Bab 8

2.3K 103 0
                                    

"Kau ni bodoh ke? Kerja macam ni pun tak boleh nak buat!" Tempikan yang kuat itu mengejutkan Hani Sofea. Dia hanya menundukkan kepalanya. Tidak berani untuk dia memandang wajah bengis Hani Sofea.

"Aku ingatkan kau ni bijak la sangat!" Masih lagi ingin menyakitkan hati Hani Sofea. Hani Sofea tahu yang lelaki itu sengaja ingin memahari dirinya. Kesalahannyang dia lakukan hanya kesalahan kecil yang tidak disengajakan. Tidak sepatutnya dia dimarah seperti itu. Dia ingin membela dirinya tapi dia tahu yang perkara itu hanyalah sia-sia saja. Bukan hari ini dia dimarah sebegitu teruk telah banyak kali Faiz Idham memaharinya tanpa sebab yang masuk akal. Sabar jelah Fea, orang kalau tak suka memang mecam inilah caranya.

"Kau ambil balik sampah ni. Lepas tu betulkan balik! Fail kertas kerja itu dicampak ke arah Hani Sofea. Tepat menegai dahinya. Tidak sempat untuk Hani Sofea, menyambutnya. Entah dimana silapnya, bucu fail yang dibaluti besi iru terkena dahinya. Rasa sakit ditahan.

"Saya minta diri dulu." Tanpa menunggu balasan dari bosnya, Hani Sofea terus melangkah keluar. Dahinya yang sakit dipegang. Darah. Nafas ditarik dan die terus melangkah ke biliknya.

"It's okay Fea. Kau kuat. No.. no.. jangan nangis" Air mata yang mulai gugur diseka lembut.

Sudah 2 bulan dia bekerja dibawah satu bumbung dengan Faiz Idham. Setiap hari ada saja yang tak kena dimata Faiz Idham. Setiap hati pasti akan ada perkara yang ingin dia marah. Hani Sofea masih lagi mampu bersabar. Dia tahu yang Faiz Idham sengaja ingin menguji kesabarannya.

"Fea

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Fea.." Bahu Hani Sofea dipeluk lembut. Kesian dia melihat Hani Sofea. Selalu jadi mangsa kemarahan bosnya.

"Encik Faiz marah Fea lagi?" Tanya Nur Nadia.

Hanya senyuman tawar dibalas. Nadia melangkah keluar ran seminit kemudian dia kembali bersama sekotak peti kecemasan.

"Kesian akak tengok Fea. Selalu kena marah dengan bos. Padahal kerja Fea okay je. Akak tak faham dengan Encik Faiz tu"

Tangannya kini sibuk membersihkan luka di dahi Hani Sofea.

"Auchhh.. sakit.."

"Sorry..sorry sikit lagi. Tinggal nak tampal plaster je. Ya Allah teruk juga luka Hani kali ni."

"Huh.." Hani Sofea mengeluh. Air mata yang kembali mengalir disapu perlahan. Penat. Itu yang dia rasakan. Sudahlah 3 hari ini dia tidak cukup tidur kerana terpaksa menjaga ibunya di hospital. Badannya sungguh letih. Bila dimarah seperti ini membuatkan dia tidak dapat mengawal emosinya.

"Akak rasa tak patut Encik Faiz marah Hani macam ni. Sepatutnya dia kena faham dengan situasi Hani sekarang ni. Salah sikit tu biasalah nama pun proposal pertama. Sebab tu lah kita bagi dia semak!" Bahu Hani Sofea diusap lembut. Entah kenapa dia rasa sangat marah dengan bosnya itu. Sakit sangat hatinya apabila mendengar suara jerkahan Faiz Idham tadi. Dia dapatbmerasakan yang Faiz Idham sengaja saja ingin memahari Hani Sofea.

"Dah nasib Hani kot kak."

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now