Bab 19

2K 73 5
                                    

Suasana tenang di pejabat pagi ini menjadi kalut apabila Nadia menemui Hani Sofea terbaring kaku di biliknya.

"Kak Nad, macam mana ni?" Sudahlah hanya mereka berempat saja yang baru datang. Semua perempuan.

"Nak call ambulance ke? Nampak pucat sangat muka Fea ni." Fatima sudah kalut. Lewat malam tadi Hani Sofea tiba-tiba sahaja menghubungi dirinya untuk memminta izin tumpang tidur semalam. Pagi ini mereka berangkat ke tempat kerja bersama-sama. Dan mereka baru saja 15 minit masuk ke pejabat.

"Kenapa kecoh-kecoh ni?" Tiba-tiba suara garang itu bertanya. Faiz Idham.

"Erkk Tu..an. Fea pengsan tuan." Beritahu Nadia yang sedang memangku kepala Hani Sofea.

"Move." Arah Faiz Idham kepada Fatima yang duduk menghadang laluannya untuk melihat keadaan Hani Sofea.

Melihat wajah yang sungguh pucat itu, Faiz Idham terus menggendong tubuh kecil Hani Sofea.

"Give me her bag." Langkah kaki diatur laju untuk membawa Hani Sofea ke hospital.

Matanya cuba dibuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Matanya cuba dibuka. Kepalanya masih terasa berat. Namun digagahkan juga untuk bangun.

Melihat ada pergerakan daripada Hani Sofea, Faiz Idham hanya merenung kosong. Dia masih lagi terkejut dengan apanyang doktor katakan.

"Saya dekat mana ni?" Tanya Hani Sofea. Terkejut apabila buka saja mata, pandangan yang diterima adalah wajah garang Faiz Idham.

"Hospital." Pendek saja jawapannya.

Hani Sofea hanya mengigit bibir bawahnya. Dia takut. Takut melihat wajah bengis Faiz Idham. Dia juga takut sekiranya Faiz Idham telah mengetahui tentang keadaan dirinya. Dia takut dengan penerimaan lelaki itu.

"Kau sengaja je kan. Kau tahu tak yang kau akan susahkan hidup aku. Kau tahu tak kau dah buat benda jadi bertambah susah!" Tanpa simpati terus saja rambut Hani Sofea dicengkap kuat.

"Sakit..." Air matanya jula mengalir. Kepalanya sangat sakit.

"Habis, hati aku yang sakit ni kau tak fikir pula. Apa aku nak cakap dekat mama dengan papa aku!"

"Gugurkan." Hanya itu yang keluar, setelah dia penat mencari ayat untuk dikatakan. Selepas itu tangannya melepaskan cengkaman rambut Hani Sofea.

"Ya Allah, awak nak jadi pembunuh lagi?" Tanya Hani Sofea.

Terkejut. Faiz Idham terkejut dengan kenyataan dari Hani Sofea.

"Apa maksud kau?" Tanganya mula menggenggam tangan kiri Hani Sofea.

"Kalau awak tak nak anak ni, tak apa. Saya tak akan minta untuk awak bertanggung jawab. Saya boleh jaga sendiri." Matanya juga memandang tajam ke arah lelaki yang tidak punya perasaan itu.

"Aku tanya apa maksud kau jadi pembunuh lagi! Jawablah!" Terkejut Hani Sofea mendengarnya. Tangannya mula menggigil.

"3 tahun lepas masa awak buang saya dulu. Awak juga bunuh anak saya. Jadi cukuplah sekali je anak saya mati sebab awak!" Biarlah Faiz Idham tahu yang dia pernah membunuh darah daging sendiri.

"Maksud kau..." Cengkaman di tangan Hani Sofea dilepaskan. Tubuhnya dijauhkan daripada katil itu. Rambutnya diraup kasar.

