Bab 63

2.7K 175 3
                                    

Pagi isnin itu awal-awal lagi Hani Sofea dan Sarah Khalisa sudah keluar. Mereka membawa sekali beg baju untuk seminggu. Dia hanya berpamitan dengan Puan Jasmeen. Dia menyatakan yang dia ada urusan di luar.

Mereka berdua dijemput oleh Shahir.

Faiz Idham tidak tahu yang Hani Sofea dan Sarah Khalisa tiada di rumah. Dia mengetuk pintu bilik itu berkali-kali. Namun tiada apa-apa jawapan.

Apabila dia membuka pintu, bilik itu hanya kosong.

Terus saja langkah kaki diatur menuju ke meja makan.

“Mak Ita mana Hani dengan Lisa. Mereka dah keluar ke?”

“Mak Ita rasa awal pagi lagi mereka dah keluar. Dari semalam Mak Ita tak jumpa mereka.”

Faiz Idham hanya mengangguk kepala.

Ya semalam pun mereka keluar awal pagi. Hampa dia rasakan, baru saja dia mahu mengajak isteri dan anaknya keluar sarapan pagi bersama. Dia mahu memikat hati Hani Sofea kembali.

Sepanjang perjalanan ke pejabat dia memikirkan ke mana isteri dan anaknya pergi. Dia sedikit terkilan kerana Hani Sofea tidak memberitahunya dahulu sebelum ke mana-mana. Tapi ini semua salahnya juga. Dia masih ingat lagi bagaimana dia marah hanya kerana Hani Sofea menghubungi dirinya untuk menyatakan yang dia harus pulang lewat pada semasa awal-awal Hani Sofea duduk dirumahnya. Sejak dari itu Hani Sofea sudah tidak berani memberi tahu tentang apa yang dia lakukan.

“Assalamualaikum awak…”

“Kau nak apa call aku ni.” Tanya  Faiz Idham dengan kasar.

Hani Sofea dihujung talian menahan takut.

“Maaflah kalau sayang mengganggu awak. Saya Cuma nk bagitahu yang hari ni saya balik lambat sikit ya. LRT…..”

Belum sempat dia melanjutkan bicaranya Faiz Idham terus memarahi dirinya.

“Kau ingat aku kisah ke kau nak balik lambat ke apa. Kau nak pergi mana ke.. terpulang kau lah. Cuma kau jangan nak larikan diri dari aku je. Memang mati kau aku kerja kan. Kalau bukan kau yang mati, mak kau yang mati.”
Hani Sofea  tergamam. Dia hanya mendiamkan diri.
“Kau ingat kita ni pasangan suami isteri yang bahagia je sampai kau nk minta izinlah, nak bagitahulah. Sedar diri tu sikit. Kau tu kuli aku je. Tak payah nak belagak macam kau tu isteri aku!”

“Ingat eh, lepas ni jangan nak buang masa aku hanya untuk dengar suara bodoh kau tu. Meyampah aku dengar.”

Terus saja talian itu dimatikan.

Satu keluhan dilepaskan. Dulu dia yang melarang, sekarang dia yang menyesal.

***
Sampai saja di pejabat, Faiz Idham terus memanggil pembantunya untuk masuk ke dalam biliknya.

“Encik Faiz…” Ucap Nadiah.

Hanya senyuman manis diberikan.

“Encik Faiz pagi ni, tak ada apa-apa appointment. Cuma petang nanti ada Hi-tea sebagai wakil JFA untuk program di kebajikan kita.” Beritahu Nadiah.

“Petang ni saya nak pergi dengan Hani..” Ucapnya.

“Erkk.. Puan Hani cuti hari ni. Encik Faiz tak tahu ke?”

Muka Faiz Idham terus berubah mendung. Dia tidak tahu tentang cuti itu. Sangkanya Hani Sofea sudah sampai di pejabat sekarang ini.

“Saya tak tahu. Kenapa dia ambil cuti?” Tanyanya.

“Ermm.. Puan Hani ambil cuti rehat selama 2 minggu. Dia cakap dia ada urusan peribadi dan juga mahu merehatkan diri. Encik Faiz pun tahukan yang semenjak Encik Faiz tiada, Puan Hani yang uruskan semua benda dan dia tidak pernah ambil cuti pun.” Ucap Nadiah.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now