Bab 34

2.9K 135 25
                                    

Hari ini Hani Sofea, Faiz Idham dan juga Dahlia berangkat ke Terengganu, untuk projek baharu JFA. Sebelum berangkat lagi telah berlaku banyak drama. Pening kepala Hani Sofea dengan perangai dingin Faiz Idham dan juga perangai mengada-ngada Dahlia. Mereka pergi menaiki 1 kereta saja. Sebelum berangkat tadi, Dahlia marah besar apabila Faiz Idham menyuruh dia duduk di tempat duduk belakang kerana Hani Sofea telah duduk di bahagian hadapan dari rumah tadi.

"What? No, I nak duduk depan juga. You suruhlah perempuan ni duduk belakang! Dah la kena naik kerata pun sebab dia!" Marah Dahlia yang tidak berpuas hati.

Hani Sofea yang malas untuk bergaduh perlahan-lahan bangun dari duduknya. Walaupun dia sudah selesa duduk dihadapan. Dengan keadaan perut yang sudah membesar menyukarkan dia untuk duduk dengan selesa lebih-lebih lagi dalam perjalanan yang jauh. Mengalah sajalah. Sudahlah mereka terpaksa naik kereta kerana keadaan dirinya yang sedang serat tidak membolehkan dia menaiki kapal terbang.

"You tak kesian ke dengan Hani ni, tak selesa dia duduk belakang ..."

"No! I tetap nak duduk depan! Biarlah dia duduk belakang tu. Kenapa? You kesian dengan dia pula? You jangan nak macam-macam Am! I bagitahu papa nanti." Ugutnya.

"It's okay Encik Faiz, saya boleh je duduk belakang." Hani Sofea mencelah.

Hani Sofea hanya menahan rasa. Sebenarnya Dahlia tidak perlu pun untuk pergi, tetapi disebabkan Puan Jasmeen yang meminta Faiz Idham membawanya, atas alasan mahu belajar. Pada awalnya Faiz Idham tidak bersetuju, tetapinterpaksa akur atas arahan Puan Jasmeen.

Perjalanan 6 jam itu amat memenatkan. Mereka sampai di Kuala Terengganu ketika hari sudah masuk masa makan tengah hari. Sepanjang perjalanan, Hani Sofea tidak senang duduk dibelakang. Pinggangnya tidak selesa. Berkali-kali dia menukat posisi duduknya. Sekejap ke kiri dan kemudian mengereng sedikit ke kanan. Manakala Dahlia enak tidur disepanjang perjalanan.

"Kita singgah makan dan solat dulu." Kata Faiz setelah mereka singgah berhenti di kawasan RnR. Hanya 10 minit lagi akan sampai di resort yang mereka ingin tuju.

Keluar saja dari kereta, Dahlia dan Faiz Idham sudah mula berjalan meninggalkan Hani Sofea dibelakang. Perlahan saja Hani Sofea berjalan. Dia tidak larat jalan laju-laju.

Hani Sofea memilih untuk makan di kedai nasi ayam. Dia tidak tahu ke mana perginya Faiz Idham dan Dahlia. Fahamlah Hani Sofea yang mereka berdua tidak mahu dia menganggu.

Selesai makan Hani Sofea terus ke surau untuk menunggu masuk waktu solat. Selesai saja solat, dia kembali ke kereta. Di dalam kereta Faiz Idham dan Dahlia sedang menunggu.

"You ni lembablah. Tahu tak kami dah tunggu lama." Marah Dahlia.

"Maaf."

Hanya gelingan yang diberikan kepada Hani Sofea. Perjalanan diteruskan.

"Aishh.. lambatnya you jalan. Please lah. Kami nak kena tunggu you jalan macam ni." Dahlia masih tidak puas hati dengan kelambatan pergerakkan Hani Sofea. Hani Sofea hanya mampu mengeluh lemah. Tak berdaya dia ingin menukar kelajuannya. Dia perlu berhati-hati. Kandunganya harus diutamankan. Doktor sudah banyak kami berpesan untuk dia lebih berhati-hati diusia kandungan sekarang, pelbagai risiko boleh terjadi.

"Maaflah, Encik Faiz dan Cik Dahlia jalanlah dulu. Nanti saya menyusul." Hanya itu saja yang mampu dia katakan. Sedikit terkilan juga dengan kata-kata Dahlia. Tetapi Hani Sofea faham, kerana Dahlia belum pernah menyusung beban diperutnya lagi. Nanti dia dah mengandung barulah dia tahu seperti apa rasanya membawa perut besar seperti ini.

"Jom Am." Terus saja tangan Faiz Idham dipaut dan kaki terus melangkah ke lift, meninggalkan Hani Sofea.

Hani Sofea memandang suaminya berlalu dengan pandangan yang sayu. Seharusnya dialah yang memimpin tangan suaminya. Dia isteri Faiz Idham. Seharusnya Faiz Idham yang membantu dia agar mudah untuk berjalan. Keluah dilepaskan.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now