BAB 56

3.9K 234 21
                                    

Hani Sofea dan yang lain sudah menjalani kehidupan baru mereka. Setiap pagi dia harus menguruskan Faiz Idham, Puan Jasmeen dan juga Sarah Khalisa. Dia agak berkejaran di pagi hari. Belum lagi berlari-lari untuk kejar LRT. Namun dia tetap menjalaninya dengan baik.

Hari ini semua orang dirumah ini sibuk. Hani Sofea akan ke Nilai, Fir Irdhina dan Shahir akan membawa Faiz Idham pemeriksaan kesihatan. Manakala Mak Ita pula harus ke pasar untuk membeli barang-barang keperluan rumah.

Dan di pagi yang sibuk ini Sarah Khalisa pula merengek demam. Kasihan anaknya mungkin kerana mahu tumbuh gigi. Sepanjang malam dia tidak dapat tidur.

Dan sekarang dia harus menguruskan Faiz Idham. Dia berharap agar tugasnya cepat selesai.

"Encik Faiz, bangun jom. Kita mandi." Ajaknya. Tangannya lincah membuka langsir dan tingkat. Pagi-pagi harus mendapatkan udara yang segar.

Tiada balasan.

"Encik Faiz...." Lembut dia memanggil. Selimut ditarik perlahan-lahan.

Tiba-tiba selimut itu ditarik kuat. Faiz Idham kembali menyelimuti dirinya.

Hani Sofea melepaskan keluhan. Mula la buat perangai.

Beberapa hari dijaga oleh Hani Sofea tidak pernah pula dia membuat perangai. Kenapa tiba-tiba pula hari ini dia cuba menguji kesabaran Hani Sofea.

"Saya tak nak mandi. Awak boleh keluar." Katanya perlahan.

"Kenapa pula ni. Janganlah macam ni. Hari ini Encik Faiz perlu pergi hospital tau." Pagi-pagi macam ni tolonglah jangan uji kesabarannya. Sudahlah dia tidak cukup tidur. Penat tak hilang lagi.

"Bagunlah. Awak nak saya tolong mandikan atau awak nak Shahir yang uruskan awak. Saya busy tau hari ni. Sekejap lagi saya perlu keluar.. kalau lambat nanti LRT penuh. Lambat pula saya gerak ke Nilai. Kesian Fatima kena tunggu saya." Luahnya.

"Saya cakap saya tak nak!" Suaranya sedikit dikuatkan.

"Encik Faiz tolonglah.. jangan macam ni... Nanti apa pula Puan Jasmeen cakap kalau saya tak mandikan awak... Tolonglah.." Rayunya. Hani Sofea seakan dapat menangkap mengapa Faiz Idham berkelakuan seperti ini. Merajuk tentang hal malam tadi.

"Encik Faiz tidur ya.. Saya nak kena tidurkan anak saya.. Nanti kalau apa-apa call saya ya. Saya tidur bilik belakang malam ni." Ucapnya.

"Kenapa tak tidur dekat sini je." Tanya. Walaupun sudah berkali-kali dia menyuruh Hani Sofea tidur didalam bilik ini namun isterinya itu tetap enggan. Jawabnya lebih selesa diluar berdua dengan anaknya. Faiz Idham berkali juga berkecil hati.

"Tak nak ganggu Encik Faiz. Anak saya tak sihat tu. Jadi dia meragam sikit. Kalau nanti tidur diluar ganggu pula yang lain tidur."

"Tak ganggu.. sebab tu abang suruh Hani tidur dalam bilik ni dengan baby." Paksanya lagi. Dia betul-betul mahu berbaik dengan isterinya namun Hani Sofea jelas menunjukkan tidak mahu.

"Tak apa.."

"Sayang.. Hani.. listen. Abang tahu, abang banyak sakitkan hati Hani.. Abang banyak buat salah.. Abang betul-betul minta maaf. Tolonglah kita mulakan semula. Kita mula hidup baru." Ajaknya. Tangan Hani Sofea cuba diraih.

Tapi Hani Sofea terus menarik tangannya.

Faiz Idham tergamam. Dia terus memandang wajah Hani Sofea.

"Tak perlulah Encik Faiz minta maaf. Saya dah lama maafkan." Ucapnya tanpa perasaan.

Mereka membisu.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now