Bab 27

2.4K 89 5
                                    

Pada malam ini, Faiz Idham hanya menghabiskan masanya di ruang keluarga di tingkat atas.  Dia masih lagi sibuk melakukan kerja. Begitulah dihidupnya. Hanya kerja, kerja dan kerja. Setelah kehilangan Nawwarah dan meninggalkan Hani Sofea bersendirian di UK, Faiz Idham berpindah ke Korea Selatan. Dia bekerja disana sebelum pulang ke Malaysia tahun ini.

Sejak peristiwa itu berlaku, hidupnya semakin suram. Dia tidak pernah lagi merasa bahagia dengan kehidupannya kini. Ya, benar dia miliki segalanya. Kerja, harta dan pangkat. Tetapi dia tidak merasa bahagian dengan apa yang dia miliki.

Hatinya terasa kosong. Hidupnya dihantui dengan rasa bersalah atas kematian Nawwarah. Jiwanya juga terasa sakit apabila melihat Hani Sofea. Dia tahu apa yang dia lakukan kepada isterinya itu salah. Dia kecewa dengan apa yang berlaku. Ditambah pula dengan rasa kesal atas kematian Nawwarah,  Hani Sofea yang menjadi mangsa egonya.  Dia tahu dia telah meyiksa hati wanita itu.

Bagi Faiz Idham, selagi dia tidak mendapat bukti yang menyatakan peristiwa malam itu bukan rancangan Hani Sofea, wanita itu akan terus disakiti.

Dia terlalu kecewa  atas kematian Nawwarah. Sehari selepas itu, dia menerima satu bungkusan yang berisi gambar-gambar mengaibkan dia dan Hani Sofea semasa peristiwa malam hitam itu.

Dia sungguh terkejut melihat gambar itu. Dan apa yang lebih mengejutkan adalah terdapat surat didalam bungkusan itu ada surat yang tertulis sesuatu.

‘Ini gambar kau malam tu. Kerja aku selesai. Aku tengok kau dah makin bahagia sekarang. Aku harap kau akan terus bahagia dengan Faiz Idham. Thanks untuk upah yang sangat istimewa.’

Terasa seperti dunia ini berhenti berpusing. Hani Sofea yang rancang semua ini. Kenyataan itu bagikan sembilu yang membelah hatinya. Sungguh dia kecewa dengan apa yang telah dia ketahui. Dan selepas itu dia terus membuat keputusan untuk meninggalkan Hani Sofea.

Lamunannya terhenti, apabila Puan Jasmeen menegurnya.

“Am, termenung apa tu.” Tanyanya.

“Tak ada apa ma.”

“Am, mama nak cakap sikit. Am janganlah terlampau kasar sangat dengan Dahlia. Kesian dia. Diakan bakal isteri Am.”

“Kasar?”

“Cara Am layan dia tu. Janganlah kasar sangat.”

Faiz Idham hanya mendiamkan diri. Memang cara layanan dia sama saja dengan mana-mana perempuan. Hanya 5 orang saja yang menerima layanan lembutnya. Mama, Irdhina, Mak Ita, Nawwarah dan juga Hani Sofea.  Untuk Hani Sofea hanya seketika saja. Dan sekarang wanitanitu juga menerima layanan dinginnya.

“Lagi satu Am perlukan selalu keluar berdua dengan Dahlia. Boleh kenal hati budi masing-masing. Bila dia ajak keluar itu, sesekali Am keluarlah.”

“Am tak berminat nak layan perangai mengada-ngada dia ma. Please.” Kata Am kasar.

Puan Jasmeen perasan, tingkah anak lelakinya itu sedikit dingin sejak kebelakangan ini.

“Mama perasan lately ni Am dah lain. Am pnampak sangat stress. Why sayang? Cuba cerita dengan mama. Kenapa Am nampak macam tak happy langsung nak khawin?”

“Tak ada apa lah ma, Am cuma busy je banyak kerja. Stress kerja. Ni banyak-banyak ni semua nak cover kerja dia. Am tak yakin yang dia boleh gantikan tempat Hani lepas ni. Am harap mama fikirkan seklai lagi untuk dia bekerja dengan JFA. ” Balasnya panjang. Ya dia juga akui yang sekarang ini hatinya tidak tenang. Tapi dia juga merasa sangat tertekan denga. Kerja-kerja yang banyak.

"Mama rasa lepas je you all khawin, lebih baik Dahlia duduk rumah je jaga makan pakai Am." Cadang Puan Jasmeen.

Faiz Idham tidak memberi apa-apa balasan. Dia sebenarnya paling taidak suka apabila hal khawin dibangkitkan.

"Am, mama tahu Am terpaksa terima perkhawinan ni. Tapi boleh tak Am ikhlaskan nak. Buat ni untuk papa. Papa dah janji dengan kawan dia untuk jagakan Dahlia." Pujuk Puan Jasmeen. Dia tahu yang anaknya ini terpaksa mengikut semua perancangan suaminya.

"Am hanya mahu tunaikan janji Am pada mama dan papa untuk jaga dia saja. Jangan minta Am buat apa yang Am tak mampu. Ikhlas atau tidak biarlah Am saja yang tahu."

"Tapi mama yakin Am boleh jaga Dahlia dengan baik, Am boleh jadi suami yang baik, cinta boleh.."

"Isteri Am yang sekarang pun Am tak mampu nak jaga dengan baik ma." Potong Faiz Idham. Dia mahu yang mamanya sedar dia kini sudah pun menjadi suami hanya atas kertas.


Puan Jasmeen hanya terdiam mendegar kenyataan itu.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now