Bab 68

3K 219 29
                                    

Pagi itu, Hani Sofea sudah bersiap sedia untuk pulang. Tetapi dia hanya membuat bias-biasa saja dihadapan Shahir. Dia tahu tengah hari nanti Shahir akan keluar untuk menghantar pesanan penlanggan. Pelanggan kali ini menempah banyak baju daripada mereka. Jadi dia merancang untuk keluar secara senyap-senyap tanpa pengetahuan adiknya.

Sebentar Shahir datang menghantar Sarah Khalisa. Dan dia akan terus pergi untuk menghantar barang pelanggan.

Dia ada lebih kurang 1 jam lagi sebelum Shahir datang. Hani Sofea bercadang untuk menemui ibunya sebelum dia pulang. Dia tidak tahu entah bila lagi dia datang bertemu dengan ibunya selepas ini. Dia sudah berjanji dengan ibunya untuk tidak mengganggu ibunya lagi selepas ini. Dia akan tunaikan janji itu. Dia mahu ibunya hidup bahagian tanpa apa-apa gangguan.

Perlahan-lahan dia melangkah ke dalam bilik ibunya. Sakit yang dia rasakan di bahagian perutnya cuba ditahan. Dia harus kuat.

Puan Safiya memandang ke arah pintu apabila dia terdengar bunyi pintu dibukan dari luar.

“Melihat saja Hani Sofea yang melangkah masuk terus saja dia kembali menyambung membaca Al Mathuratnya.

“Ibu.. maaf Fea ganggu masa ibu. Fea Cuma nak jumpa ibu buat kali terakhir. Lepas ni Fea janji Fea tak akan ganggu ibu lagi. Fea nak cakap dengan ibu. Kalau ibu tak nak bercakap dengan Fea pun tak apa. Ibu dengar je. Bolehkan ibu?”

Tiada balasan.

Hani Sofea menghembus nafasnya perlahan.

“Ibu… Fea nak ibu tahu yang Fea sangat sangat dengan ibu. Fea sayang sangat-sangat. Maaf kalau Fea dah buat ibu kecewa.” Air matanya mula mengalir.

“Fea tahu ibu kecewa dengan Fea. Tapi percayalah bu. Fea lagi kecewa dengan diri sendiri. Fea kecewa dengan hidup Fea sekarang ni. Fea sakit bu… Fea tak bahagia pun.. Hati ni kecewa bu.. terlalu sakit untuk Fea tanggung.” Esaknya semakin jelas.

“Kalaulah ibu tahu bagaimana hidup Fea sekarang… kalaulah Fea boleh ceritakan dekat ibu mungkin rasanya tak sesakit sekarang.”

Nafas cuba diatur kembali.

“Tapi tak apalah Fea terima semua yang terjadi.. mungkin ini balasan untuk Fea sebab Fea dah lukakan hati ibu.. Fea tahu bukan mudah untuk ibu maafkan kesalahan Fea.”

Puan Safiya hanya mendiamkan diri. Dia hanya mendengar kata-kata daripada anaknya.

“Fea dah jadi seorang ibu dan Fea dah rasa macam mana sakitnya melahirkan seorang anak, dan Fea tahu bagaimana susahnya mencari duit untuk menyara seorang anak. Fea dah rasa macam mana susahnya jaga dan besarkan anak seorang diri tanpa suami. Jadi Fea boleh faham perasaan ibu.”

Nafas ditarik perlahan. Esaknya cuba ditahan. Dia sudah tidak mahu menangis lagi.

Mendengar itu, membuatkan Puan Safiya memandang wajah Hani Sofea yang sedang berdiri di tepi katilnya.

“Ibu.. Fea Cuma nak minta untuk ibu hidup bahagia lepas ni. Fea nak ibu happy je. Fea akan  usahakan untuk cari duit untuk ibu untuk adik- adik. Fea nak ibu bahagia. Ibu nikmati hidup ibu. Fea tak nak ibu sedih. Boleh ya itu..”

Masih tiada balasan.

“Ibu.. Fea harap ibu boleh maafkan Fea suatu hari nanti. “ Senyuman tawar dilorek.

“Hari-hari Fea doa supaya ibu maafkan Fea. Jangan biarkan Fea tinggalkan dunia ni dalam keadaan Fea tak dapat kemaafan ibu ya.”

Air mata di sapu.

“Ibu… Fea rindu masakan ibu. Boleh tak nanti ibu masakkan untuk Fea.. untuk terakhir kali? Nanti ibu bagi pada Shahir boleh?” Dia berharap agar impiannya dapat ditunaikan.

Masih lagi tiada jawapan. Lama dia memandang wajah ibunya. Selepas ini entah bila lagi dia dapat menatap wajah itu.

Dia kecewa, tiada apa-apa balasan daripada ibunya.

Perlahan-lahan tangan tua itu diambil dan dicium lama.

“Ampunkan Fea ya ibu…Fea sayang ibu..”

Dia tidak mahu mengganggu ibunya lagi. Terus saja langkah diatur keluar dari ruangan ibunya.

***

“Kaklong betul ke nak jaga Lisa ni, biar Shahir je la yang bawa Lisa. Tak tenanglah Shahir nak tinggalkan Lisa dengan kaklong. Kaklong tu bukan sihat sangat.” Katanya.

Susah hatinya mahu meninggalkan anak saudaranya bersama kakaknya. Keadaan kakaknya baru saja mahu pulih. Hani Sofea harus berehat. Badannya dalam proses penyesuaian dengan keadaan baru dimana hanya ada 1 buah pinggang yang berfungsi. 

“Boleh. Tak apa. Kaklong boleh jaga Lisa. Lagipun Shahir sibuk hari ni. Kaklong tak nak Lisa ganggu Shahir nanti. Jangan risau.” Dia cuba menyakinkan adiknya yang dia mampu untuk menjaga anaknya. Dia mahu membawa Sarah Khalisa pulang bersama. Lagipun dia tahu yang hari ini Shahir akan sibuk jadi dia tidak mahu Khalisa menjadi beban buat adiknya.

***

Pada tengah hari Hani Sofea sudah dibenarkan untuk pulang. Dia tidak memberitahu sesiapa pun termasuk Shahkir yang sedang menjaga ibu di bilik sebelah.

Selesai saja urusan daftar keluar dan mengambil ubat, dia berjalan perlahan meninggalkan hospital itu. Dia pastinya yang Shahkir tidak mengetahuinya.

Hani Sofea memimpin di kecil berjalan menuju ke dalam Grab yang sudah ditempah.

Hari ini dia mahu menyelesaikan semua masalah yang ada antara dia dan Faiz Idham. Dia sudah nekad mahu mengakhiri semua yang ada. Dia penat. Penat terikat dalam ikatan ni. Penat menagih kasih dari orang. Dia sudah tidak mahu lagi disakiti. Cukuplah. Dia hanya mahu fokus untuk besarkan anaknya itu saja. Dia tidak mahu fikirkan tentang orang lain lagi selepas ini.





Imperfect LoveWhere stories live. Discover now