Bab 5

2.7K 105 1
                                    

Hani Sofea terjaga daripada tidurnya apabila mendengar telefon pintarnya berbunyi. Badan di luruskan. Dia tidak sedar yang dia tertidur diatas lantai sepanjang malam.

Tangan meraba-raba kedalam beg tangan untuk mencari alat telekomunikasi yang tidak henti-henti berbunyi.

Panggilan daripada adiknya dijawab. Hani Sofea hairan mengapa adiknya menghubunginya pada waktu-waktu begini.

"Hello Shahir, kenapa call akak." Nada Hani Sofea berbaur cemas dan risau.

"Hello akak, akak masih di Sabah ke?" Tanya Shahir, suaranya cuba dikawal agar tidak terdengar cemas.

"Ya, kenapa?"

"Ibu. Ibu pengsan. Sekarang ibu ada di hospital. Akak boleh balik sini? Shahir.. Shahir takut." Sedaya upaya Shahir cuba untuk menahan air matanya. Dia masih terkejut apa bila melihat ibu terbaring kaku di hadapan pintu bilik.

"Ya Allah.. ibu." Tangisannya pecah kembali.

"Akak balik cepat ya." Pinta Shahir.

"Ya, akak cuba balik secepat yang boleh. Shahir jaga ibu ya. Jangan risau akak balik."

Talian diputuskan.

Nombor Nadia didail.

Setelah semuanya selesai. Hani Sofea terus membeli tiket penerbangan awal pagi. Dia mahu pulang. Dia sangat risaukan ibunya.

"Ya Allah tolong selamatkan ibu."

Tepat saja pukul 8 pagi, selesai saja siap merapikan diri Faiz Idham terus turun kebawah untuk makan sarapan pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tepat saja pukul 8 pagi, selesai saja siap merapikan diri Faiz Idham terus turun kebawah untuk makan sarapan pagi. Dia tidak sabar untuk berhadapan dengan Hani Sofea. Sepenjang malam dia tidak dapat melelapkan matanya. Fikiranya mengingat kembali masa-masa perkenalan mereka dahulu. Faiz Idham tidak sabar ingin membalas semua rasa sakit yang dia tanggung sebelum ini. Dia tidak akan membiarkan perempuan bernama Hani Sofea hidup bahagia. Itu janjinya.

Semasa kakinya melangkah kedalam ruangan makan yang telah dipenuhi dengan ramai pengunjung hotel, matannya hanya dapat mengesan keberadaan mama dan pembantu peribadi mamanya. Langkah kaki diatur menuju ke arah mereka. Didalam otaknya ligat memikirkan dimanakah Hani Sofea. Tak turun lagi ke.

"Morning ma." Satu kucupan dikepala dihadiahkan kepada mamanya. Anak manja.
"Morning sayang. Come breakfast cepat."

Selepas mengambil makanannya, Faiz Idham duduk berhadapan dengan mamanya. Hatinya masih tertanya-tanya dimanakah hani Sofea.

'Takkan lari kot. Baru ugut dah lari ke' Satu senyuman sinis dilepaskan.

"Hari ini kita akan buat last site visit. After this, Am and Hani yang akan handle this project. Mama serahkan pada kamu berdua. So lepas ni kamu berdua yang bertanggungjawab untuk datang sini." Puan Jasmin memulakan bicara.

"By the way, hari ini hanya kita bertiga saja, Hani terpaksa balik ke KL, ada emergency . Ibu dia masuk hospital. So Am perlu fokus lebih sikit nanti."

Baru saja ingin bertanya tentang keberadaan hani Sofea, mamanya telah beritahu dulu. 'Bagus mama ni, macam tahu-tahu je.' Bisik hati Faiz Idham. Namun dia masih tertanya-tanya apakah reaksi Hani Sofea sepelas ini?

"Ok ma." Pendek saja balasanya.

Langkah kaki diatur mendekati adiknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langkah kaki diatur mendekati adiknya. Rasa risau didalam hati tidak dapat disembunyikan. Air mata yang sedari semalam tidak berhenti mengalir diseka laju. Dia perlu terlihat kuat untuk adik-adiknya.

"Macam mana keadaan ibu?"

Mendengar sahaja suara kakaknya dan Shahkir terus menerpa memeluk kakaknya.

"Kak long..." Hani Sofea menguatkan lagi pelukan untuk adiknya.

"Angah tengah jumpa doktor dekat dalam. Adik takut. Adik tak nak ibu tinggalkan kita."

Hani Sofea hanya memberikan senyuman nipis untuk adiknya. Kasihan dia melihat adiknya sudahlah tidak dapat kasih sayang daripada ayah mereka kini ibunya pula sakit. Hani Sofea faham akan perasaan adiknya. Diusia 16 tahun adiknya masih belum bersedia untuk rasai rasa kehilangan buat kali kedua.

"Adik kena doakan yang terbaik untuk ibu. InsyaAllah ibu tak apa-apa"

Mendengar pintu bilik dihadapan mereka terbuka kedua-duanya memandang. Shahir sedang melangkah kearah mereka. Kepalanya ditundukkan. Melihat saja kakaknya ada diruang menunggu itu, laju saja langkah kaki diatur. Bahu kakaknya terus dipeluk. Air mata yang sedari tadi ditahan akhirnya tumpah jua.

"Ibu.. ibu.. tskk..tskkk.." Tangisannya pecah. Hanya Allah saja yang tahu bertapa hancurnya hati dia saat ini. Ibu yang dia sanyangi sepenuh hati kini sedang bertarung dengan kesakitan.

"Angah.. hey angah. Kenapa ni. Kenapa dengan ibu. Cakap dengan kak long. Kenapa dengan ibu." Hati Hani Sofea turut diburu rasa takut. Takut yang teramat sangat. Hanya ibu yang dia ada saat ini. Dia juga tidak sanggup kehilangan ibunya.

"Angah baru je jumpa doktor tadi. Doktor kata buah pinggang ibu dah rosak. Kak long, apa yang kita nak buat sekarang ni. Angah tak sanggup hilang ibu." Hani Sofea terkejut mendengar berita yang baru disampaikan oleh adiknya.

"Tak apa, kita sama-sama jaga ibu, kak long akan usahakan sampai ibu sihat. Jangan risau." Pujuk Hani Sofea. Sebagai anak sulung dia perlu kuat demi ibu dan adik-adiknya.

Hani Sofea hanya mampu menenangkan adik-adiknya tetapi bukan dirinya. Jiwanya kini terasa sempit. Baru saja masalah tentang Faiz Idham muncul kini dia perlu mengahadapi satu lagi masalah baru.

'Ya Allah kuatkan hatiku, untuk menghadapi semua ini.' Pujuk hatinya sendiri.

Hani Sofea yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah besar yang tersembunyi. Dia tidak boleh menyerah. Sebagai manusia, hidup juga adalah satu ujian. Setiap yang bernyawa pasti akan diuji. Jadi dia harus kuat. Kuat demi adik-adiknya. Kuat demi ibunya.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now