BAB 85

2.6K 110 1
                                    


Sudah seminggu berlalu. Sikap Hani Sofea masih lagi sama. Masih ada kedinginan dalam hubungan dia dan Hayyan.

Puas Hayyan bertanya, adakah dia ada melakukan apa-apa kesalahan. Namun Hani Sofea menafikannya.

Sudahlah minggu ini Hayyan sangat sibuk dan selalu pulang lewat. Semakin kuranglah masanya untuk berkomunikasi dengan isteri dan anaknya.

Hari ini dia bercadang untuk membawa keluarganya makan malam diluar. Kesian anaknya hari ini saja sudah 4 kali Khalisa menghubungi dirinya dan bertanya bila dia mahu pulang. Jadi dia mengambil keputusan untuk balik awal.

***

“Lisa! Lisa ada call babah ke ?” Tanya Hani Sofea selepas melihat call log di telefonnya.

“A…ada…. Yisha miss ba..ba..” Balas Khalisa takut-takut.

Dia takut melihat wajah marah ibunya. Dia tahu dia telah melakukan kesalahan.

“Siapa bagi Lisa kebenaran untuk call babah sesuka hati?” Marahnya lagi.

“Yisha sowy bubu…” Air matanya mula mengalir. Tangisan yang ditahan-tahan dari tadi akhirnya pecah juga. Hari ini sudah banyak kali dia dimarahi oleh ibunya. Dia menghubungi babahnya juga adalah supaya babahnya cepat balik agar dia boleh mengadu.

“Lisa sekarang makin nakalkan. Suka buat ibu marah. Lepas ni ibu tak nak Lisa main phone lagi. Kalau Lisa degil, tak nak dengar cakap ibu, ibutak bagi lagi Lisa video call papa!” Marahnya. Tegas saja suaranya.

“No..no.. Yisha sowy bu..bu… Sowy…” Tangisannya semakin kuat apabila mendengar ugutan ibunya. Sudahlah papanya jauh, hanya panggilan video saja yang menjadi penghubung antara dia dan papanya.

Kaki ibunya dipeluk kuat mengharapkan agar ibunya memeluk dirinya. Namun Hani Sofea tidak memujuk anaknya. Hanya dibiarkan saja anaknya menangis. 

“Kenapa Lisa buat ibu macam ni. Lisa nak ibu pukul ke?” Tangan dinaikkan untuk memukul anaknya.

“No bubu.. no..Yisha sowy bu..bu..sowy…” Tangisan anaknya tidak diendahkan.

“Ya Allah Hani.. kenapa ni. Kenapa buat anak macam ni.” Tanya Hayyan dari luar dia mendengar suara isterinya memarahi anaknya.

Terus saja tubuh Khalisa dipeluk.

“It’s okay sayang.. babah ada.. Jangan menangis lagi okay.” Pujuknya. Air mata anaknya dilap.

Hani Sofea bagaikan baru tersedar.

‘Astaghfirullah..’ Istighfarnya didalam hati. Tidak pernah dia marah anaknya seperti ini.

Entah mengapa dia merasa sangat marah apabila melihat anaknya asyik bertanyakan tentang Hayyan. Dan anaknya kini sudah pandai mengganggu Hayyan kerja pula. Sudahlah Hayyan  sekarang semakin sibuk dan jarang ada dirumah. Dia mula merasakan yang Hayyan seperti ingin menjauhkan diri daripada mereka berdua. Dia Cuma tak nak anaknya kecewa jika suatu hari nanti Hayyan melepaskan dirinya. Emosinya sangat tidak stabil. Tekanan yang dia hadapi sekarang ini membuatkan dia terlepas laku pada anaknya.

“I’m sorry baby..” Pipi anaknya dicium lama. Kemudian Hani Sofea terus meninggalkan suami dan anaknya.

Hayyan giat memujuk anaknya.

Setelah 30 minit barulah Sarah Khalisa semakin tenang. Anaknya kini sedang tidur selepas diberi susu.

Kini sudah terdengar suara azan maghrib.
Kemudian Hayyan mengatur langkah menuju ke biliknya. Perlahan-lahan, dia membuka pintu bilik. Kelihatan Hani Sofea sudah siap bertelekung.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now