Bab 22

2.1K 80 2
                                    

Seawal 5 pagi Hani Sofea telah bangun bersiap untuk ke tempat kerja. Setelah selesai solat subuh, Hani Sofea memakai tudung dan terus melangkah keluar menuju ke ruangan dapur. Perutnya terasa sangat lapar kerana tidak menjamah apa-apa makanan dari semalam. Dia berniat untuk membantu Mak Ita di dapur.

Hari ini dia bertekad untuk melupakan semua sedih semalam. Dia ingin mulakan hidup yang baru. Dia yang mencorakkan hidupnya. Jadi dia memilih untuk mewarnakan bahagia. Walaupun hanya bahagia di matanya. Hani Sofea ingin buktikan kepada Faiz Idham yang dia bukanlah perempuan yang lemah lagi. Dia mampu untuk hidupkan anaknya sendiri. Dia juga akan pastikan yang Faiz Idham akan tergugat dengan ketenangannya.

Mak Ita sedang sibuk menggoreng nasi. Hani Sofea terus menegur pembantu rumah yang berusia hampir separuh abad itu.

“Assalamualaikum, salamat pagi Mak Ita.” Ucapnya perlahan. Dia tidak mahu mengejutkan Mak Ita.

“Waalaikummusalam, Fea. Selamat pagi. Awal Fea pagi ni.”

“Fea ingat nak tolong Mak Ita.” Senyuman manis dihadiahkan buat wanita itu.

“Tak ada apa sangat pagi-pagi macam ni, Mak Ita tengah goreng nasi dengan kuih je. Kalau Fea nak tolong boleh tolong Mak Ita bancuhkan air kopi ni. Sekejap lagi mesti Tuan dengan Puan turun.

Tanpa membuang masa Hani Sofea terus membancuh air Kopitar seperti yang diarahkan. Kemudian dia menyiapkan pula meja makan dengan menyusun pinggan, cawan dan sudu untuk penghuni rumah ini menjamu selera.

Selesai saja membantu Mak Ita, Hani Sofea kembali ke dapur. Kini penghuni rumah ini telah pun turun untuk bersarapan. Tuan Faizal, Puan Jasmeen dan Fir Irdhina. Mak Ita kembali ke dapur bersama dulang.

“Fea tak makan sekali dengan mereka?” Tanyanya.

“Tak apalah Mak Ita, Fea makan dekat sini je lah. Takut hilang pula selera mereka bila nampak muka Fea.” Hani Sofea tahu yang kehadirannya dirumah ini tidak disenangi oleh mereka. Buktinya tiada satu pun diantara mereka yang menghalang tindakan Faiz Idham semalam yang mengheret dirinya ke bilik belakang. Semuanya seakan bersetuju dengan tindakkan itu. Jadi Hani Sofea semakin sedar akan kedudukannya didalam rumah ini. Dia hanya menumpang.

Mendengar jawapan itu, Mak Ita hanya tersenyum tawar.

“Tak apalah Fea makanlah dekat sini, Fea makan dulu malam tadi Fea tak makan apa-apakan. Mak Ita nak kebelakang dulu. Nak tengok baju Mak Ita basuh tadi.” Ucapnya. Hani Sofea hanya menganggukan kepala.

Tangannya menceduk sedikit nasi goreng dan mengambil sebiji karipap pusing. Lalu duduk dilaburkan di meja makan kecil yang ada di dapur itu. Doa dibaca dan sudu mula menciduk nasi goreng itu.

“Hani !! Hani!!” Tiba-tiba saja dia terdengar suaranya dipanggil. Faiz Idham. Kuat lelaki itu mejerit memanggil namanya.

Tanpa sempat dia menjawab. Lelaki itu telah muncul di dapur itu. Matanya tajam menikam mata Hani Sofea. Hani Sofea terus menundukkan wajahnya.

“Wow, sedap kau makan-makan dekat sini. Siapa izinkan kau makan?” Tanyanya kasar. Hani Sofea hanya menundukkan wajahnya tidak berani untuk menjawab apa-apa.

“Eh dah bisu ke? Aku tanya ni jawablah!” Kepala Hani Sofea direntap ke belakang. Terkejut dia dengan tindakkan Faiz Idham.

“Sa..sakit..” Rintih Hani Sofea.

“Aku pantang betul bila tengok, muka bodoh kau ni. Sakit ke? Kau fikir kau punya sakit! Habis hati aku yang sakit ni! Macam mana?”

“Saya minta maaf, saya nak makan sikit je. Saya…sa.. saya lapar.” Jelas Hani Sofea.  Hani Sofea tidak tahu apa pula salah dia kali ini sampaikan Faiz Idham bertindak sekasar ini. Salah ke sekiranya dia hanya ingin makan sedikit makanan yang ada di rumah ini. Nasi goreng yang diambil benar-benar sedikit. Hanya untuk alas perut, untuk dia makan ubat.

“Kau nak makan sangatkan, hah makan! Makanlah! Kebulur sangatkan!” Tiba-tiba tangan kekar Faiz Idham mengepal nasi goreng yang ada dipinggan itu dan terus menyumbatnya ke mulut Hani Sofea. Terkejut Hani Sofea. Tersekat-sekat nafasnya. Tersedak dia apabila nasi goreng itu disumbatkan ke dalam mulutnya. Kepalanya dialihkan ke kiri dan ke kanan untuk mengelakkan terus ditepuk oleh Faiz Idham.

“Ma…maaf Encik… Faiz.. ja..jangan ma..cam ni.” Sedaya upaya dia cuba bersuara. Tekaknya kini telah mula perit, sama seperti matanya, kerana terkena nasi goreng itu.

“Ha makanlah, tadi nak makan sangat!” Terus kepala itu di tolak ke bawah.

Nasi goreng yang tidak tertelan dikeluarkan. Air mata Hani Sofea mengalir semakin deras. Dia mengelap wajahnya yang kini penuh dengan sisa nasi.

“Kau dengar sini sekali lagi aku tengok kau makan makanan yang ada dalam rumah ni, siap kau. Lebih daripada ni aku buat kau! Aku tak izinkan kau makan makanan yang ada dalam rumah ni. Sedar diri tu sikit! Perempuan bodoh!” Kepala Hani Sofea ditolak sekali lagi.

Hani Sofea ditinggal begitu saja. Nafas ditarik untuk menenagkan dirinya. Melihat kelibat Faiz Idham yang semakin jauh. Mak Ita datang dari belakang dan memeluk bahu Hani Sofea.

“Fea…” Tangan tuanya yang menggigil mengusap lembut bahu Hani Sofea. Dia masih lagi terkejut melihat apa yang dilakukan oleh Faiz Idham sebentar tadi. Dia tidak sangka yang Faiz Idham akan bertindak sekasar itu.

“Mak Ita…” Di bahu wanita itu dia menangis semahunya. Dia masih terkejut.

Baru saja dia bersemangat pagi tadi, tapi kini dia dihina lagi. Sungguh hancur hatinya. Namun dia tidak boleh mengalah. Ada satu nyawa yang harus dia jaga. Jadi dia harus bertahan. Walaupun perit.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now