Bab 49

2.6K 110 2
                                    

"Mama, mama dah selesa. Mama tidurya." Kata Fir Irdhina sambil menyelimutkan kaki ibunya.

Puan Jasmeen tidak memberi respon apa-apa. Sejak sampai dirumah ini dia hanya mendiamkan diri. Menurut doktor itu adalah perkara biasa untuk orang-orang yang baru saja sedar dari koma. Lebih-lebih lagi mereka yang memngalami kerosakkan anggota bada. Seperti Puan Jasmeen. Separuh bahagian badannya lumpuh. Untuk menguruskan dirinya dia memerlukan bantuan dari orang lain.

Hani Sofea sudah nekad untuk membantu Irdhina menguruskan mamanya. Pada mulanya Hani Sofea takut untuk mendekati Puan Jasmeen tetapi setelah melihat penerimaan Puan Jasmeen, Hani Sofea sudah tidak keberatan untuk membantunya.

Ketika ini mereka dinasihatkan untuk sentiasa ada di sisi Puan Jasmeen. Menurut doktor Puan Jasmeen memerlukan sokongan untuk semangatnya kembali. Sokongan daripada ahli keluarga sangat penting. Oleh kerana itu, Hani Sofea dan Fir Irdhina sudah sepakat untuk mereka saja yang menjaga mamanya tanpa mengupah mana-mana jururawat.

Mereka baru saja selesai memandikan Puan Jasmeen. Semasa sampai saja di rumah tadi, Puan Jasmeen membuang air besar. Hani Sofea yang mencuci najis itu, setelah itu dia terus memandikan ibu mertuanya.

Fir Irdhina sungguh kagum melihat kelembutan Hani Sofea dalam membantu mamanya. Hani Sofea tidak merasa geli sedikit pun untuk membersihkan najis Puan Jasmeen. Dia juga lembut memandikan ibunya dan memakaikan lampin.

Menitis juga air matanya tadi semasa melihat Hani Sofea bersusah payah mengangkat Pua. Jasmeen. Dia sebagai anak tidak dapat melakukan itu. Dia bersyukur kerana Hani Sofea sudi membantu menguruskan ibunya.

Sudah 2 minggu Puan Jasmeen balik ke rumah. Masa minggu pertama berada di rumah, setiap hari dia hanya akan menangis, meracau-racau memanggil nama suaminya dan Faiz Idham.

Setiap kali dia meracau Hani Sofea, Fir Irdhina dan Mak Ita akan berusaha menenangkan dirinya.

"Mama salah... mama salah.. Am.. Am.. anak mama.. mana Am." Jika hari itu dia teringatkan Faiz Idham seharian dia akan memanggil nama itu.

Manakala jika hari itu dia rindukan Tuan Faizal. Satu hari dia akan bertanya kepada semua orang ke mana pergi suaminya itu.

Ada satu malam itu, Puan Jasmeen tiba-tiba saja menjerit minta untuk dibawa ke kubur suaminya. Selagi tidak dibawa selagi itulah dia menjerit-jerit.

Fir Irdhina yang sudah tidak tahu untuk buat apa terus saja memarahi mamanya.

"Mama can't you see out there. It's a night right now. Nak pergi kubur macam mana gelap macam ni." Tanpa sengaja dia meninggikan suaranya kepada Puan Jasmeen.

Mendengar suara yang riuh itu Hani Sofea terus saja datang dan memujuk Puan Jasmeen yang sedang menangis, dia baru saja selesai solat Isyak.

"Shh.. Puan jangan menangis macam ni."

"Dia ni jahatlah. Dia marah aku." Mengadu Puan Jasmeen.

Fir Irdhina melepaskan keluhan.

"Sorry ma." Tangan mmamnya di salam. Sungguh dia sudah penat melayan perangai Puan Jasmeen.

Jika dia tiada mempunyai mood untuk makan. Habis pinggan dia campakkan. Pernah sekali cawan plastik terkena dahi Hani Sofea. Lebam dahinya.

"Tak nak aku tak nak makan! Tak faham ke!"

"Keluar! Jangan kacau akulah! Keluar!"

Tetapi Alhamdulillah, masuk minggu ke dua sikapnya sudah kurang aggressive. Dia sudah boleh mengawal dirinya sendiri. Dia hanya menangis saja. Tetapi masalah baru pula yang muncul. Puan Jasmeen tidak mahu diuruskan oleh sesiapa kecuali Hani Sofea. Dia tidak mahu dimandikan, disupakan makan dan di pakaikan lampin oleh orang laim.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now