BAB 86

5.1K 227 38
                                    

7 bulan kemudian.

Kandungan Hani Sofea sekarang ini semakin sarat. Hanya menunggu masa saja untuk melahirkan anaknya.

Sepanjang dia mengandung Hani Sofea didilayan dengan baik oleh Hayyan dan keluarganya. Pada kandungan kali ini alahannya sedikit teruk. Setiap pagi dan malam dia akan muntah. Selera makanannya juga semakin berkurang.

Namun Hayyan melayaninya dengan baik. Setiap apa yang dia mengidam, pasti akan ditunaikan oleh Hayyan. Hani Sofea sangat bersyukur.

Ibunya juga sudah tinggal sekali bersama mereka di sini. Shahkir kini sedang menjalani latihan praktikal di resort Hayyan.

Hani Sofea merasakan sungguh bahagia. Satu per satu doanya dikabulkan oleh Allah. Dia berharap agar dia akan terus kuat untuk menjadi seorang isteri dan seorang ibu yang baik. Dia mahu membahagiakan ibu keluarganya.

Pintu bilik di buka perlahan.

Hani Sofea terus tersenyum manis menyambut suaminya. Rambut Sarah Khalisa yang sedang lena tidur di tengah katil diusap perlahan.

“Nah susu.. “ Hulur Hayyan. Itulah rutinya setiap malam sebelum tidur.

Thanks.” Ucap Hani Sofea setelah segelas susu habis diminum.

Hayyan mula melabuhkan baringnya di sebelah anaknya.

“Penat sangat Lisa hari ni.” Kata Hayyan.

“Hahaha.. lepas ni makin penatlah dia nak melayan adik pula.” Balas Hani Sofea. Siang tadi mereka mengemas bilik untuk Sarah Khalisa dan bayi lelaki yang bakal lahir. Beria-ria dia meminta untuk tidur sebilik dengan adiknya.

“Abang..  Nanti abang akan sayang Lisa sama macam abang sayang dia sekarangkan..” Tanya Hani Sofea. Dia sedikit takut sekiranya rasa sayang Hayyan terhadap Khalisa akan berubah setelah Hayyan memiliki anak sendiri.

“Of course. Sayang abang untuk Lisa akan sama. Abang tahu sayang overthinking. Tapi percayalah. Abang sayang Lisa lebih dari abang sayangkan diri sendiri. Lisa anak abang sampai bila-bila.” Balas Hayyan.

“Terima kasih… Hani sayang abang.”

“Abang sayang Hani…” Pipi isterinya dicium lama.

“Babah sayang Lisa…” Pipi gebu Sarah Khalisa juga di cium.

“Babah sayang baby…” Perut besar Hani Sofea dicium lama. Tak sabar untuk dia menyambut kelahiran anak keduanya.

Dia telah memohon cuti untuk sebulan. Dia mahu menjaga isterinya didalam pantang.

Kemudian Hayyan bangkit kembali untuk mengambil wuduk.

Setelah itu dia menarik kerusi dan duduk disebelah sisi isterinya.

Pelahan dia mengalunkan bacaan Surah Maryam, surah kegemaran isterinya.

***

Selesai solat subuh, Hani Sofea mula merasakan sakit pada bahagian pinggangnya. Dia mula tidak selesa. Duduk dan baringnya serba tak kena.

“Sayang okay ke?” Tanya Hayyan apabila dia melihat wajah isterinya sedikit berkerut seperti menahan sakit.

“Sakit pinggang…” Adu Hani Sofea.

“Kita pergi hospital ya…” Ajak Hayyan.

Dia membantu isterinya untuk berdiri. Tiba-tiba, Hani Sofea merasakan ada sesuatu yang mengalir keluar. Dan rasa sakit pada perutnya semakin menjadi-jadi.

“Abang….  Perut Hani sakit sangat..”

“Baby nak keluar ni.. Ummi, Ibu..Shahir….” Jerit Hayyan. Dia mula merasa cemas.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now