Bab 17

1.9K 66 0
                                    

Pagi itu, Puan Jasmeen memberitahu untuk berjumpa dengan Hani Sofea dibiliknya. Hani Sofea mengetuk lemah pintu bilik itu. Ketika pintu terbuka Hani Sofea  hanya memandang lantai tidak mampu untuknya menatap wajah wanita yang menjadi ibu mertuanya itu.

"Duduklah." Arah Puan Jasmeen. Suaranya tegas. Tiada lagi sapaan mesra seperti sebelum ini. Tahulah Hani Sofea kini wanita berusia dihadapanya itu sedang marah.
Duduk dilabuhkan perlahan-lahan. Pandangan dihalakan kepada permaidani yang cantik warnanya. Masih tiada kekuatan untuk Hani Sofea.

"I don't know what happened to you guys masa di UK dulu. Tapi apa yang dah berlaku kini betul-betul buat aku marah!" Puan Jasmeen benar-benar marah atas apa yang berlaku.

Tidak mampu untuk Hani Sofea menjawab apa-apa. Kerana dia pun kesalkan apa yang telah terjadi sehingga dia terjerat begini.

"Am satu-satunya anak lelaki aku. Am pewaris aku. Aku kesalkan dengan apa yang telah kau dan Am lakukan. Khawin tanpa restu keluarga. Bila tunangnya? Bila pula nikahnya? Di mana sandingnya? Tahu-tahu dah 3 tahun berkhawin! Dan aku sebagai mama dia tak tahu apa-apa! Khawin pula sebab Am di perangkap! Mana aku nak letak muka aku ni bila orang luar tahu. Tercemar maruah aku!" Puan Jasmeen melepaskan semua amarahnya. Sungguh dia kecewa dengan apa yang telah berlaku kepada anaknya.

"Perempuan yang selama ini aku pandang tinggi rupa-rupanya, perempuan murah! Hina! Tak sudi aku nak bermenantukan perempuan macam kau. Dari keturunan yang entah dari mana. Kau dengan Am jauh berbeza. Tak akan pernah setaraf!"

Terluka Hani Sofea mendengar hinaan itu. Sungguh dia pun tidak pernah berminpi untuk mendampingi lelaki seperti Faiz Idham sebagai suaminya. Tapi siapa dia untuk menolak takdir yang telah dituliskan.

"Saya minta maaf…" Perlahan suaranya meminta maaf atas kesalahan apa dia juga tidak pasti. Kerana bukan salah dia, bukan dia yang perangkap Faiz Idham.

"Huh, orang miskin memang macam ini kan. Minta maaf! Redha! Pasrah! Itu saja yang kau orang tahu." Benci dengan melihat wajah Hani Sofea yang kini lecun dengan air mata. Baginya ini semua hanya lakonan Hani Sofea untuk meraih simpati daripada dia.

"Satu yang kamu perlu tahu, sampai bila-bila pun aku tak akan pernah terima kau sebagai menantu. Aku inginkan menantu yang setaraf dengan keluarga kami. Am pun akan lepaskan kau. Jadi aku harap sebelum Am lepaskan kau, kau rahsiakan perkara ini. Am pun akan berkhawin dengan Dhalia. Jadi aku harap kau sedar diri." Langkah kaki terus diatur keluar meninggalkan Hani Sofea sendirian di bilik itu.

'Ya Allah, apa yang perlu aku buat. Sakit…..' Dada yang terasa sempit ditekan kuat. Tangisanya dilepaskan. Biarlah hanya hari ini dia menangis lagi kerana lelaki bernama Faiz Idham. Sekali lagi Hani Sofea terluka. Sekali lagi hatinya disakiti oleh lelaki. Penolakan yang diterima benar-benar menyedarkan dia. Jauh sudah dia berharap. Tinggi sudah dia bermimpi. Dan kini dia terjatuh akibat mimpi sendiri. Hani Sofea mula tertanya-tanya adakah dia memang tidak ditakdirkan untuk merasa bahagia bersama seorang lelaki. Adakah dia tidak layak disanyangi oleh seorang lelaki. Dulu ayah yang membenci dan membuang dirinya. Kini suaminya sekali lagi menoreh luka di hati.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now