Bab 39

2.8K 148 23
                                    

Faiz Idham sedang berbincang dengan Imran didalam biliknya. Dahlia yang dayang membawa bungkusan makanan terus saja menerjah masuk ke dalam bilik itu. Terkejut mereka berdua.

Faiz Idham terus saja memberikan renungan yang tajam pada Dahlia.

You ni dah tak pandai nak ketuk pintu ke?!” Marahnya. Dia paling tidak suka sekiranya ada gangguan ketika dia sedang berbincang atau sedang melakukan kerja.

Sorry, I thought you seorang saja. Sorry Am.” Takut dia melihat pandangan tajam daridapa Faiz Idham.

Okay Imran. I think it enough for today. Let’s continue tomorrow.” Putus Faiz Idham.

“Don’t forget to inform Hani Sofea  about this. Make sure she’ll attend the meeting tomorrow.”

“Okay bos, but Hani Sofea not around. She EL for 2 days. Her daughter warded.”

Terkesima Faiz Idham mendegarnya. Dia tidak tahu langsung tentang keadaan Hani Sofea  dan anaknya.

“It’s okay just inform her. You may leave.”

Hanya anggukan sebagai balasan. Selepas itu diabterus mengatur langkah meninggalkan bilik itu. Sempat dia memberikan jelingan kepada Dahlia. Meluat.

You pun sila keluar. I tak ada masa nak layan you. Kerja I banyak.” Tanpa memandang Dahlia yang sudah duduk dihadapannya, Faiz Idham terus saja memberikan arahan.

“Am, I datang nak ajak you lunch tau. Penat I masak untuk you. Pagi-pagi lagi I dah bangun ank masak untuk you.” Dahlia mula merengek. Dia tidak masuk kerja pagi ini hanya kerana mahu memasakkan Faiz Idham lauk kegemarannya, namun tidak dihargai.

I nak you ingat apa yang I nak cakapkan ni, I harap you simpan dalam otak you baik-baik. Ini office! Tempat orang bekerja. You tu Cuma staff je, jadi buat cara staff. Office ni bukan office mak you, yang you boleh buat sesuka hati. Masuk atau cuti sesuka hati! Ini last warning dari I. Kalau you masih nak bekerja disini buat cara nak kerja. Jangan buat cara macam you bos dekat sini. Dengan mama and papa I, you boleh mengada-ngada dengan I jangan harap. Now you berambus!”

Panjang lebar Faiz Idham menyembur Dahlia. Sudah penat dia mendegar pekerja-pekerja lain mengadu tentang perangai Dahlia.

Terus saja Dahlia bangkit cari kerusi dan terus melangkah keluar. Dia tidak mahu terus dimarah Faiz Idham. Risau sekiranya lelaki itu mengamuk besar pula.

Melihat Dahlia sudah tiada dihadapannya, Faiz Idham meraup mukanya kasar. Tiba-tiba dia rasa bersalah, kerana tidak menghantar Hani Sofea dan anaknya ke hospital. Masih jelas didalam ingatannya wajah kecewa Hani Sofea selepas mendengar apa yang dikatakan kepada wanita itu. Bagaimana wanita itu pergi ke hospital. Semalam setelah hampir 20 minit dia duduk termenung diatas katil dia kembali turun kebawah menuju ke dalam bilik Hani Sofea. Niatnya mahu menghantar Hani Sofea ke hospital. Tetapi bilik itu kosong. Dia mencari di belakang juga tiada.

Kusut. Fikirannya kusut. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia sudah berjanji dengan papa dan mama untuk tidak berbaik dengan Hani Sofea dan menikahi Dahlia. Namun sekarang hatinya yang terluka.

Sedang dia asyik mengelamun, tiba-tiba satu pesanan masuk.

‘Ting’

Nombor tidak dikenali. Pesanan itu adalah pesanan bergambar.

Gambar Hani Sofea yang sedang mendukung bayi perempuan bersama seorang lelaki, di taman permainan. Keadaan sekeliling seperti di hospital. Tangan bayi itu ditusuk  branula.

Terkesima Faiz Idham melihat gambar itu. Bukanlah Hayyan berada di Terengganu.  Hayyankah yang membantu Hani Sofea semalam?

Ego Faiz Idham tercabar melihat gambar itu. Dia merasakan bahawa Hani Sofea mampu untuk hidup tanpa dirinya lagi. Fail-fail diatas meja ditolak kasar. Faiz melepaskan amarahnya. Dia bengang melihat kedekatan Hani Sofea dan  Hayyan Alif.

 Dia bengang melihat kedekatan Hani Sofea dan  Hayyan Alif

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hani Sofea sedang melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu belakang itu ditutup perlahan-lahan. Tiba-tiba langkahnya mati.

Faiz Idham. Lelaki itu sedang berdiri berhampiran dengan ruangan dapur itu.

'Aduh, malas betul la nak mengahadap dia ni. Orang dahlah penat ni.' Hani Sofea berbisik didalam hati. Jujur dia sangat penat. Sudahlah 2 malam dia tidak dapat tidur dengan lena kerana menjaga anaknya di hospital. Mental dan fizikalnya benar-benar penat.

"Baru sekarang nak balik!" Sinis saja soalan daripada Faiz Idham.

Hani Sofea hanya mendiamkan diri, malas untuk menjawab. Dari petang tahu dia menunggu proses discharge anaknya dan selesai sebelum Maghrib tadi. Selepas itu, Hayyan membantu menghantarnya pulang. Tapi seperti biasa jalan jem teruk. Jadi dia redha saja.

Balik-balik saja dia sudah disindir macam ni.

"Aikk, dah bisu pula?" Sindirnya.

Hani Sofea malas nak melayan dia sudah sakit hati dengan sikap Faiz Idham jadi dia tidak mahu menambah lagi rasa benci dihatinya.

Melihat kebisuan Hani Sofea membuatkan Faiz Idham tercabar.

"Hey I'm talking to you." Tangannya menarik tangan Hani Sofea.

"Apa masalah awak ni. Saya dengar apa yang awak cakap. Cuma saya malas nak layan awak!"

Terus saja dia membuka pintu biliknya dan masuk. Langsung dia tidak perdulikan wajah Faiz Idham yang sedang marah.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now