BAB 82

2.3K 117 1
                                    

Setahun Kemudian.

Hani Sofea sedang sibuk menyusun bekal makanan didalam bakuk. Itulah rutin paginyam setiap pagi dia akan memasak sarapan pagi untuk Shahir dan juga untuk jiran hadapan.

“Bubu.. Yisha dah andi.  Dah angi..” Kata Sarah Khalisa sambil berlari mendapatkan ibunya.

“Wah.. wanginya anak ibu.” Puji Hani Sofea sambil mencium kedua-dua pipi anaknya.

“Okay bubu..  Yisha nak gi umah baba..” Laju saja kakinya berlari mengejar langkah Shahir yang sedang menuju ke pintu rumah.

Mereka mahu bersarapan pagi di rumah Hayyan.
Hani Sofea hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah anaknya. Itulah kebahagiaannya sekarang ini.

Tanganya pantas mencapai bakul rotan yang berisi makanan sarapan pagi untuk mereka.

“Aikk.. kenapa tak keluar lagi ni.” Tanya Hani Sofea, pelik dia melihat adik dan anaknya menuju ke ruangan dapur semula.

“Ni, abang Hayyan call, dia cakap dia orang yang nak datang rumah kita.”

“Ohh. Kalau macam tu angah tolong kaklong buka bekal-bekal ni. Kaklong nak ambil pinggan dan cawan.” Arahnya

Sedang leka mereka menyusun semula nasi lemak dan ayam goreng berempah di atas meja, Puan Raudah datang menghampiri meje makan.

“Maaflah Hani… Hayyan ni, tiba-tiba pula nak tukar mood. Nak makan disini. Ayyan tengok ni. Penat-penat Hani pack nasi lemak ni.” Kata Puan Raudah dengan nada tak puas hati. Kasihan Hani Sofea perlu membuat kerja 2 kali.

“Maaflah Hani. Saya saja nak makan disini.” Kata Hayyan. Dia juga berasa serba salah.

“Tak apa.. Jom kita makan. Lepas ni you guys nak buat apa? Apa plan apa-apa?” Tanya Hani Sofea. Selalu di hari Sabtu begini ada saja plan Shahir dan Hayyan.

“Ermmm kita makan dululah. Lepas ni kita fikir nak buat apa.” Cadang Hayyan.

Sarapan pagi mereka dipenuhi dengan gelak tawa, terhibur hati mereka melihat gelagat Sarah Khalisa. Semakin besar, semakin banyak perangainya. Ada saja kelakuannya yang mencuit hati. Selesai saja makan. Hayyan dan Puan Raudah bermain-main mata.

Selepas itu Hayyan terus saja mengangkat Sarah Khalisa ke halaman luar. Diikuti oleh Shahir.

Hani Sofea pula mula mengemas meja makan sambil dibantu oleh Puan Raudah. Ketika sedang mencuci pinggan tiba-tiba Puan Raudah bersuara.

“Hani… boleh ummi tanya sesuatu?”

“Tanya apa tu ummi. Bunyi macam serious saja.”

“Hani.. dah ada.. pengganti untuk ayah Lisa..”

Pelik Hani Sofea mendengar soalan umminya. Pinggan terakhir di bilas dan disusun di rak.
Badan dipusingkan menghadap Puan Raudah.

“Hani dah selesa dengan kehidupan sekarang ummi. Ada Lisa, Shahir. Ada ummi dan ada Hayyan.” Senyuman manis dihadiahkan kepada umminya. Dia tidak pernah terfikir untuk berumah tangga lagi. Dia tidak bersedia.

Tersenyum dia mendengarkan jawapan daripada Hani Sofea.

“Kalau.. ummi cakap, ummi nak masuk meminang Hani untuk Hayyan, Hani setuju?” Tanya Puan Raudah perlahan.

Terkejut Hani Sofea mendengar hasrat hati Puan Raudah.

Masuk meminang??

“Apa.. ummi mengarut ni?” Tertawa lepas dia mendengar kata-kata itu. Kenapa tiba-tiba saja Puan Raudah berbicara begini.

“Ummi serious ni..” Balas Puan Raudah.

“Ummi.. ummi tahukan status Hani.. Hayyan layak dapat perempuan yang jauh lagi baik dari Hani..” Tangan Puan Raudah digenggam. Diab tidak mahu  umminya terasa dengan kata-katanya.

“Hani..  Ummi Cuma sampaikan permintaan Hayyan. Kalau Hayyan sendiri yang meminta, bererti Hayyan sendiri yang sanggup terima Hani, terima Lisa.” Kata Puan Raudah. Dia tahu yang  Hani Sofea merasa rendah diri akan statusnya sebagai ibu tunggal.

