Bab 58

3.6K 238 28
                                    

“Fea… dah balik sayang?” Tanya Puan Jasmeen. Sedari tadi dia sabar menunggu kepulangan Menantu dan cucunya.

“Fea.. mulai esok, Fea gunalah pintu depan ya nak. Tak perlulah jalan jauh-jauh ke belakang. Hari dah malam macam ni.. kesian Lisa.” Katanya perlahan.

“Tak apalah ma..  kami dah biasa.” Ucapnya. Dia tidak mahu mengubah kebiasaannya. Biarlah mereka seperti ini. Dia tidak tahu sampai bila mereka akan diterima baik didalam rumah ini. Takut nanti bila dah terbiasa dimanjakan tiba-tiba mereka kemabli di benci. Susah dia mahu memujuk hatinya nanti.

“Kesiannya anak mama.. mesti Fea terasakan dengan kata-kata mama dulu.. mama minta maaf ye sayang.. mama betul-betul minta maaf. Mama tak dapat nak undurkan waktu.. untuk ubah semua sikap mama terhadap Fea dulu..” Air matanya mula mengalir. Hani Sofea yang melihat itu terkejut.

“Ma.. Fea dah lama maafkan mama. Fea tak marahkan mama lagi. Cuma Fea dah selesa hidup macam ni. Fea tak nak ubah.” Balasnya perlahan. Dia tidak mahu membahas soal ini. Dia berharap sangat agar tiada sesiapa yang memaksa dia untuk melakukan hal yang dia tidak mahu. Dia berharap agar semua orang menghormati keputusannya.

“Ma..ma.. faham..”

“Ma.. Fea harap sangat untuk mama dan yang lain faham dan hormat keputusan Fea. Fea dah selesa dengan kehidupan sekarang. Biarlah hanya Fea saja yang berurusan dengan mama dan Faiz. Janganlah kita libatkan anak Fea ya. Fea harap sangat. Selama kami menumpang disini Fea harap mama dan yang lain hormatkan anak Fea. Fea tak nak ada apa-apa isu yang timbul selepas ini. Jadi biarkanlah Fea  uruskan mama dan Am dengan tenang. Fea tak nak serabutkan kepala dengan benda-benda lain.”

“Maaf Fea… Mama faham apa yang Fea sampaikan.” Akurnya. Dia perlu faham situasi menantunya. Bukan mudah untuk dia melupakan apa yang telah berlaku. Hani Sofea tidak berdendam dan sudi membantu keluarga mereka pun sudah cukup dia bersyukur.

“Fea masuk dulu.” Pamitnya.

Puan Jasmeen menandang dengan pandangan yang sayu.


Puan Jasmeen menandang dengan pandangan yang sayu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Mood Faiz Idham malam ini tidak baik. Dia tidak mahu disuap makan oleh Hani Sofea. Hani Sofea malas mahu melayannya segera dia keluar apabila dihalau.

Pada malam itu  tugasnya selesai awal, Hani Sofea lekas kembali ke biliknya. Dia mahu membuat panggilan video dengan Shahir dan Shahkir. Rindu benar dia dengan kedua adiknya itu. Sejak pulang dari Sabah tempoh hari mereka belum bertemu lagi.

“Assalammualaikum….” Ucap Hani Sofea kepada kedua adiknya.

“Waalaikummusalam…” Balas Shahir dan Shahkir.

“Adik-adik akak sihat?” Tanyanya.

“Alhamdulillah sihat.” Balas Shahkir.

“Ibu sihat?” Tanya Hani Sofea perlahan.

Wanita yang paling dia rindui. Sudah lama mereka tidak bertemu. Masih marah lagikah ibu kepada dirinya. Bila teringatkan ibunya pasti Hani Sofea merasa sebak. Tiada siapa yang tahu apa yang ada didalam hatinya. Bertapa hancurnya hati dia apabila ibu menghalau dirinya. Luka-luka yang dia terima selepas itu menjadikan dia tawar hati.

“Alhamdulillah ibu sihat… Kak long sihat? Baby sihat?”

“Alhamdulillah sihat… saya sihat pak su.” Balas Hani Sofea mewakili anaknya. Sarah Khalisa sedang menyusu diatas ribanya.

“Mana birthday girl ni.. senyap je?” Tanya Shahir.

“Ada ni tengah menyusu.”

“Cini…cini.” Balas Sarah Khalisa. Tahu saja orang tengh cari dia. Hanya tangan saja yang dia tunjukkan. Tengah menyusu perlukan fokus.

“Ok la.. susu la..tak kacau.” Kata Shahir sambil ketawa.

“Kaklong Sabtu ni jom kita makan sama-sama. Kita celebrate birthday Lisa.” Ajak Shahir. Dia sudah rindukan anak saudaranya ini. Sarah Khlisa sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Dari lahir anak ini membesar depan matanya.

“Boleh juga. Abang Hayyan pun akan datang KL jumaat ni. Kak Su pun balik. Boleh kita pergi makan sama-sama.”

“Ok.. boleh nanti Shahir cari tempat.”

Perbualan mereka berlangsung hampir 1 jam. Banyak yang mereka bicarakan. Banyak yang mereka bincangkan. Berkaitan perniagaan, berkaitan kesihatan dan pembedahan ibu mereka.

Selepas panggilan vidoe itu tamat. Hani Sofea mahu mengemas biliknya. Tiba-tiba 1 panggilan video masuk.

Hayyan Alif.

Suraya Sayang.

Cepat saja dia mencapai tudung sarung kembali.

“Assalammualaikum…” Hayyan memulakan bicara. Sudah lama mereka tidak berhubung. Masing-masing sibuk.

“Waalaikummusalam..” Hani Sofea menjawab kemudian diikuti oleh Suraya.

“Hi princess..” Ucap Hayyan.

“Hi ba..ba..” Balas Sarah Khalisa. Laju saja dia menjengah skrin Iphone.

“Ba..ba..” Panggilnya lagi. Ha.. mula la tu. Drama mereka.

“Yisha.. miss ba..ba..”

“Babah miss you more princess.” Terharu Hayyan mendengar kata-kata daripada anak kecil itu. Mengapalah anak kecil ini tidak diterima kehadirannya oleh ayah sendiri.

Hani Sofea hanya memmerhati saja gelagat anaknya.

“Aikk… Lisa miss babah je? Lisa tak miss mama su?”

Miss mama su.” Ucapnya dengan muka yang comel.

“Lisa naughty tak?” Tanya Hayyan.

No..” Balasnya.

“Betul ni? Ibu betul ke princess tak naughty?” Tanya Hayyan kepada Hani Sofea.

“Betul.. baik dia.. dengan cakap ibu. Tak meregam.” Akui Hani Sofea.

“Bagus anak babah ni.. mendengar kata ibu ya. Babah dah belikan princess presents besar. Ada  banyak toys.” Kata Hayyan.

Mendengar saja perkataan toys terus dia melompat gembira.

“Yeay….”

Ketawa mereka bertiga. Melihat telatahnya.

“Nanti hari sabtu kita lunch sama-sama nak?” Ajak Suraya.

“Ha..  baru nak ajak. Shahir plan nak pergi makan tengah hari sama-sama, jom kita makan sekali.” Hani Sofea memberitahu idea Shahir tadi.

“Okay good. Ummi pun memang nak ajak makan sama. Nanti saya set dengan Shahir kat mana ya.” Beritahu Hayyan.

Selepas itu mereka bertukar-tukar cerita mengenai perkembangan masing-masing.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now