BAB 77

3.7K 222 18
                                    

Hani Sofea, Hayyan dan Shahir baru saja selesai bersarapan pagi di Kafe Hospital. Tiba-tiba iPhone Hani Sofea berbunyi. Bertalu-talu pesanan diterima. Semua yang ada disitu memandang dengan pandangan yang pelik.

Tanpa membuang masa Hani Sofea terus membuka pesanan itu.

Tiba-tiba Hani Sofea meletakkan iPhone semula. Tangannya mula menggigil.

Hayyan yang pelik melihat situasi itu terus saja membaca pesanan yang diterima.

‘Lama tak jumpa. Mana kau menghilang?’ – Unknown

‘Kau dah tak kerja dengan jantan bodoh tu lagi ke?’ – Unknown

‘Kau sabar tau aku akan hancurkan dia lepas ni.’ – Unknown

‘Cantik adik dia.’ – Unknown

Gambar Fir Irdhina sedang membeli barang dapur di pasar raya juga dikirimkan. Melihat darioada baju yang dipakai Irdhina, itu adalah baju yang sama dipakainya semalam.

“Orang ni masih kacau awak lagi?” Tanya Hayyan.

“Dah lama dia tak hantar apa-apa.”

“Siapa dia ni. Apa dia nak?” Sambung Hani Sofea.

“Sekejap.” Terus saja Hayyan bangun dan menghubungi seseorang.

Shahir pula yang melihat pesanan apa yang dihantar kepada kakaknya.

“Lisa!” Baru saja dia teringat akan anaknya yang kini berada bersama mereka.

Laju tangannya mendail nombor Faiz Idham.

“Hello.”

“Waalaikummusalam. Tolong hantar Lisa sekarang. No.. saya nak sekarang….” Lama dia mendiamkan diri.

I said now Faiz. Lepas ni awak boleh jumpa dia lagi. But for now cukuplah dulu. Saya nak sekarang Faiz. Okay kalau macam tu, bagitahu saya you all dekat mana sekarang ni? Saya datang ambil sekarang.”

Jeda. Shahir hanya memandang kakaknya. Tangannya ligat menaip pesanan untuk Fir Irdhina. Dia mahu Irdhina lebih berhati-hati dan kurangkan berada di luar kawasan rumah.

“Okay hantar sekarang!” Tegas saja suaranya.

Why?” Hayyan bertanya apabila melihat wajah tegang Hani Sofea.

“Lisa dengan mereka. Saya takut. Saya suruh Faiz hantar sekarang.”

Hayyan hanya melepaskan keluhan.

Dia juga takut. Tapi dia sudah memaklumkan kepada orang upahannya untuk menyelesaikan isu ini segera. Isu ini mengambil masa yang lama kerana nombor telefon yang digunakan adalah berbeza-beza dan nama yang didaftarkan adalah menggunakan kad pengenalan palsu. Bila dapat di kesan kedudukan penggunaan telefon itu, ianya berada di luar negara.

“Don’t worry okay. Lepas ni awak perlu berhati-hati ya.” Pesan Hayyan.

“Betul juga tu kaklong. Shahir risau.” Ucapnya. Dia juga telah memberitahu Fir Irdhina untuk menjaga diri.

***

“Lisa…” Tubuh anaknya itu di peluk kuat. Lega melihat anaknya masih baik-baik saja.

“Bu..bu.. yisha miss..”

“Ibu pun rindu sangat dekat sayang.”

“Lisa… Princess babah dah balik..” Terus saja Sarah Khalisa mahukan babahnya.

Cepat-cepat Hani Sofea menurunkannya. Terkedek-kedek dia si kecil berlari mendapatkan babahnya.

Riak wajah Faiz Idham mula berubah. Entah mengapa dia cemburu melihat kemesraan anaknya dengan Hayyan Alif.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now