja anaknya.

Sebotol air juga dihulurkan kepada suaminya.

“Lepas ni kita balik okay, dah nak maghrib ni.” Ajak Hani Sofea.

“Ocey…”

**********

Malam Jumaat telah diadakan majlis doa selamat dirumah Hayyan. Majlis ini diadakan semperna ulang tahun Puan Raudah.

Saudara terdekat dan sahabat Puan Raudah dan Hayyan dijemput.

Dari siang tadi Hani Sofea sibuk membantu untuk kelancaran majlis malam ini.

“Dah 5 bulan nikah tak berisi lagi ke menantu Mak Su?” Tanya salah seorang saudara Hayyan.

“Belum lagi rasanya. Lagipun kalau ada anak kesian Hayyan, dapat zuriat dari perempuan bermasalah macam tu.” Balas Puan Rina,  Mak Ngah, Hayyan.

“Bermasalah? Masalah apa tu?”

“Perempuan tu kan janda, kalau dah pernah bercerai berai ni bermasalahlah tu. Perempuan tu anak orang biasa je, tak sepadan dengan Hayyan. Keluarga kita ni keluarga yang terhormat. Buat rosak keturunan je.”

Hani Sofea yang kebetulan sedang melewati ruangan keluarga itu mendengar saudara Hayyan sedang berbicara mengenai dirinya. Menggigil badannya. Air mata yang mengalir disapu kasar.

Dia tidak menyangka yang mereka akan berkata buruk mengenai dirinya. Terus dia membatalkan niatnya untuk ke dapur.

“Kan elok dulu, Hayyan tu nak dijodohkan dengan Atiqa kan.”

“Iya. Entahlah. Tak ada jodoh kot. Tapi Tiqa ni masih lagi setia menunggu Hayyan.” Kata Mak Ngah.

Hani Sofea kenal Atiqa yang dikatakan. Atiqa itu sepupu Hayyan.

Tidak sanggup untuk mendengar lagi. Langkah kaki diatur ke hadapan semula.

“Sayang, jom makan sama-sama.” Ajak Hayyan. Puas dia mencari isterinya tadi. Dia baru saja turun ke tingkat bawah setelah menidurkan Khalisa. Anaknya itu sudah letih.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now