Bab 9

2.4K 92 0
                                    

Kini hidup Hani Sofea sangat sibuk. Isnin hingga Jumaat dia akan bekerja  di JFA.  Pada hari Sabtu dan Ahad dia bersama adik-adiknya sibuk menguruskan perniagaan dalam talian mereka dan juga perniagaan menjual makanan sarapan pagi dikawasan rumah mereka. Hani Sofea  terpaksa melakukan 3 kerja tersebut. Hal ini disebabkan kerana mereka perlu mengumpulkan duit bagi menjalan pemindahan buah pinggang untuk ibu mereka. Hani Sofea,  Shahir dan Shahkir  sanggup melakukan apa sahaja untuk ibu mereka. Hanya Puan Safiyah yang mereka ada. Encik Hadi ayah mereka telah meninggal dunia ketika  Hani Sofea  sedang menuntut ilmu di United Kingdom.  Sedari kecil hanya Puan Safiyah yang membanting tulang mencari rezeki menjaga dan mendidik mereka. Ayah mereka  langsung tidak bertanggungjawab. Kerana itu Hani Sofea kurangnmenyanyangi ayahnya. Ketika dia kecil dia sering dipukul dan dihina oleh Encik Hadi. Ada saja kelakuannya yang tidak kena dimata Encik Hadi.

Puan Safiyah hanya memerhati kesibukan anak-anaknya membungkus pesanan daripada pelanggan. Puan Safiyah terharu melihat kesungguhan anak-anaknya untuk mencari rezeki. Mereka yakin yang mereka mampu untuk mengumpulkan wang pembedahan itu segera. Bermacam-macam yang anak-anaknya jual. Puan Safiyah bangga dengan anak-anaknya. Hilang segala penat lelah dan pengorbanan yang dia lakukan selama membesarkan anak-anaknya.  Dia yang dahulunya membanting tulang bekerja dan juga meniaga bagi menampung kos Sara hidup dan pendidikan anak-anaknya. Suaminya langsung tidak ambil peduli. Sibuk dengan perempuan sana sini. Tidak bekerja. Asyik menghabiskan duit saja. Tiba-tiba  dia teringat kembali saat-saat dimana dia dan suaminya akhirnya berpisah.

"Kau tu perempuan, elok khawin je, nak belajar  tinggi-tinggi buat apa. Membazir je. Menghabiskan duit. Kau tu bukannya yang pandai mana pun. Dah tak payah pergi, aku nak khawinkan kau dengan anak Kasim blok 4 tu. Dia dah tanya aku, bulan 6 ni kau khawin dengan dia." Ucap Encik hadi ketika Hani Sofea  memberitahu bahawa dia dapat melanjutkan pelajaran ke United  Kingdom  setelah peroleh keputusan yang cemerlang semsa SPM dan A Level  yang diambilnya.

Kecewa dan sedih. Itu yang dirasakan.

"Apa ayah ni! Fea tak nak khawin, inikan hidup Fea. Fea yang tentujan hidup Fea!" Marah Hani Sofea.  Pertama kali dia meninggikan suara kepada Encik Hadi. Kalau sebelum ini dia hanya diam tidak melawan tetapi kini dia telah hilang sabar. Ayahnya telah melampau.

"Menghabiskan duit? Ayah cakap Fea menghabiskan duit? Berapa duit ayah yang Fea guna selama Fea belajar ? Fea atau ayah yang selalu menghabiskan duit ibu? Hani Sofea  masih tidak berpuas hati.

"Kurang ajar kau kan!"

Pang.

"Abang!" Terkejut Puan Safiyah dengan tindakan suaminya.

Satu tamparan hinggap di pipi kanannya.

"Berani kau melawan aku. Berani kau ya! Dah berani melawan! Mak kau tak tahu nak ajar ke?" Marah Encik  Hadi.

"Kau, duduk  rumah tak reti nak ajar anak ye! Anak-anak  semua dah pandai melawan aku! Tubuh Puan Safiyah ditolak. Terduduk dia di atas kerusi kayu itu.

"Allah…." Terkejut dengan tindakan ayahnya, Hani Sofea terus mendapatkan ibunya. Dia perlu melindungi ibunya.

"Ibu tahu ajar anak-anak  dia. Ayah kami yang tak tahu nak ajar anak-anak  dia. Dia yang ajar kami untuk jadi kurang ajar macam ni." Suara Hani Sofea masih lagi tinggi. Hari ini tahap kesabaranya semakin berkurang. Rasa hormat untuk ayahnya juga telah hilang. Dia benar-benar  kecewa dengan ayahnya.

"Kurang ajar!" Badan Hani Sofea terus ditolak ke lantai. Kepalanya terhantuk pada bucu kaki kerusi.

Kemudian tali pinggang yang di pakainya dicabut dan tangannya mula melibas tali pinggang itu pada badan anaknya. Hani Sofea hanya terdiam tidak melawan. Kepalanya sakit.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now