BAB 73

3.6K 270 19
                                    

Hayyan sedang memujuk Sarah Khalisa yang sedang menangis.

Princess babah janganlah macam ni.. tak comel la kalau princess marah-marah macam ni.”

“Yisha…nak… nak bu..bu..”

“Babah faham Lisa nak ibu.. Tapi Lisa tak boleh marah-marah macam ni tau.  Kena sabar.. Babah ada.. Lisa tak nak babah ke? Sedihlah babah macam ni..Lisa tak nak babah..” Hayyan menggunakan cara psikologi untuk mengalihkan perhatiaan Sarah Khalisa kepada ibunya.

“Yisha… nak.. ba..ba.. nak.. bu…bu..” Ucapnya perlahan. Barulah nada suaranya turun. Jika tidak dari tadi hanya nada tinggi saja yang digunakan. Dia mahu semua orang faham yang dia mahukan ibunya.

“Macam ni lah baru anak babah.. Cakap baik-baik.. Baru babah sayang.” Puji Hayyan. Dengar saja perkataan sayang itu terus saja Khalisa memeluk leher Hayyan. Suka lah tu disayang.

Semua yang ada disitu hanya memerhati saja gelagat mereka berdua. Setakat ini hanya Hayyan yang mampu nenenangkan anak itu secepat ini. Tadi semasa Hayyan solat Zohor, semua kalut memujuk dikecil.

Faiz Idham hanya memandang dengan pandangan sayu. Dapatkah dia merasa bermanja dengan anaknya.

Sekarang ini mereka sedang menunggu Hani Sofea sedar dan selepas itu doktor akan memberikan keizinan kepada ahli keluarga untuk melawat.

Pagi tadi Hani Sofea telah melepasi tahap kritikalnya. Dia oksigennya telah meningkat secara drastik. Doktor kata ini merupakan satu keadaan yang jarang berlaku.

Kuasa Allah. Tiada siapa yang mampu melawan. Semua bersyukur akhirnya doa-doa mereka dikabulkan.

Faiz Idham bersyukur kerana dia masih lagi dapat memohon keampunan daripada isterinya. Dia berharap Hani Sofea sudi memberikan dia peluang kedua.


Akhirnya doktor membenarkan ahli keluarga masuk melawat. Tetapi menurut doktor Hani Sofea ingin bertemu dengan anaknya dahulu.

“Puan Hani ingin bertemu dengan anaknya dahulu. Saya mohon kepada ahli keluarga yang lain untuk bersabar dan tidak memberikan apa-apa tekanan kepada Puan Hani. Keadaan Puan Hani masih lagi lemah.” Doktor yang merawat memberikan nasihat.

“Baik doktor terima kasih doktor.” Hayyan mengucapkan terima kasih.

“Shahir masuk Lisa ya.” Hayyan menyuruh.

“Lisa sayang.. Lisa nak jumpa ibukan. Lisa ikut Pakngah jumpa ibu ya..”

“Ba.. kut..” Ucap Khalisa. Dia mahu Hayyan untuk ikut sekali.

“Babah tak ikut, babah tunggu sini okay. Dalam ni tak boleh masuk ramai-ramai.” Hayyan masih mencuba untuk memahamkan anak kecil ini. Hayyan tidak mahu masuk kerana dia risau memikirkan aurat Hani Sofea yang mungkin terdedah. Jadi lebih baik Shahir saja yang membawa Khalisa masuk.

“Ba… kut…” Mula dia merengek lagi.

“Kenapa Ayyan tak nak bawa Lisa masuk. Dia mana nak dengan yang lain bila ada Ayyan.” Puan Raudah bertanya.

“Ayyan takut Hani dekat dalam tu masih lagi tak tutup aurat dengan sempurna.” Jawab Hayyan.

Yang lain hanya mendiamkan diri. Benar juga cakap Hayyan. Semua orang tahu yang Hani Sofea sangat mementingkan penjagaan auratnya.

“Yisha nak.. ba..”

“Shahir masuk sekejap tengok Kak Fea, nanti Shahir panggil abang masuk ya.”

Terus saja Shahir melangkah masuk ke dalam bilik rawatan baru itu.

“Kaklong….” Terus saja Hani Sofea dipeluk. Dia tidak tahu mengapa dia benar-benar bersyukur Allah masih memberi dia kesempatan untuk bersama kakaknya.

“Angah….” Suaranya masih lemah.

“Kaklong nak jumpa Lisa kan, sekejap lagi Abang Hayyan bawa dia masuk. Angah nak pakaikan Kaklong tudung dulu.” Terus saja tudung sarung dari dalam beg kakaknya dikeluarkan. Scarf yang membaluti rambut kakaknya dirapikan. Tudung sarung itu dipakaikan kemas.

