Bab 64

2.6K 177 6
                                    

Pagi ini, awal-awal lagi pejabat Faiz Idham sudah menerima tetamu.

Puan Juwita.

Pelik dia melihat kedatangan ibu saudaranya.

"Ada apa mak su datang?" Tanya Hayyan dengan sopan.

"Tak ada apa. Mak su Cuma nak tanya khabar kamu. Dah lama ke kamu sihat, sejak bila mula kerja balik?" Bertalu-talu soalan diberikan.

"Alhamdulillah dah lama sihat, sekarang baru je mula kerja balik."

"Ohh.. kaki dah okay?"

"Alhamdulillah dah.. tak perlu pakai tongkat dah." Balasnya.

Dia pelik mengapa Maksunya ini tidak datang ke rumah saja untuk bertanya khabar, boleh jumpa mama sekali. Tapi dia tidak menyuarakan soalan itu.

"Mak su bersyukur kamu dan mama kamu dah sihat. Sembuh kembali."

"Maksu nak tanya, mana perempuan tu? Tak nampak pun."

Pelik dia mendengar soalan itu. Perempuan mana pula ni.

"Siapa yang maksu maksudkan?"

"Ala.. isteri kamu tu, mana dia?"

"Ohh, dia tiada. Dia cuti. Kenapa maksu cari Hani?"

"Tak adalah saja tanya dia. Sebab hari ahad ari tu mak su ke Airport, mak su jumpa dia dengan seorang lelaki di Airport."

Faiz Idham mula pelik. Hani Sofea ada di Airport, buat apa dia ke sana.

"Ni siapa lelaki ni? Am kenal ke?" Gambar didalam telefonnya di tunjukkan kepada anak saudaranya.

Terkejut dia melihat gambar itu. Gambar Hani Sofea, Sarah Khalisa dan Hayyan Alif didalam kedai mainan. Gambar satu lagi adalah gambar mereka bertiga sedang berjalan di dalam lapangan terbang.

"Ohh itu kawan kami." Balas Faiz Idham pendek. Dia sedang cuba menahan hatinya. Kemana mereka bertiga pergi.

Maksu jumpa mereka lapangan terbang dan sekarang Hani Sofea tiada dirumah dan ambil cuti 2 minggu.

Adakah mereka pergi bercuti bersama-sama. Persoalan yang ada di dalam otaknya membuatkan dia sakit kepala.

"Maksu, Am ada meeting sekejap lagi. Boleh maksu balik dulu." Helahnya. Dia mahu menenangkan hatinya.

"Okaylah maksu balik dulu. Kamu jaga diri ya. Jangan terlalu percayakan orang luar Am." Terus saja dia melangkah keluar. Dia takut juga melihat perubahan wajah anak saudaranya itu.

Hilang saja bayangan Puan Juwita, Faiz Idham terus saja menghubungi seseorang.

"Hello, ini HQ Warisan?" Tanyanya.

"Iya betul, ini siapa?"

"Boleh saya tahu Encik Hayyan ada?"

"Maaf Encik, Encik Hayyan sekarang sedang bercuti.."

"Oh dia tiada ya. Okaylah tak apa. Nanti saya call semula."

Talian terus dimatikan.

Hayyan pun sedang bercuti. Hani Sofea juga sedang bercuti selama 2 minggu. Maksi jumpa mereka di Airport. Apakah maksud semua ini?

Dia terus saja menghubungi Hani Sofea. Namun panggilannya tidak dijawab.

Keluhan dilepaskan. Hatinya benar-benar sakit. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Imperfect LoveWhere stories live. Discover now