Bab 50

3.6K 155 27
                                    

Keadaan  kesihatan  Puan Jasmeen bertambah baik. Keadaan emosinya juga semakin baik. Fir Irdhina dan Hani Sofea sangat gembira. Mereka bersyukur kerana Allahnmendegar setiap doa mereka.
Pagi ini Hani Sofea sekali lagi harus ke Nilai. Jadi semua urusan memandikan Puan Jasmeen harus dimulakan awal. Selepas siap solat Subuh Hani Sofea sudah pergi ke bilik Puan Jasmeen.

“Assalamualaikum, mama.” Dia memberanikan diri untuk memanggil Puan Jasmeen dengan gelaran itu. Kejadian malam itu membuatkan hubungan mereka sedikit jernih.

“Waalaikummusalam.. Fea..” Perlahan-lahan Puan Jasmeen membuka mata. Kecerahan lampu tidur ditambah. Hani Sofea sudah mula memgambil perkakas untuk membersihkan lampin pakai buang Puan Jasmeen.

Tangannya lincah membersihkan ibu mertuanya.

“Ma, kalau hari ini kita mandi awal boleh?” Tanya Hani Sofea lembut.

“Fea.. nak keluar ke?”

“Fea nak pergi Nilai pagi ni. Nanti mama pergi check up dengan Shahir dan Irdhina ya.” Beritahunya.

“Fea.. mama nak solat boleh?” Tanya Puan Jasmeen.

Terhenti pergerakkan tangan Hani Sofea. Sarung tangannya dibuka. Badan Puan Jasmeen diangkat perlahan-lahan.

“Mama nak solat?” Tanya dia lagi untuk kepastian.

“Iya..”

“Mama…” Tubuh ibu mertuanya itu dipeluk kemas. Puan Jasmeen sudah mengingati akan rukun Islam yang kedua itu. Lega hatinya. Ini bermaksud yang Puan Jasmeen sudah pun sembuh. Hani Sofea terharu. Tidak sia-sia doa dan kesabaran mereka. Akhirnya Puan Jasmeen sudah pulih seperti dahulu. Hanya fizikalnya saja yang masih memerlukan masa untuk pulih.

“Dhina akak nak tunjuk something ni, jom cepat.” Tangan adik iparnya dipimpin menuju ke bilik yang dihuni oleh Puan Jasmeen sekarang ini. Pintu bilik dibuka perlahan-lahan.

“Tu..” Dia menunjukkan ke arah Puan Jasmeen yang sedang solat sambil diatas kerusi.”

“Kak…” Air matanya terus mengalir.

“Mama dah sihat. Dia dah ingat semua akak rasa.” Kata Hani Sofea. Hani Sofea sudah tidak sabar untuk menceritakan tentang JFA. Dia masih perlukan Puan Jasmeen untuk membimbing dirinya menguruskan JFA.

“Alhamdulillah. Happy Dhina tengok mama dah sihat.”

“Allah dengar doa kita.” Balas Hani Sofea.

Mereka saling berpelukan. Masing-masing mengalirkan air mata. Terharu dengan perubahan Puan Jassmen.

“Hari ni bawa mama pergi check up tak perlu bawa Lisa ya. Tinggalkan je dengan Mak Ita.” Arah Hani Sofea.

“Tapi kenapa kak?” Tanya Fir Irdhina pelik. Baru saja dia bercadang untuk membawa anak saudaranya itu berjalan.

“Nanti bawa dia ganggu pula. Dhina bukan tak kenal Lisa ni. Lately ni macam-macam perangai dia. Takut mama tak selesa nanti.”

“Okaylah kalau Kak Fea dah cakap macam tu.”

“Akak mungkin balik lewat sikit tau petang ni. Akak harap Dhina boleh melawat Abang Faiz. Akak tak sempat hari ini.  Jaga mama baik-baik ya.”

"Okay kak. Dhina memang nak jumpa abang pun. Rindu." Balasnya. Sejak mama pulangnke rumah dia sudah lama tidak melawat abangnya itu. Hanya kakak iparnya  saja yang melawat selepas pulang dari kerja.

“Dhina pergilah tengok mama, Kak Fea nak kedapur ambil bubur mama."

***

“Mak Ita nanti jangan bagi Lisa main di depannya.” Kata Hani Sofea. Tangannya sedang mengacau bubur untuk Puan Jasmeen.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now