BAB 65

3.3K 231 13
                                    

Hari yang dinanti telah tiba. Pagi ini Hani Sofea dan Puan Safiya akan menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang.

Awal-awal pagi Shahir telah membawa Sarah Khalisa ke hospital. Emosinya pagi ini tidak stabil. Bangun saja daripada tidur dia sudah mengamuk. Puas Shahir memujuknya. Semalam elok pula dia bila bangun tidur, ceria saja wajahnya. Mahu dimandikan Shahir nak disuap makan. Tapi hari ini lain pula moodnya.

Sampai saja di hospital Sarah Khalisa terus saja mahu didukung ibunya.

“Kenapa dengan anak ibu ni. Kenapa mengamuk marah-marah ni?” Tanya Hani Sofea. Shahir telah menghubunginya tadi. Kuat dia mendengar suara tangisan Khalisa.

“Yisha nak bu..bu..” Ucapnya.

“Lisa.. ibu tahu Lisa nak ibu, tapi Lisa tak boleh marah-marah macam tadi tau. Tak baik macam tu. Lisa kena sabar. Kan ibu ajar Lisa untuk bersabar. Lepas ni jangan buat lagi okay?”

Ocey..” Balasnya perlahan. Ibunya dipeluk kuat.

“Dah tak nak nangis. Ibu ada ni. Jom kita makan.”

Bubur yang sedikit panas disuap perlahan.

Yummy..” Ucapnya. Seronok dapat makan. Perutnya pun memang lapar. Dia menolak pelawaan susu dari Pakngahnya tadi.

“Sedapkan. Makan banyak-banyak. Ni Pakngah yang belikan tau. Nanti ikut Pakngah beli lagi ya.” Kata Hani Sofea. Dia mahu memancing emosi anaknya agar mahu keluar bersama Shahir sebentar lagi.

“Lisa.. cuba Lisa tolong Pakngah pilihkan aiskrim mana yang sedap?” Tanya Shahir. Dia sudah memikirkan idea mahu mengalihkan perhatian anak saudaranya. Dia mahu membawa keluar membeli aiskrim.

“Ni..ni..” Tunjuknya pada aiskrim yang berwarna merah jambu itu..

“Okay kejap lagi Pakngah nak pergi beli Lisa nak ikut tak?”

“Nak…bu..bu oleh an Yisha kut?” Tanyanya kepada ibunya.

“Boleh.. tapi nanti jangan nakal-nakal ya. Nanti belikan Lisa bubur ni lagi ya Pakngah, Lisa suka bubur ni sedap.” Balas Hani Sofea.

Umpan sudah terkena. Lega hati ya apabila Sarah Khalisa sudah bersetuju mahu mengikut Shahir.

Selesai saja dia menyuapkan Sarah Khalisa, 2 orang jururawat masuk kedalam bilik.

“Selamat pagi Puan.” Ucap salah seorang jururawat itu.

“Hi adik comel. Dah sudah makan ke?” Tanyanya kepada Sarah Khalisa.

“Dah…” Balas si kecil.

“Puan lepas ni boleh pakai baju ni ya. Kita dah nak masuk bilik.”

Hani Sofea hanya mengangguk tanda faham.

“Kaklong…” Shahir merapati kakaknya. Tubuh kakaknya dipeluk.

“Shahir jaga anak kaklong ya. Kalau apa-apa jadi pada kaklong tolong jagakan Lisa.. Lisa Cuma ada Shahir dan Shahkir je.. Kaklong merayu sangat.. Jangan tinggalkan anak kaklong pada Abang Faiz. Kesian Lisa nanti. Jagakan anak Kaklong ya.” Rayunya. Hatinya berat mahu meninggalkan anaknya.

“Kaklong.  Jangan cakap macam tu. InsyaAllah semuanya selamat.” Ucapnya. Dia tidak mahu kehilangan kakak atau ibunya.

“Shahir jaga adik.. jaga ibu ya. Apa yang ada tu teruskan.” Hani Sofea meninggalkan pesanan terakhirnya.

"Why bu..bu sad?” Tanya Sarah Khalisa. Pelik dia melihat ibunya menangis.

“Lisa.. nanti Lisa keluar dengan Pakngah jangan nakal-nakal ya.. Belikan aiskrim untuk ibu tau..” Seluruh muka anaknya dicium penuh kasih. Tubuh si kecil itu dipeluk kuat.

“Jangan nakal-nakal ya sayang.”

Ocey bu..bu..”

“Kalau apa-apa jadi pada kaklong minta maafkan untuk kaklong pada semua orang ya. Minta ibu maafkan segala dosa Kaklong. Halalkan semuanya. Kaklong betul-betul minta maaf. Kaklong betul-betul menyesal atas apa yang telah berlaku. Cakap pada ibu yang kaklong lakukan ini ikhlas. Jaga ibu baik-baik ya. Jangan kecewakan ibu macam yang kaklong buat.” Hani Sofea kembali sebak. Sehingga kini dia masih belum dapat kemaafan daripada ibunya. Semalam dia ada menemui ibunya. Tetapi tiada 1 kata pun yang keluar daripada mulut Puan Safiya. Hani Sofea saja yang berbicara.

“Jangan susahkan Abang Hayyan atau Kak Su tau. Selagi boleh urus sendiri, Shahir urus sendiri ya dik. Banyak dah kita terhutang budi dengan mereka. Kaklong sayang adik kaklong.” Hani Sofea meninggalkan pesan.

10 minit Hani Sofea bersiap sedia menukar pakaian khas untuk pembedahan.

Sekarang dia sedang siap sedia baring di atas katil. Dia sudah bersedia untuk ditolak. Hatinya redha. Jika apa-apa berlaku, dia serahkan semuanya pada Allah, untuk Allah jaga dan lindungi anaknya.