“Angah bersyukur sangat Kaklong dah sedar.” Ucapnya.

“Angah panggilkan Abang Hayyan dengan Lisa, lepas tu masuk semula ya. Kaklong nak cakap sesuatu.” Ucapnya perlahan.

“Okay kaklong.”

Tidak sampai 3 minit, Shahir kembali bersama Hayyan dan Sarah. Wajah Hayyan hanya tegang saja. Berbeza dengan wajah Sarah Khalisa. Anak kecil itu sungguh gembira.

“Bu…bu..” Riang saja suaranya. Sudah lama dia menunggu ibunya bangun dari tidur.

“Lisa… sayang….” Perlahan saja suaranya memanggil. Dia sudah lama tidak melihat wajah anaknya. Bagaimanalah keadaan anaknya sepanjang dia tiada. Siapalah yang menguruskannya.

“Bu..bu.. Yisha miss bu..bu..” Katanya setelah Hayyan meletakkan dia diatas katil ibunya.

“Ibu pun rindu sayang…”

“Lisa naughty tak?”

No..”

“Iya ke?” Tangannya menggenggam tangan anaknya. Terasa sedikit panas.

“Lisa demam ke?” Tanya kepada Hayyan yang sedari tadi hanya mendiamkan diri dan memandang wajahnya dengan pandangan yang tajam.

“Ya.. dia demam. Rindu awak. Awak okay?” Tanya Hayyan lembut. Dia tidak mahu memberi apa-apa tekanan kepada Hani Sofea. Walaupun bermacam soalan yang ingin dia tanyakan kepada Hani Sofea sekarang ini.

“Sayang ibu demam ya?”

“Yisha miss bu…bu..”

“Ibu pun rindu sangat.” Pipi anaknya itu dicium lama.

“Shahir… Hayyan.. boleh  tolong saya?” Hani Sofea bertanya.

“Tolong apa kaklong?”

“Tolong bawa akak keluar dari sini.”

“Awak nak ke mana?” Pelik Hayyan mendengar permintaannya.

“Mana-mana je. Saya tak kisah. Saya nak pergi jauh dari sini. Jauh dari semua orang jauh dari semua yang ada. Saya dah penat.. Penat sangat. Penat nak hadap hinaan orang.. fitnah orang.. Saya nak hidup aman, saya nak hidup tenang dengan anak saya. Tolonglah saya.. Shahir tolong akak ya…” Rayunya.

Tadi semasa baru sedar, dalam proses pemindahan bilik, Hani Sofea sudah berfikir sesuatu. Dia tidak mampu lagi untuk berhadapan dengan semua yang ada. Dia mahu hidup tenang saja bersama anaknya. Tanggungjawab dia untuk Puan Safiyah sudah dilaksanakan. Khidmatnya untuk keluarga Faiz Idham juga telah selesai. Jadi sekarang dia hanya mahu memberi ruang untuk diri sendiri dan juga anaknya. Sudah lama dia berkorban perasaan, emosi dan tenaga untuk orang lain.

“Awak nak pergi mana? Dalam atau luar negara?” Tanya Hayyan. Lebih baik dia membantu Hani Sofea, daripada Hani Sofea pergi sendiri tanpa jejak.

“Dalam negara saja. Saya boleh uruskan business kami.” Jawabnya. Dia bersyukur Hayyan mahu membantu.

“Boleh. Saya boleh uruskan. Tapi awak kena minta izin Faiz dan ibu awak dulu. Kalau mereka izinkan saya boleh uruskan.”

“Saya tak nak mereka tahu…”

“Tapi mereka berhak tahu.” Tegas saja suara Hayyan.

“Mereka tak akan kisah tentang saya. Awak jangan risau. Kalau saya mati pun mereka tak akan ambil tahu…” Jawab Hani Sofea. Dia mahu Hayyan tahu bahawa tiada siapa yang mengambil berat tentang dirinya. Bagi mereka dia sudah lama mati. Dibuang.

“Mungkin dulu, tiada siapa yang akan tahu. Tapi sekarang mereka semua sedang tunggu awak diluar. Semua tunggu untuk awak sedarkan diri. Tak akan lah bila awak dah sedar, saya tiba-tiba nak bawa awak lari.”

“Kenapa mereka tunggu saya? Bukan mereka mengharapkan saya mati ke?”

“Awak nak jumpa mereka? Mereka tak sabar nak jumpa awak.. Su dengan Farid pun ada.”

“Mereka ada di luar?” Seakan tidak percaya.

“Boleh panggilkan Faiz. Saya nak cakap dengan dia. Awak bawa Lisa keluar sekejap boleh.” Terus saja dia meminta. Ada urusan yang mahu dia selesaikan.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now