Hani Sofea hanya menundukkan kepalanya. Dia tidak tahu apa yang harus dia jawab. Dia tidak bersedia untuk situasi begini, kerana dia tidak pernah terfikir pun untuk bernikah lagi.

Jika dahulu dia berkhawin kerana takutkan sesuatu, jadi dia membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Natijahnya terlalu banyak konflik yang harus dilalui dan perkhawinan yang terikat bertahun-tahun tergantung akhirnya terlerai jua. Masing-masing membawa haluan sendiri.

Dan kini dia tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan.

“Ummi.. Hani..  tak tahu nak buat apa…” Katanya perlahan.

“Ummi tahu.. pasti Hani terkejutkan.. Ummi pun satu ikutkan sangat Ayyan tu, supaya cakap pagi ini juga. Kesian Hani…” Bahu Hani Sofea diusap perlahan.

Hani Sofea tersenyum nipis. Dia tidak tahu harus berbuat apa.

“Hani fikirkan dulu. Ambillah berapa banyak masa yang Hani mahu. Kami tak akan mendesak apa-apa. Walau apa pun keputusan Hani, ummi akan tetap sayang Hani sampai bila-bila.” Katanya.

“Terima kasih ummi….”

***

Selesai solat Hani Sofea masih lagi duduk termenung memandang sejadah. Sudah 5 hari dia membuat solat istikharah memohon petunjuk untuk lamaran Puan Raudah.

Hani Sofea teringatkan akan perbicaraan antara dia dan Hayyan.

“Saya ikhlas terima awak dan Lisa menjadi sebahagian daripada hidup saya.” Kata Hayyan. Wajahnya serius saja. Tidak seperti selalu.

“Awak tahukan yang awak boleh dapatkan perempuan yang jauh lagi sempurna dan baik dari saya?” Tanya Hani Sofea.

Dia mahu Hayyan sedar yang hidupnya bukan hanya ada dia saja. Hayyan ada ramai kawan perempuan, kawan sekerja, kawan sekolah dan kawan satu universiti dengannya. Dia apa banyak pilihan untuk memilih perempuan lain, dan bukannya ibu tunggal seperti dia.

“Tahu, tapi hati saya cuma nak awak je.” Balas Hayyan senada. Dia mahu Hani Sofea tahu yang dia benar-benar serius akan apa yang dia lakukan sekarang ini.

Hani Sofea hanya mendiamkan diri. Memikirkan sesuatu.

“Awak tak percayakan saya? Saya tak layak ke untuk jadi suami awak.. untuk jadi babah Lisa?” Tanya Hayyan. Dia tahu yang Hani Sofea masih trauma dengan kisah lalu. Tapi dia benar-benar ikhlas mahu memperisterikan wanita itu. Baginya status iti tidak membawa apa-apa makna.
“Hayyan… bukan itu maksud saya.. saya buntu… saya takut.”

Kepalanya ditunjukkan memandang kedalam nasi ayam yang masih belum berusik. Seleranya mati. Entah mengapa sejak pagi semalam hidupnya tidak tenang.

“Jangan terlalu memikirkan masa depan. Kita Cuma manusia biasa yang dituntut untuk menjalani hidup ini dengan redha. Saya  tak pernah terfikir pun dulu akan kenal awak dan Lisa. Mungkin ini takdir kita…” Kata Hayyan.

Tiada balasan.

“Tak apalah makanlah… kita jumpa pun memang untuk makan kan. Janganlah hilang selera pula.” Senyuman manis dihadiahkan kepada Hani Sofea.

“Bu..bu..” Panggilan daripada Sarah Khalisa mengejutkan Hani Sofea daripada lamunannya.

“Ya sayang. Anak ibu kenapa ni..” Tangannya di depa menyambut anaknya.

“Yisha nak bu.. bu…” Katanya sambil membaringkan dirinya didalam pelukan ibunya.

“Lisa… Lisa sayang babah?” Tanyanya. Saja mahu mendengarkan pendapat anaknya.

“Ayang angat!”

Hanya senyuman yang diberikan. Kemudian dia terus menepuk peha anaknya untuk menidurkannya semula. Dahi si kecil dicium sayang.

Hani Sofea tahu dia tidak boleh pentingkan diri sendiri. Apa pun keputusan yang bakal dia lakukan dia harus memikirkan anaknya. Masa depan anaknya lebih penting daripada dirinya.














Imperfect LoveWhere stories live. Discover now