Bab 28

2.4K 92 2
                                    

Kini usia kandunganya telah masuk 5 bulan. Namun alahan yang dialami masih tidak berhenti. Setiap malam selepas Isyak kepalanya akan sakit seperti berpusing-pusing. Dan diikuti dengan muntah. Tapi Hani Sofea sedikit bersyukur kerana alahanya akan datang pada waktu malam dan bukannya waktu pagi. Jika tidak sukar untuknya bekerja.

Hubungan dia dan ibunya masih lagi renggang. Masih tiada tanda-tanda yang ibunya sudi menerima dirinya semula. Namun hubungan Hani Sofea bersama adik-adiknya masih baik. Perniagaan mereka kini semakin maju. Walaupun sekarang Hani Sofea tidak dapat membantu secara langsung seperti dahulu. Kini dia hanya menguruskan hal-hal pengurusan seperti tempahan dan sebagainya, yang lain-lain semua diuruskan oleh Shahir dan Shahkir. Hani Sofea bangga dengan adik-adiknya. Walaupun Mereka masih sibuk belajar namun tetap juga ringan tulang membantu mencari duit untuk ibu mereka.

Badan Hani Sofea kini telah mula menunjukkan perubahan bentuk. Perutnya kini telah sedikit membukit. Hani Sofea mula risau memikirkan tentang tanggapan orang di pejabatnya. Apa yang perlu dijawab jika ditanya.

Tiba-tiba dia teringatkan akan pesan Suraya.

“Ala Hani apa susah, kalau orang tanya bila khawin jawab je dah lama. Maaf tak jemput. Bila orang tanya mana suami cakap je dah mati.”

Tergelak dia bila fikirkan idea gila sahabatnya itu. Tetapi idea itu bernas juga. Apa susah cakap je dah mati. Ada pun rasa macam tak ada.

Hani Sofea sangat bersyukur kerana sepanjang dia mengandung ini Suraya banyak memberi nasihat dan bimbingan untuk dia. Dia tiada apa-apa pengalaman, jadi banyak perkara yang dia tidak tahu. Mak Ita juga banyak membantu dia dalam diam.

Walaupun kadang Kala Hani Sofea berasa sangat sedih apabila memikirkan nasibnya yang sedang mengandung tanpa suami dan ibu disisi. Kini dia teringat akan kata-kata yang pernah Faiz Idham lafazkan dulu semasa mereka di UK.

“Bestkan kalau ada anak. Mesti anak kita comel macam honey and handsome macam abang. Nanti kalau honey pregnant abang akan tunaikan semua permintaan sayang.”

Kata-kata itu seakan terngiang-ngiang di telinganya. Kata-kata yang hanya dilafazkan di mulut bukan datang dari hati. Senyum tawar terlorek. Bodohnya dia ketika itu kerana percayakan kata-kata itu dan mula memasang impian setinggi langit. Namun ketika itu dia lupa akan dirinya siapa. Perempuan yang tidak pernah kayak untuk lelaki dia hebat Faiz Idham.

Sedang dia mengutuk diri sendiri, tiba-tiba satu panggilan video masuk. Lekas saja dia menjawab apabila melihat nama yang tertera di skrin iphonenya,

‘Suraya Sayang’

Suraya sendiri yang menyimpan nombornya dengan nama itu.

“Assalamualaikum mak buyung saya. Sihat ke?” Terseyum Hani Sofea apabila melihat wajah ceria Suraya.

“Waalaikummusalam, sihat. Kau sihat?”

“Macam yang kau nampak, terlebih sihat.”

Terlepas Tawa mereka berdua.

“Kau tengoklah aku ni, menembam kalah kau yang berbadan dua.” Rungutnya.

“Kaulah tak jaga makan. Tak must baju khawin nanti jangan marah pula.” Sengaja Hani Sofea mengusik.

“Janganlah.. menangis 3 hari  3 malam aku.”

“Hani, aku nak kau ada dengan aku tau. Aku nak kau duduk je sebelah aku.”

“InsyaAllah. Ni bila kau nak balik KL, lama ke cuti?” Tanya Hani. Suraya kini sedang mengajar di UNIMAS, Sarawak.

“InsyaAllah Jumaat petang aku balik. Kau nak kirim apa-apa selain dari kek lapis?”

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now