BAB 70

4.4K 287 43
                                    

Semua orang masih menanti dihadapan bilik rawatan itu. Masing-masing sedang mengawal gelisah di hati. Sarah Khalisa baru saja terlelap. Penat menangis.

Shahkir yang sedang memangku anak kecil itu hanya merenung pintu bilik itu dengan pandangan yang sayu. Dia terkejut apabila dia masuk ke dalam bilik kakaknya, namun  Hani Sofea tiada. Bilik itu kosong. Bila ditanya pada jururawat, mereka menyatakan yang Hani Sofea sudah discharge. Dia merasa kesal kerana gagal menjaga kakak ya.

Shahir pula sedang menahan amarahnya. Dia sangat marah pada Faiz Idham. Kerana dialah kakaknya mendesak doktor untuk keluar dari hospital. Kerana dia jugalah kakaknya sekarang sedang sakit.

Fir Irdhina dan juga Puan Jasmeen hanya duduk lemah. Mereka tidak sangka yang Hani Sofea menghilangkan diri beberapa hari ini kerana menjalani pembedahan ini. Sungguh mereka merasa serba salah dengan sikap Faiz Idham.

Entah bagaimanalah keadaan Hani Sofea sekarang. Mereka masih belum menerima apa-apa khabar daripada doktor. Sudah hampir 3 jam mereka menunggu diluar ini.

Faiz Idham pula hanya terduduk sayu. Dia mula menyesali kata-kata yang telah dilemparkan kepada Hani Sofea tadi. Masih terbayang-bayang di wajahnya, akan wajah pucat isterinya itu ketika dia melangkah masuk ke dalam rumah tadi.

Baru saja kaki itu melangkah masuk, terus saja dia menarik tangan Hani Sofea untuk kehadapan. Sarah Khalisa juga diseret ke hadapan. Tanpa belas kasihan dia menolak kuat tubuh itu ke dinding.

Rambutnya ditarik kuat. Sungguh dia kecewa dengan dirinya sendiri. Mengapalah dia tidak boleh mengawal emosinya. Mengapa dia terus menyerang Hani Sofea. Bukankah dia boleh berbincang dan bertanya baik-baik. Mengapa dia memilih untuk mempercayai Maksunya tanpa sedikitpun terdetik di hatinya mahu bertanya atau siasat dahulu. Mengapa dia sukar untuk mengawal rasa marahnya.

Pasti Hani Sofea kecewa dengan apa yang telah berlaku. Pasti semakin sukar untuk dia mendapat kemaafan dari isterinya itu.

Keluhan berat dilepaskan.

Semua yang ada disitu hanya memandang ke arah  Faiz Idham. Wajah lelaki itu jelas menunjukkan yang dia sedang serabut memikirkan tentang Hani Sofea.

“Baru sekarang Abang Faiz nak menyesal?” Sinis suara Shahir bertanya.

Faiz Idham yang mendengar itu hanya mendiamkan diri. Dia tahu Shahir ada hak untuk marah padanya.

“Abang… abang minta maaf.” Ucap Faiz Idham perlahan.

“Saya tak tahu kenapa abang benci sangat dengan Kak Hani.. Kalau betul abang memang tak mahukan dia lagi, abang boleh pulangkan pada saya semula. Janganlah seksa hidup kakak saya. Cukuplah dengan apa yang abang dah berikan selama ni.”

“Shahir…” Faiz Idham hilang kata-kata.

“Kakak saya tak pernah..” Kata-kata ibu terhenti apabila masuk 1 panggilan telefon.

Melihat nama yang tertera di skrin, Shahir terus menjawab panggilan itu.

“Abang…” Shahir terus menjauhkan dirinya dari mereka semua. Panggilan Hayyan memang ditunggu-tunggu sedari tadi.

“Shahir tak tahu nak buat apa sekarang…” Ucapnya sayu. Setelah sampai di hospitak tadi dia terus menghantar pesanan pada Hayyan dan Suraya. Dia takut jadi dia memerlukan penenang.

“Sekarang doktor ada cakap apa-apa tak pasal Kak Hani?” Tanya Hayyan. Dia beru saja membaca semua pesanan daripada Shahir dan Suraya. Terkejut. Itu yang dia rasakan. Kenapa Hani Sofea sedikit pun tidak memberitahu dirinya tentang pembedahan itu. Dia tahu yang Puan Safiya sakit, tapi tidak pula dia diberitahu yang Hani Sofea mahu mendermakan buah pinggangnya.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now