Bab 2

3.6K 126 0
                                    

"Kak Nad, kita datang sekejap je kan. Segan la. Ramai orang." Hani Sofea sudah tidak tenang apabila melihat ramai orang yang menghadiri majlis di rumah bosnya itu. Dia tidak mengenali sesiapa kecuali 4 orang rakan sekerjanya. Ialah dia baru saja bekerja selama 4 bulan. Tidak semua staf JF Arthur yang dia kenali. Hanya beberap sahaja.

" Ya sekejap je. Akak pun segan. Ramai sangat orang."

Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam kawasan rumah.

Dari tadi Hani Sofea rasa tak sedap hati. Entah kenapa hatinya berdebar-debar. Mungkin kerana dia gugup apabila melihat ramai orang.

"Hani, Nadia sampai pun jemput la makan ya.." Puan Jasmeen menyambut kedatangan mereka.

"Ya Puan, Happy Anniversary Puan. Semoga berbahagia sehingga ke Syurga." Hani Sofea memberikan ucapan selamat untuk puan Yasmeen.

"Iya puan, Happy Anniversary." Nadia membalas pelukan daripada Puan Yasmin.

"Terima kasih, makan ya, jangan segan. Saya nak ke khemah sebelah sana pula."

"Iya puan."

Selesai saja menjamu selera, mereka mengambil gambar sebagai kenangan. Dan terus berpamitan untuk pulang.

"Puan kami balik dulu ya." Nadia berpamit kepada bosnya.

"Iya, terima kasih sudi datang."

"Ma.. mama, kawan mama ca..ri.."

Muncul satu suara dari arah belakang mereka. Mendengar saja suara itu, membuatkan hati Hani Sofea berdebar kuat. Dia seakan-akan kenal dengan suara itu. Suara itu sama seperti dengan suara seseorang yang sangat dia kenali.

'No. Tak mungkin dia.' Perlahan-lahan Hani Sofea memusingkan badannya untuk melihat pemilik suara tadi. Nafas diatur sebaik mungkin. Debar didalam hatinya cuba dikawal.

Mata mereka saling bertatapan. Terkesima. Dua-dua tidak menyangka yang mereka akan bertemu semula disini.

"Apa Am cakap tadi." Pertanyaan Puan Yasmeen mengembalikan mereka berdua ke dunia nyata.

Dengan pantas Hani Sofea memusingkan semula badannya. Dia merasa seperti ingin menghilang sekarang juga. Dada yang berdebar cuba dia kawal.

"Erkk.. kawan.. kawan mama nak jumpa dekat depan." Jawab Faiz Idham. Langkah kaki diatur mendekati mamanya. Matanya masih lagi ralit merenung susuk tubuh yang ada di hadapan dia sekarang ini. Dia ingin pastikan sesuatu.

Terkesima.

Faiz Idham terdiam.

Jantung Hani Sofea bagikan berhenti berdetak.

'Ya Allah. Kenapa dia boleh ada dekat sini.' Hatinya berbisik.

"Oh kawan mama. By the way Am ni kenalkan arkitek baru JFA. Hani. Hani Sofea. Junior Architect company kita. Hani, kenalkan Faiz Idham my lovely son. Okaylah terima kasih sekali lagi Hani, Nad sebab sudi datang."

Hani Sofea hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda hormat kepada anak Bosnya itu.

Faiz Idham hanya memberikan renungan yang tajam kepada Hani Sofea.

"Sama-sama Puan, kami balik dulu." Mereka berdua terus meninggalkan majlis itu.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now