Keluar saja daripada pintu bilik ibu, katil yang membawa Puan Safiya juga sedang menunggu diluar.

Puan Safiya juga telah bersedia diatas katilnya.

Sayu mata Hani Sofea memandang ibunya. Dia berharap agar pembedahan ini berjalan lancar dan ibunya selamat.

Dia ingin memanggil ibunya tapi dia takut akan mengganggu emosi ibunya pula. Dia pendam saja niat dihati.

Matanya kembali pada Sarah Khalisa yang didukung oleh Shahir. Sayu dia melihat wajah pelik anaknya.

“Bu..bu…” Ucapnya perlahan. Dia pelik mengapa ibunya terbaring begitu.

“Lisa nak pergi beli aiskrim nnati jangan lupa beli untuk ibu ya…” Ucapnya. Dia tidak mahu anaknya menangis.

Ocey..” Tidak jadi dia mahu menangis apabila diingat tentang aiskrim.

Puan Safiya hanya memandang ke arah anak kecil yang sedang didukung oleh Shahir.

Shahir mula mendekati katil ibunya.

“Ibu.. ibu kena kuat ya. Angah tunggu ibu dengan Kaklong. Maafkan segala dosa Angah, dosa Kaklong dan dosa adik ya. Kami sayang ibu. Kami tunggu ibu.” Ucapnya. Tangan dan pipi ibunya dicium penuh kasih. Dia berdoa agar semuanya selamat.

“Jaga diri.. jaga adik ya.” Ucap  Puan Safiya perlahan. Sebak dia memikirkan anak-anaknya. Dalam masa yang sama dia sebak memikirkan pengorbanan anak perempuan.

Melihat wajah Sarah Khalisa membuatkan dia rasa serba salah terhadap Hani Sofea. Bagaimana jika sesuatu yang buruk terjadi pada Hani Sofea. Bagaimana dengan anaknya nanti. Dimana suami anaknya. Apa yang akan dia lakukan sekiranya anaknya tidak selamat di dalam pembedahan ini.  Bermacam-macam persoalan bermain didalam fikirannya.

Dia mengalihkan pandangan pada katil anaknya pula. Hani Sofea sedang merenung ke atas. Sayu hatinya melihat wajah Hani Sofea yang sedih meninggalkan anak kecilnya.

“Semua dah ready, kita gerak sekarang ya.”

Perlahan-lahan katil mereka ditolak, bermula dengan katil Puan Safiya.

Bye ibu sayang.” Ucap Shahir sebak ditahan.

“Ayang bu..bu..” Entah mengapa dia mengatakan itu kepada ibunya.

Hilang saja katil mereka di sebalik pintu, Shahir memandang Shahkir yang hanya diam sedari tadi.

“Kita doa sama-sama. InsyaAllah semuanya selamat. Shahkir duduk tunggu sini ya. Angah nak bawa Lisa keluar. Nanti nangis pula dia.”

Shahkir hanya tersenyum. Surah Yassin dibuka.


Hari ini, Puan Juwita datang ke rumah Puan Jasmeen

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hari ini, Puan Juwita datang ke rumah Puan Jasmeen. Niatnya hanya satu dia mahu mengambil hati kakaknya itu. Dulu jika ada abang iparnya Tuan Faizal, niat hatinya ingin menjadi Faiz Idham sebagai menantu ditentang. Sekarang sudah tiada, jadi dia mahu memujuk kakaknya.

“Sihat kak, lama kita tak jumpa.” Ucapnya.

“Alhamdulillah sihat, sihat begini lah.” Ucapnya perlahan.

Kini hanya tinggal dia dan Mak Ita saja yang ada.

Fir Irdhina sudah keluar bersama kawannya. Anak perempuannya kini telah sihat sepenuhnya. Tangannya telah kembali pulih seperti sedia kala.

Dia pelik sebenarnya dengan kedatangan adiknya. Selama 8 bulan dia dirumah ini tidak pernah pula dia datang melawat.

“Seorang je ke kak mana yang lain.”

“Yang lain kerja.. Dhina keluar.”

“Perempuan tu mana?”

“Perempuan mana?” Dia sengaja mahu bertanya semula.

Dia tahu siapa yang dimaksudkan adiknya.

“Alaaa.. Perempuan tu la.. isteri Am.”

“Nama dia Hani Sofea.” Jawab Puan Jasmeen tegas.

“Aikk kak tak kan dah jatuh hati pula. Dulu bukan main tak suka.”

“Dulu lain. Sekarang lain. Kenapa kamu datang ni?”

“Saya ni datang nak melawat akak. Tak kan tak boleh?”

“Baru sekarang nak datang?”

Mendengar soalan itu membuatkan dia terkejut. Dia tidak mahu kakaknya tahu apa yang berlaku semasa kakaknya koma.

“Tak apalah kak saya balik dulu, singgah sekejap je ni. Ada hal lain lepas ni.” Terus saja dia meminta diri.

Puan Jasmeen hanya mengiakan. Dia sebenarnya malas mahu melayan. Dia tidak suka apabila Hani Sofea dikata begitu. Dia terasa hati.

Sudahlah dia sudah lama tidak bertemu dengan Hani Sofea  dan Sarah Khalisa.  Menurut Irdhina menantu dan cucunya pergi bercuti merehatkan diri, setelah lama bekerja tanpa cuti. Dia bersyukur yang Faiz Idham  sudah boleh masuk kerja semula. Ringan sedikit beban kerja Hani Sofea. Kesian dia melihat menantunya itu. Tidur lewat buat kerja. Dengan perlu uruskan dia lagi. Sungguh dia tidak mampu membalas jasa menantunya itu. Terlalu besar pengorbanan yang dia lakukan.


Imperfect LoveWhere stories live. Discover now