Bab 13

2.3K 75 10
                                    

Hani Sofea melangkah laju menuju ke tempat hentian bas yang terletak agak jauh daripada banggunan pejabatnya. Hari telah pun gelap. Hari ini dia terpaksa balik lambat. Banyak kerja yang perlu diselesaikan hari ini.  Dia sempat solat Isyak di surau pejabat sebelum pulang.

'Penatnya' Hani Sofea mengeluh sendiri. Dari pagi dia terlibat dengan mesyuarat bersama Puan Jasmeen di Puterajaya. Setelah kembali ke pejabat dia perlu membentangkan laporan progress projek di Sabah. Dan setelah itu dia harus menyambung membuat plan lakaran untuk projek baru. Perlahan-lahan Hani Sofea melabuhkan duduknya di kursi panjang yang terdapat di perhentian bas itu. Lebih kurang 20 minit lg bas akan tiba mengikut jadualnya.

Fikirannya kembali mengingati Faiz Idham. Otaknya mula memngingati satu persatu apa yang telah berlaku di Sabah, 3 hari lepas. Hani Sofea takut dengan itu, berbagai masalah boleh timbul akibat tindakan bodoh yang dia lakukan. Sejak daripada peristiwa itu, masih tiada lagi apa-apa perbincangan antara dia dan Faiz Idham. Masing-masing hanya membuat hal sendiri, seakan tidak ada apa yang berlaku diantara mereka. Sepaniang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur masing-masing hanya diam tanpa ada bicara. Masing-masing sedang menengkan diri sendiri. Sedang asyik mengelamun tiba-tiba, sebuah kereta mewah berhenti betul-betul dihadapan Hani Sofea. Tingkap kereta itu terbuka.

"Dah lewat sangat ni, naiklah aku hantar kau balik." Ajak Faiz Idham.

Terkejut. Itulah reaksi Hani Sofea.

"Tak apa, saya balik sendiri. Sekejap lagi bas sampailah. Encik Faiz baliklah dulu."

"Naiklah. Aku hantarkan. Jangan degil boleh tak. Ke kau nak aku dukung kau masuk dalam ni."

"Tak apa Encik Faiz saya boleh balik sendiri. Lagipun rumah saya jauh, susahkan Encik Faiz pula nanti." Geram. Oarang tak nak janganlah paksa.

"Hani, jangan degil boleh. Tengok jam tu dah pukul berapa. Jomlah naik." Kali ini suaranya dilembutkan.

Tersentak Hani Sofea mendengar panggilan itu.

Honey. Dia rindukan panggilan itu. Sekali lagi Faiz Idham memanggilnya dengan panggilan itu. Sejak mereka bertemu kembali Faiz Idham memanggilnya dengan panggilan Sofea, sama seperti yang lain.

Teragak-agak Hani Sofea melangkah memasuki kereta itu. Hatinya masih lagi berasa was-was.

"Encik Faiz hantar saya di station LRT dekat depan tu je. Saya balik sendiri." Kata Hani Sofea selepas kereta mewah itu meluncur laju.

"Aku lapar. Jom kita makan dulu. Lepas tu kita bincang." Ajak Faiz Idham.

"Eh tak boleh. Nanti saya terlepas MRT." Tolak Hani Sofea. Dia tidak boleh lewat nanti tiada lagi MRT munuju ke rumahnya. Bas, LRT dan MRT. Itulah pengangkutan yang harus digunakan oleh Hani Sofea untuk pergi dan pulang dari kerja.

"Kan aku dah cakap nanti aku yang hantar kau balik. Jangan degil boleh tak?"

Sekali lagi Hani Sofea terpaksa mengalah dan mengikut cakap Faiz Idham.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Imperfect LoveWhere stories live. Discover now