Bab 26

2.3K 80 0
                                    

Hani Sofea sedang diduduk di kerusi batu di halaman tepi rumah banglo itu. Mulutnya sedang mengunyah roti vanilla. Sesekali air diminum untuk memudahkan roti di telan. Pagi-pagi begini dia tiada selera untuk makan sebenarnya. Tetapi memandangkan sepanjang malam dia sering muntah jadi setiap pagi dia harus mengisi perut untuk makan ubat.

Habis saja roti di plastik yang pertama, Hani Sofea membuka 1 lagi roti. Sedang dia ingin mengigit roti itu, tiba-tiba dia terdengar namanya di panggil.

"Fea, Marilah sarapan pagi dengan Mak Ita." Pelawa Mak Ita. Sudah lama dia perhatikan yang Hani Sofea tidak pernah lagi makan didalam rumah. Setiap pagi dia akan duduk ditepi rumah ini sambil makan roti.

"Eh tak apalah Mak Ita. Hani dah makan roti ni." Katanya sambil menunjukkan roti ditangannya.

"Mana kenyang makan roti je. Hari-hari makan roti, sesekali kenalah makan berat juga. Baby pun perlukan makanan yang berkhasiat.

"Pagi-pagi ni tak selera nak berat-berat. Cukuplah roti ni. Buat alas perut nak makan ubat." Dia kembali mengunyah rotinya.

"Mak Ita tahu, kenapa Fea tak nak makan, makanan dalam rumah hi, mesti sebab kes pagi itukan?" Tanyanya lembut.

"Kalau orang tak izinkan, haram untuk saya makan Mak Ita. Tak apalah, saya masih boleh cari makan sendiri." Katanya lembut.

Perbualan itu terhenti apabila mendengar suara Faiz Idham memanggil nama Hani Sofea dengan kuat.

"Hani Sofea!"

"Ya." Terus saja suapan terakhir ditelan. Ubat yang telah disediakan juga ditelah. Air segera diteguk.

"Pergi dulu Mak Ita. Pipi wanita separuh abad itu dicium sayang.

***

"Kau ingat aku ni driver kau ke, nak kene tunggu kau lama-lama" Sampai saja di tepi kereta mewah itu, Faiz Idham terus memarahi dirinya. Hani Sofea hanya menundukkan kepalanya.

"Cepatlah masuk! Lembab!"

Terus saja pintu dibahagian penumpang dibuka.

***

"Kalau tak fikirkan tentang projek  under Datuk Rahman dah lama aku suruh mama pecat kau!"

Hani Sofea  hanya mendiamkan diri. Dia hanya memalingkan wajahnya keluar tingkap.

"Apa yang hebat sangat kau ni, aku tak tahulah."

Malas untuk Hani Sofea menjawab. Daripada perjalanan pergi sehinggalah perjalanan pulang ini ada saja kata-kata daripada Faiz Idham yang menyakitkan hatinya.

Hatinya cukup terasa dengan kata-kata  itu. Ibarat seperti dia mengemis pula di syarikat itu. Sedangkan dia juga berhempas pulas bekerja. Banyak projek yang dia berjaya dapatkan untuk JFA, tapi sayangnya tiada siapa yang menghargainya.
Kerja-kerja Dahlia pun banyak dia bantu.

Keluhan dilepaskan didalam hati. Sejak mengandung ini cepat saja emosinya terganggu. Tidakkah Faiz Idham cuba mengerti perasaannya sekarang ini. Hatinya hancur sehancurnya dengan setiap kata-kata dari melut lelaki itu.

 Hatinya hancur sehancurnya dengan setiap kata-kata dari melut lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hani Sofea sedang leka mengunyah asam di dalam biliknya. Matanya ralit membaca laporan tentang progress pembinaan apartemen di Bangsar.

"Fea, tak keluar lunch ?" Tanya Nadiah.

"Tak kak, Fea ade kerja sikit. Tak sempat nak keluar." Senyuman manis diberikan. Ya hari ini dia sibuk banyak kerja yang harus dia lakukan.

"Kerja, kerja juga. Tapi kesihatan kene kaja. Kak Nad tapaukan nasi ayam ya. Akak tengok Fea sekarang makin kurus pula." Komen Nadia. Tanpa menunggu balasan terus saja Nadia meninggalkan bilik itu.

Ya dia tidak nafikan itu. Berat badannya turun sedikit. Bising saja doktor yang memeriksa keadaan diri dan kandungannya minggu lepas. Doktor menasihatinya untuk jaga kesihatan dan elakkan dari tekanan.

Hanya keluhan saja yang dilepaskan perlahan. Macam mana nak elak tekanan. Kalau sudah hari-hari kena marah. Hari-hari kena hadap perangai bos yang sakit jiwa seperti Faiz Idham. Hanya marah..marah..marah. apa yang dia tidak puas hati pun Hani Sofea tidak tahu. Selepas itu dia juga pening melayan perangai  Dahlia.

Nak khawin dengan Dahlia. Hani Sofea tidak melarang. Khawinlah. Tapi tak khawin-khawin juga. Nak Dahlia gantikan tempat dia bekerja. Gantilah. Dia tidak kisah. Dia tiada hak untuk melarang. Sudahlah selama ini dia banyak buat kerja-kerja Dahlia yang tidak selesai. Entah apa lagi yang Faiz Idham tidak puas hati pun. Hani Sofea tidak tahu.

Hani Sofea cuba menguatkan diri sendiri. Dia perlu bertahan. Emosihya perlu kuat untuk bekerja dengan Faiz Idham. Banyak lagi duit yang harus dikumpulkan untuk ibunya. Dia juga perlukan duit untuk anak yang bakal dilahirkan. Hani Sofea tidak mahu anaknya kurang sedikit pun. Selagi dia berdaya dia akan pastikan semua keperluan anaknya terpenuhi.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now