"Awak jangan bimbang. Saya tak akan minta awak bertanggungjawab. Saya akan pergi jauh dari sini." Iya, itulah rancangan Hani Sofea. Niatnya ke pejabat tadi adalah untuk membuat surat letak jawatan. Dia ingin lari jauh dari semua ini. Dia tidak mahu sesiapa tahu tentang dirinya dan anak yang bakal lahir nanti.

"Berani kau nak lari dari aku?" Tanya Faiz Idham. Terkejut juga dia mendegar rancangan Hani Sofea. Tidak sangka wanita itu berniat untuk menyembunyikan tentang kewujudan anaknya.

"Saya dah tak ada sesiapa lagi. Ibu saya dah buang saya lepas dia tahu saya mengandung anak ni. Dan awak pun tak mahukan anak ni. Jadi buat apa lagi saya tunggu di sini." Air matanya kembali mengalir.

Sakit sangat apabila teringat bagaimana ibu menghalaunya malam tadi. Dia kuat untuk anaknya. Dia bangkit untuk anaknya. Dan sekarang Faiz Idham pula minta dia untuk gugurkan anak yang tak berdosa ini.

Tangannya kembali menggenggam tangan Hani Sofea. Matanya memadang tajam ke dalam mata Hani Sofea.

"Jangan. Pernah. Terfikir. Yang. Kau. Boleh. Lari. Dari. Aku." Satu-satu perkataan itu ditekankan.

"Kalau kau berani lari dari aku tahulah apa aku nak buat dengan gambar kau dan ibu kau." Sekali lagi dia mengugut Hani Sofea dengan gambar mengaibkan itu.

"Awak pun akan khawin dengan Dahlia tak lama lagi. Jadi biarlah saya pergi sekarang." Dia tidak sanggup membayangkan bagaimana hancurnya hatinya nanti apabila Faiz Idham bernikah dengan wanita lain. Jika dulu dia tidak kisah tentang semua itu, namun sekarang hatinya sakit. Sangat sakit.

"Itu urusan aku. Yang aku tahu sekarang ni, aku tak nak orang-orang dekat pejabat tu tahu yang kau ni isteri aku dan kau tengah mengandungkan anak aku. Pandai-pandailah kau nak bohong apa. Jangan sampai ada sesiapa pun tahu. Kalau mereka tahu. Anak kau mati." Ugutnya.

Hanya air mata saja yang mengalir. Terluka. Sekali lagi dia terluka dengan perbuatan Faiz Idham. Langsung tiadakah ruang untuk dia didalam hati lelaki itu. Sungguh dia sakit. Dia memang tidak ditakdirkan untuk bahagia bersama lelaki ke?

"Esok, kau boleh discharge, balik rumah aku. Aku tak nak kau lari."

"Tak nak!" Balas Hani Sofea. Dia tidak mahu lelaki itu memperlakukan dia sesuka hati lagi.

"Kau pilih. Anak kau mati atau ikut cakap aku." Matanya kembali merenung Hani Sofea dengan pandangan yang tajam.

"Atau kau nak ibu kau mati dulu. Pilihlah. Pilihan di tangan kau." Terus saja dia melangkah keluar dari bilik ini.

Tangisan yang ditahan dari tadi akhirnya pecah juga. Sekali lagi dia harus mengharungi penderitaan seperti ini.

Sakit. Itu yang dia rasakan. Mengapa setiap kali dia baru mengecap bahagia ada saja duka yang muncul. Tidak bolehkah dia bahagian seperti orang lain?

"Ya Allah. Tolong kuatkan hati hamba-Mu ini. Sakit Ya Rabb.. terlalu sakit untuk aku lalui semua ini." Tangisan ibu mengandung itu memecah sayu.

Sekarang ini dia tiada tempat untuk bergantung. Hanya pada Allah saja dia serahkan segalanya. Kuatkah untuk dia melangkah lagi? Terasa sangat berat. Masihkah ada daya untuk dia lewati semua ujian kali ini? Semuanya terasa seperti payah.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now