Bab 51

3.3K 171 10
                                    

"Allahhuakbar, Am. Anak mama..." Terkejut. Itu yang dia rasakan saat melihat anaknya hanya terbaring kaku. Luluh hatinya melihat keadaan anaknya itu. Tidak sanggup dia membayangkan kesakitan yang anaknya rasakan.

"Maafkan mama sayang.. Maafkan mama.. Mama sayang anak mama.. Mama tahu mama banyak kecewakan Am... Mama selfish.. Mama buat anak mama tersepit.. Mama buat anak mama jadi kejam.. Maafkan mama.."

Menyesal. Itu yang ada didalam hatinya. Dia sangat menyesal dengan tindakan dia dan Tuan Faizal.

Mereka berdua memaksa Faiz Idham untuk tidak menerima Hani Sofea dan anaknya. Terus teringat semua ugutan yang diberikan kepada Faiz Idham.

"Am, betul-betul kecewakan mama dan papa. Sampai hati Am buat mama macam ni!" Marahnya.

"Kenapa Am boleh terfikir jalan penyelesaian yang bodoh tu!"

Sungguh dia kesal apabila mendengar cerita daripada anaknya.

"Mama nak Am lepaskan perempuan tu. Dia tak layak untuk jadi isteri Am. Jangan nak buat mama dan papa bertambah malu.."

"I can't imagine.... Macam mana kalau orang luar tahu tentang hal ni!"

Keluhan berat dilepaskan. Sungguh dia marah dengan apa yg jadi.

"No matter what happens, mama nak Am lepaskan dia juga. Atau Am nak papa mengamuk.. Am pun tahu apa papa akan buatkan."

"Okay ma.. tapi bukan sekarang. Am akan lepaskan dia bila Am yakin bukan dia yang perangkap Am. Mama jangan risau."

Usapan tangan Fir Irdhina menyedarkan dia dari lamunan.

"Ma.."

"Mama sedih tengok abang macam ni... mama tak sanggup.." Air matanya masih setia dipipi.

"Mama kena doakan untuk abang.. supaya abang cepat sedar.. Dia perlukan doakan mama." Kata Fir Irdhina.

"Mama harap Abang Am cepat sedar... Mama tak sanggup tengok dia macam ni..."

"Mama...mama.. sayang anak-anak mama... Anak-anak mama nyawa mama... Papa dah tinggalkan kita.. Jadi mama dah tak sanggup tengok orang yang mamam sayang tinggalkan mama." Sungguh hatinya terluka.

"Kita balik ya ma.. Mama kena rehat." Pujuk Irdhina.

"Esok mama datang lagi ya sayang.." Tangan anaknya dicium. Dengan berat hati dia meninggalkan anaknya.

Sudah seminggu Puan Jasmeen ulang alik menjenguk Faiz Idham

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah seminggu Puan Jasmeen ulang alik menjenguk Faiz Idham. Dari pagi tadi dia sangat teruja untuk melawat anaknya. Dia mahu datang awal pagi seperti selalu, namun hari ini Shahir ada hal jadi dia harus menunggu selepas Zohor. Dan sekarang dia sudah tidak sabar untuk melihat anaknya.

"Apa semua ni!" Keadaannya sudah tidak mampu di kawal.

"Bersabar Encik. Jangan macam ni!" Pujuk mereka yang ada di ruangan itu. 3 orang jururawat harus memegang tangan dan badannya. Rontaannya sangat kuat, namun kakinya tidak bergerak.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now